Video Achey Kena Lempang Dgn Isteri Masa Tgh Buat Live, Tak Sangka Sbb Ini

Nama Achey sememangnya cukup sinonim dengan kumpulan lawak dianggotainya, Bocey bersama dua lagi rakan gandingan, Fad dan Abam.

Namun perkembangan karier Achey dilihat berterusan menerusi beberapa cabang seni lain diceburinya, antaranya sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan terkini turut dikenali sebagai ‘Youtuber’.

Beliau hanya bermula menerusi rancangan realiti Bintang Mencari Bintang sebelum rezekinya terbuka luas dalam beberapa penyertaan pertandingan lain yang membuahkan hasil hingga kumpulannya, Bocey mencipta rekod dengan kejayaan dua tahun berturut-turut memenangi program Maharaja Lawak Mega.

“Dia dapat detect… hmmm”Achey

Selalu membuat video-video pendek kelakar di media sosial, kali ni nasib Achey kurang baik nampaknya

Achey cuba mengulas mengenai penglibatan selebriti dalam bidang politik, tapi kerana tersasul sebut antara politik dan poligimi, tidak semena-mena dua das penampar hinggap di pipi.

“Aku banyak kali perhati, pendapat aku dan orang rumah aku sama”

“Walaupun kita selebriti tak lah di larang untuk kita berpolitik”

“Korang apa saja kerja pun tak lah salah untuk berpolitik”

“Nampak boleh, bini aku cakap boleh berpoligami”

“Mana ada nyamuk”

Rata-rata netizan terhibur tengok galagat Achey makan penampar

“penampar sepantas kelajuan cahaya”

“Muko dh mcm radio klasik, tampar dulu bru boleh on”

“Laju betul tgn bini dia .aku pun tak sempat tgk tgn tu pergi ke muka..”

“tgk kali ke 5 baru dpt tangkap laluan tamparan tu”

“Nyamuk ni dia bukannya serang selalu. Ada ketikanya aje dia serang.”

Berikut sedikit info mengenai Achey
1. Pemilik nama penuh Mohd. Nasir bin Haji Hamzah. Dikenali sebagai Achey.

2. Kelahiran Segamat, Johor pada 17 Ogos 1986. Kini berusia 33 tahun.

3. Merupakan pelawak, penyanyi, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013. Adiknya, Nornatasha Hamzah atau Tasya juga merupakan pelawak yang pernah menyertai pertandingan bakat komedi, Gegar Lawak.

4. Bakatnya dicungkil daripada program Bintang Mencari Bintang musim pertama anjuran TV3, di mana beliau telah diangkat sebagai juara, sekaligus menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.

5. Penyertaan dalam Maharaja Lawak Mega 2013 membuka ruang kepada penubuhan kumpulan Bocey yang dianggotainya kini bersama Fad dan Abam (anggota asal kumpulan duo Bocik). Kombinasi nama Achey dan Bocik menghasilkan ‘Bocey’ yang mana gabungan ini menjadi antara kumpulan komedi paling popular masa kini.

6. Bocey merangkul gelaran juara dalam pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega untuk edisi 2016 dan 2017.

7. Antara lain pembabitan Bocey dalam program berbentuk pertandingan seperti Super Spontan 2014, Super Spontan All Star 2015, Juara Parodi 2015, Super Spontan Superstar 2016 dan Super Spontan Xtravaganza.

8. Terkini, Achey bersama Abam dan penyanyi Black Hanifah membentuk sebuah lagi kumpulan komedi dinamakan ‘Botak’ bersempena penyertaan dalam pertandingan komedi, Muzikal Lawak Superstar 2019.

9. Tidak hanya berkemampuan melawak, Achey turut mengembangkan bakat seninya sebagai penyanyi, pencipta dan penulis lagu menerusi dua single yang dilahirkan berjudul Yang Terindah dan Anak. Video muzik ‘Yang Terindah’ nyanyiannya kini sudah mencapai 30 juta tontonan di laman Youtube.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengendalikan rancangan Kintang Kintung bersama Allahyarham Harun Salim Bachik dan Gema Gegar Vaganza musim pertama (bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim).

11. Antara drama dibintanginya seperti Oh My English! Class Of 2015, Tanah Kubur musim ke-14 dan Tuyul Ke London. Termasuk telefilem Hantu Hostel, Samba Bola Kampung, Bocey Beraya, Qish Qish Qish dan Bocey Mencecey.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Kawan Aku m4ti Dalam Rumah Sewa, Abang Long Fadil 2, Hantu Wangan dan Tiada Tajuk.

13. Pemegang trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013.

14. Menamatkan zaman bujang dengan Nur Hassanah binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne dan selepas lapan tahun perkahwinan tanpa zuriat, mereka memutuskan untuk mengambil anak angkat yang baru dilahirkan bernama Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir pada tahun 2018.

Sumber Obulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply