“Salah Ke Saya Karaoke?,” Aksi Mak Wan Latah Berjoget Sambil Karaoke Dikecam Netizen Smp Dikait Dgn Penceraian, Ini Kata2 Mak Wan Yang Ramai Sokong

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa perbuatannya itu menjadi punca perceraian dengan bekas suami.

Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.

“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?

“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.

“Tolonglah jangan suka kecam orang lain. Cukup-cukuplah tu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukuman atau mudah memberi kecaman.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.

“Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercerai.

“Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” ujarnya.

mak wan latah 3

Mak Wan bersama bekas suami dan keluarga.

Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.

Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.

Video,

https://www.youtube.com/watch?v=77IJYsXK6jg

Antara komen netizen yang menyokokng Mak Wan,

Allah … Banyak Lagi Cara Untuk Lepaskan Segala Masalah … Yg Lebih Baik …. Memang Tak Salah Tapi Kita Kena Pandai Lah Jaga Diri Kita …. Dalam Usia Yg Semakin Menikat Dah Boleh Di Panggil Nenek Harus Lah Pandai Jaga Diri Agar Menjadi Contoh Yg Terbaik, Pada Yg Muda …. Sy Tak Cakap Yg Cara Mak Wan Tak Baik … Dan Sy Pun Tak Sempurna Mana Pun Tapi Banyak Lagi Yg Kita Boleh Buat Untuk Lepaskan Segala Masalah Dalam Hidup Ini

Mmg menyanyi mcm tu..takkan nak menyanyi berdiri tegak mcm nyanyi lagu negaraku..Tak baik tau,ajak kami semua ni membawang.dosa besar tu.

Tempat tu tertutup, boleh g ngn anak beranak, simpan aktiviti sendiri2 dah la, takyah show of kat orang. Cammana kita sembunyikan amal ibadah kita, camtu jgk la kita kne sembunyikan aib kita apa lg aib orang lain

Lantak dialah, dia pun nak happy juga, yang tukang viral tu sebenarnya yang tak guna. Bukan dia menyusahkan hidup orang pun.

Ni ada yg gatai tangan g viral..dngn fmly kot..lg pun video tk tunjuk dari mula hingga hbs..mungkin dia tngh latah ke.. org latah mana sedar ..

Setakat karaoke ramai je yg pergi. Aku pn suka sbb tmpat tu tertutup. Hanya kita dgn anak beranak kita je duk bergalak sakan pn. Cme kita x viral je.

Admin tutup la page ni…buat dosa kering lps tu ajak org buat dosa juga..ingat malaikat xcatit ke

Karaoke tk salah klau dengan family atau muhrim.yang salah tunjuk kat orang klau nk lepas tension pun cukuplah kita jew tau..saya pun suka karoke tp dengan family je tk pose gambar kat mana2 pun…malu..orang tengok..tp karoke kt rumah sesekali..untuk lepas tension..juga..

Makwan ko nk karaoke d salah .. yg salah sape suruh rakam n post kt media sosial ..ko sendiri da tau perangai Nurtizen mcm mana.. mmg mendapat laaa

Yg tukang viral sape??? Sila hafirkan diri … Ang memang mangkok ayun ..ang igt ang sorang ja nak happy nak tenang diri .. Dia pun nak juga .. Mgkin itu cara dia ..

Dia karaoke.tak pa pakaian sopan tutup aurat juga.cuma suara saja mungkin mahram dia semua tu..aib camni tak payah dok vairal la

Ohh yg ni la bekas tok laki die kata xder akhlak xder Adab tuh agaknya.. Islam xmelarang hiburan Kalu takat karaoke bersama family xder nyer berdosa pun ! Selagimne xtinggal Solat . Bekas tok laki die terkena kejutan agaknya

Leave her alone la. Da memang dier melatah! Nitizen yg ikut melatah buat ape. nak judge dier buat ape?! Admin kau takde cerita lain?

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply