”Tinggal Kenangan” – Hidayah Sebak Ternampak Kereta Arwah Abam, Teringat Kata-Kata Arwah Semasa Beli Kereta Tersebut

Isteri arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali bersama putera mereka yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey sering menjadi perhatian peminat di media sosial apabila ramai dapat mengikuti perkembangan dua beranak ini.

TIDAK mudah untuk seorang isteri melupakan kenangan bersama Allahyarham suami, termasuk harta peninggalan yang pastinya mempunyai banyak kenangan indah yang begitu berharga.

Hidayah

Itulah yang berlaku kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali yang berkongsi video terbaharu di aplikasi TikTok apabila ‘terserempak’ dengan kereta jenis Toyota Vellfire milik arwah.

Menerusi kapsyen yang ditulis dalam video itu, Nor Hidayah berkata, kereta tersebut kini hanya tinggal kenangan dan mengabadikan video terbabit supaya anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tahu mengenai kewujudan kereta bapanya.

“Ternampak kereta arwah suami – BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Bila Hamzah dah besar inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

Hidayah sebak ‘terserempak’ Vellfire arwah Abam di jalan

“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh Ibu beli kereta macam arwah ayah,” tulisnya.

Perkongsian Nor Hidayah itu dibanjiri lebih 2,000 komen daripada netizen dengan rata-ratanya mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk membesarkan anak.

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah meluahkan rasa sebak apabila dia mendakwa terlihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah dahulu di jalan raya, baru-baru ini.

Kata Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu penuh dengan kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaan bersama.

Dalam pada itu, Hidayah turut memohon doa agar perniagaannya terus berjaya agar mereka sekeluarga dapat hidup senang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut tumpang simpati dengan hantaran Hidayah itu dan mendoakan yang baik-baik kepada balu pelawak terkenal itu.

Sabar sis…sy dh alami 8thn dlu…lps arwah suami mngal,mertua halau sy sehelai sepingang dgn ank…tp skrng Allah dh tnjukkan 1 persatu….

arwah abg ak mninggal 10thn lps,alhmdlillah kmi fmily lngsng xtnya sgla rmh,harta,kete arwah.buatla pe ptt sb ank buah tu drah dging kami…

kes arwah ni bnyk buka mata para isteri dan suami diluar sana..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg soleh…

Arwah abang meninggal n km Pak Cik2 ada hak faraid sb abng tk ada anak lelaki, tp km sepakat tk ambik langsung… itu darah daging kami..anak2 yatim

sy tolong ingat kn je walau suami puan telah meninggal dunia..tanggungjawab anak puan jatuh pd keluarga belah keluarga suami puan..

bkn ke arwah ad ank lelaki, jd adk brdik arwah xde hak la kn..phtu, sblm hrta d faraidkn, sptutnye, settle htg2 kete or rmh dlu kn..yg balance bru bg2

kifarahnya mgkn dh nmpk skg bila hamba allah tersebut kini xde job n dh bcadang utk berbaik semula dgn hidayah..

Arwah suami tgl kami sms anak 3 thn, alhamdulillah rumah, kereta dll keluarga mentua serahkan semua kpd saya n anak….

akak.. tetiba teringat time saya sorang dapat buka email arwah, tahu pasal kereta ni kena lelong and mcm2 lagi rahsia yg kita je tau

Terdahulu, Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah meninggal dunia akibat dilanda demam panas dan meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 2 tahun.

Sumber BN/RJ

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply