” Pierre Andre buat cita seram memang best ..rindu wey nak tengok filem seram arahan dia lagi..”
Itu antara komen diberikan warganet yang masih merindui aksi pelakon dan pengarah, Pierre Andre yang kini sudah agak lama menyepi dari industri perfileman dan drama tempatan.
Susulan dari itu juga, ibunya yang juga pelakon senior, Khatijah Tan sering menjadi tempat pertanyaan pelbagai pihak yang masih berminat mendapatkan khidmat anak sulungnya itu.
Biarpun puas memujuk, namun, Khatijah akui, kcewa dan putus asa membuatkan Pierre bulat hati tidak mahu terbabit dalam industri yang pernah menaikkan namanya, suatu ketika dahulu.
Apabila tidak dapat apa yang dimahukan…
” Tak dinafikan, ramai bertanya ke mana Pierre menghilangkan diri. Ada yang menyatakan hasrat mahu bekerjasama, saya sendiri pernah berborak mengenai isu ini dengannya.
” Pierre masih rindukan bidang seni seperti berlakon dan mengarah. Namun, perasaan kecewa terhadap industri membuatkannya sudah tidak berminat untuk kembali aktif.
” Saya akui, Pierre seorang yang sensitif dan jangkaannya terhadap industri sangat tinggi.
” Apabila tidak dapat apa yang dimahukan, itu yang membuatkannya kcewa,” katanya kepada HIP.
Mengulas lanjut, pelakon filem Jangan Pandang Belakang itu berkata, sebagai orang kreatif, Pierre mempunyai pelbagai idea menarik untuk diketengahkan, namun, pengalaman masa lalu membuatkannya serik.
” Bukanlah niat nak puji anak sendiri, tetapi Pierre seorang yang sangat kreatif.
” Ada banyak skrip yang dihasilkan, tetapi tak nak jual pada orang lain kerana tidak dapat apa yang dikehendaki.
” Mungkin juga Pierre berjumpa orang yang salah sehingga menyebabkan skrip dan ideanya tidak berkembang serta terbantut menyebabkannya merajuk,” ujar pelakon berusia 62 tahun ini.
Kita nak berkarya, tetapi orang lain bisnes
Ditanya adakah kebanyakan idea Pierre melangkaui masa atau lebih ke hadapan menyebabkan karyanya itu sukar untuk dilaksanakan, aktres berkaliber ini tidak menolak tanggapan itu.
” Agak sukar bekerjasama dengan orang yang boleh faham dengan jiwanya. Ada beza antara orang kreatif dengan bisnes.
” Kita hendak berkarya, tetapi fikiran orang berniaga lain.
” Bila terdapat banyak kekangan seperti bajet rendah, itu yang membuatkan mereka tidak serasi,” luah Khatijah ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Khatijah berkata, peminat boleh melepaskan kerinduan terhadap karya anaknya menerusi saluran YouTube, Andre Brothers Pictures.
” Selain Pierre dan adiknya, Mikail Andre, saya juga terbabit dalam platform berkenaan.
” Ia memandangkan perkongsian Pierre lebih kepada kisah seram, penceritaan saya di pelantar itu juga lebih menjurus kepada pengalaman mistik yang pernah dilalui,” katanya.
Berkongsi perkembangan terbaharu, Khatijah yang sudah lapan tahun menetap di Ipoh, Perak memaklumkan, dia kini lebih selektif dalam memilih watak.
” Kalau ikutkan, saya sudah tidak berminat berlakon. Ini kerana saya tidak mahu membawakan watak sama seperti ibu.
” Antara sebab mengapa saya terima tawaran berlakon dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia ini kerana saya perlu menyanyi rap.
” Jiwa saya lebih kepada keroncong. Apabila orang seperti saya kena menyanyi rap, sudah tentu ia satu cabaran buat saya,” kata Khatijah.
10 fakta mengejutkan tentang Pierre Andre
1) Pemilik nama sebenar Muhammad Pierre Andre Nazrul Andre ini lahir pada 17 Mac 1985 merupakan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan abang kepada Mikail Andre. Mikail turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.
2) Memulakan kerjaya lakonan filem menerusi Cinta Fotokopi, beliau terus meniti perjalanan seninya dengan bernaung bawah MIG Talent.
3) Beliau terus memegang watak-watak utama dalam filem pada tahun 2005 termasuk menerusi filem Salon dan Gol & Gincu. Seterusnya membintangi filem pertamanya, Potret Mistik (2005) diikuti oleh beberapa filemnya yang lain termasuk Main-Main Cinta (2006).
Pierre memulakan kerjaya pengarahannya pada 2007 menerusi filem pertamanya, 9 September.
4) Beliau diberi kepercayaan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bagi menulis skrip filem Jangan Pandang Belakang yang mana beliau merupakan pelakon utamanya sebagai Dharma bersama Intan Ladyana yang memegang watak dua beradik perempuan kembar.
Filem ini ditayangkan pada 5 April 2007 dan merupakan kejayaan komersial, ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM7.4 juta ringgit, sekaligus melayakkan Pierre memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20.
5) Pernah berselisih faham dengan penerbit David Teo. Akibat daripada kjdian itu, Pierre digugurkan dari membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan wataknya digantikan dengan Shaheizy Sam.
6) Namun selepas hampir 3, beliau berbaik semula dengan David Teo. Beliau memohon maaf kepada David Teo atas kesilapan yang dilakukan oleh beliau. David menganggap teguran beliau atas dasar seorang bapa yang menegur anaknya.
7) Pada tahun 2012, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan aktif bersama Jemaah Tabligh untuk belajar lebih mendalam mengenai Islam, berdakwah dan bertabligh.
8) Pierre membuat pengakuan bahawa Ustaz Azhar Idrus merupakan salah satu sebab yang menyumbang kepada faktor penghijrahannya.
9) Pada 2013, Pierre sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim. Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.
10) Selepas filem terakhir arahannya, Kecoh! Primadona Kena Hantu ditayangkan pada 2016, Pierre mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.
Sumber: Muzik Jalanan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.