Isteri SakIt Perut Sampai Nak Pakai ‘Pampers’ Anak, Tak Sngka Suami Rakam Dan K0ngsi Di TikT0k

Media sosial sememangnya terbuka untuk sesiapa sahaja. Tidak kisahlah jika mahu menggunakannya untuk tujuan perniagaan, promosi diri ataupun berkarya, ia adalah hak individu itu sendiri.

Namun, sebagai masyarakat yang mempunyai rasa malu dan boleh berfikir dengan baik, rasanya setiap kandungan konten yang ingin dikongsikan haruslah difikirkan terlebih dahulu risiko-risiko yang bakal berlaku di kemudian hari.

Video ada di bawah sekali..

Konten gurauan tapi ‘mengundang’

Hal ini samalah seperti muat naik seorang Influencer yang dikenali terutamanya di TikTok apabila memuat naik konten gurauan yang dilihat agak memalukan isterinya sendiri.

Nak pakai pampers anak?

Mana tidaknya, menerusi video tersebut, dia telah berkongsi momen isterinya yang juga TikToker bertubuh genit mahu memakai pampers anak mereka kerana sakit perut.

Wanita itu juga dilihat seakan kurang selesa dengan tindakan suaminya walaupun ketika itu lelaki berkenaan menganggap ia hanya bergurau.

Aib isteri selamba tayang

Walaupun video tersebut sudah hampir seminggu dimuat naik, namun seramai 4 juta lebih viewers telah menonton dan rata-rata yang meninggalkan komen berasa kurang selesa dengan guraun keterlaluan tersebut.

Kebanyakan mereka menganggap apa yang dilakukan sang suami itu sangat tidak patut kerana seolah-olah membuka aib isteri yang jelas-jelas berada dalam keadaan tidak selesa.

Walaupun kebanyakan mereka mengecam tindakan kurang bijak seperti itu, tapi tetap ada yang memberikan nasihat supaya dia berfikir dengan matang terlebih dahulu selepas ini dalam membuat konten agar tidak timbul fitnah di kemudian hari.

Memang semua benda kena tayang ke?

Mungkin isteri tengah datang bulan, bukan nak buang air

Demi TikTok sanggup buat apa sahaja

Lihat video:

Suami Isteri Ibarat ‘Pakaian’, Jaga Aib Pasangan Masing-Masing

sosial begitu ‘berkuasa’ pada era milenial kini. Masakan tidak, medium itu mampu menularkan informasi mahupun pelbagai jenis cerita hanya dalam masa yang singkat.

Apatah lagi jika ia melibatkan kisah sensasi atau menyayat hati sehingga menjadi topik hangat perbualan ramai.

Demikianlah penangan media sosial yang begitu berpengaruh dalam kehidupan kita pada hari ini.

Meskipun demikian, jika penggunaannya disalahgunakan, platform tersebut boleh mendatangkan dampak yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain.

Apalagi andai kisah yang didedahkan itu berkaitan dengan pasangan dan perihal rumah tangga, seolah-olah membuka aib.

Beliau mengakui, perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Begitupun, ia bukanlah bermaksud kita dibolehkan berlaku tidak baik terhadap pasangan masing-masing.

“Sebaliknya, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya.

“Namun, seandainya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, sekiranya ia boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang sedemikian.

“Jikalau tiada solusi yang baik, maka mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut mengingatkan bahawa pendedahan berkaitan pasangan di media sosial bukanlah jalannya.

Ketahuilah bahawa ALLAH SWT memberikan perumpamaan dalam al-Quran bahawa pasangan suami isteri itu ibarat pakaian yang saling menutup keaiban dan melindungi sesama mereka, selain memelihara daripada disakiti, terangnya.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply