Fizi Ali hilang sabar dengan Shakilla Khoriri! Hidup jahanam selepas bercerai… Selama ini puas jaga aib

ENAM bulan berpisah dengan cara baik, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri di Instagram pada Khamis.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin turut berkata, dia sudah hilang sabar dengan tindakan melampau bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan sampai tahap kesabaran itu hilang.

 

fizi ali 1

Fizi bersama anaknya Ameena.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau,” katanya.

Tidak mendedahkan hal sebenar, Fizi juga memberitahu apa yang berlaku memberi kesan buruk kepada hidupnya.

Dalam hal ini, Fizi berkata dia enggan mendedahkan punca perpisahan mereka pada Disember lalu disebabkan mahu menjaga aib bekas isterinya itu.

“Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau.

“Hidup aku dah jahanam sekarang… aku hilang semua benda. Semua disebabkan kau. Tak sedar lagikah?” ujarnya.

Luahan tersebut dibuat oleh Fizi menerusi beberapa perkongsian di IG Story miliknya.

mStar cuba menghubungi Fizi untuk mendapatkan penjelasan namun tidak berjawab.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

fizi ali 2

Fizi dan Shakilla berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan.

Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

Sedikit info Fizi Ali

Mohd Hafizudin Alimudin (lahir 16 April 1989), juga dikenali sebagai Fizi Ali merupakan seorang penyampai radio dan pengacara Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Pilih Kasih musim kedua dan suami kepada pelakon Shakilla Khoriri yang dikahwininya pada 2018 sehingga perceraian mereka pada 2021. Fizi merupakan satu-satunya peserta Pilih Kasih yang tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Tidak seperti kebanyakan peserta Pilih Kasih yang memilih untuk menceburi bidang lakonan. Fizi tidak terlibat dalam bidang lakonan, sebaliknya memilih untuk menjadi penyampai radio.

Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia. Beliau tersingkir pada minggu pertama.

Fizi memulakan kerjaya radionya sebagai penyampai Ultra FM selama dua tahun sebelum stesen itu ditutup pada 2015.

Beliau kemudiannya berkhidmat di Suria FM pada Julai 2016 dan bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. Sejak itu, beliau terus berkhidmat untuk Suria.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply