Kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah Liyana megar Kamaruddin dengan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilihat agak meruncing apabila pelakon wanita itu mendedahkan hal tersebut di media sosial.
Menurutnya, kehadiran orang ketiga yang juga anak kepada seorang aktor senior telah mengakibatkan rumah tangga mereka diduga sehingga membuatkan para peminat bimbang.
Enggan memberi sebarang komen. Disebabkan Syamsul tidak membuka mulut perihal apa yang berlaku, pihak Melodi TV3 telah mendatangi bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam untuk bertanyakan isu rumah tangga anak dan menantunya.
Doa yang terbaik buat anak menantu
Dalam kenyataan yang diperoleh dari YouTube TV3, Yusof tidak dapat membenarkan atau menidakkan sebarang gosip mengenai dakwaan anaknya, Syamsul sudahpun bernikah lain.
Namun beliau berharap apa yang disensasikan di media sosial tidak benar kerana amat menyayangi anak, menantu serta cucu-cucunya.
Apa yang boleh dilakukan sebagai bapa ketika ini adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka. Harap semua spekulasi di media tidak benar
Walau bagaimanapun, jauh disudut hatinya, beliau berharap agar semua gosip tersebut tidak benar kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan Sarah.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungan mereka anak beranak masih lagi baik dan masih tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga anak dan menantunya.
Mohon menantu terus kuat. Akan tetapi, ketika meninggalkan pesan kepada Puteri Sarah, Datuk Yusof dilihat sebak dan berharap supaya menantunya kuat dalam mempertahankan rumah tangga yang sedang diuji ini.
Bagusnya bapa. Semoga semua dipermudahkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Yusof yang disifatkan sangat positif.
Mereka juga memuji tindakan beliau yang bersifat neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh anak menantunya.
“Ya Allah Sampai Menangls Ayah Dia..Serba Saiah Ayah Dengan Perangai Anak”
“Sebaknya Tgk Seorg Ayah Yg Sedih Dgn Dugaan Hidup Rumahtangga Anaknya..”
“Airmata Seorang Ayah…Sebak Ht Tengok Datuk Nangis”
“Mertua Yg Baik.. Alhamdulillah.Rezeki Sara.. Allah Uji Nikmat Suami.Tp Allah Kurnia Mertua Yg Baik”
“Antara 1 Bnda Yg Sy Paling Takut Ialah Bila Sy Buat Sesuatu Yg Menyebabkan Air Mata Kedua Ibubapa Sy Menitis”
“Seorang Ayah Dan Mertua Yg Bijak. Semoga Allah Kurniakan G Terbaik Buat Mereka”
“Ayat Pertahankn Rumahtangga Sarah Mean Jadi Apa2 Kemgkinan Sara Jgn Undur Diri…Aq Jee Ke Rasa.…Ni Ayat Dia”
“Mertua Syg Menantu….Mmg Nampak Sarah Menantu Yg Baik..”
“Ya Allah Gamak Nya Bt Hati Ayah Luluh…Nak Hidup Tenang, Bahagia, Bg Hati Mak Ayah Senang Du..Bt Bnda Yg Susahkan Hti Mak Ayah, Hidup Kucar Kacir Nnt”
“Dia Utama Kan Menantu.Sebut Pun Menantu Dulu”
“Hari Bapa,Dia Menitiskan Air Mata,Anak2 Lihatlah Perg0rbanan Bapa Mu”
“Nampak Sangat Dia Sayangkan Menantu Dia ..Moga Hubungan Sarah Dan Syamsul Berkekalan . Amin Amin Amin”
“Nmpak Jelas Yg Datuk Yusof Haslam Sayang Sgt Kat Menantu Nya. Untung Sarah.
Semoga Sarah Kuat Semangat Dan Sabar Dgn Ujian Rumahtangga Nie.”
“Tgk Ayah Kau Nangis Nie Sol.. Nangis Sbb Rumahtangga Kau Nie Sol.. N Kau Ika, Plz La
Undur Diri Korbankn Perasaan Tue Demi Ank? Mereka”
Video temuramah Datuk Yusof Haslam sedih,
“Sebagai seorang ayah kita mesti terasa, sebagai orang tua saya mendoakan anak-anak saya dilindungi Allah, buatlah sesuatu pilihan bukan silaplah.
“Saya tak boleh cakap berita benar, saya pun baca dekat media sosial sahaja. Saya harap benda tu tidak menjadi kenyataan. Saya dan Datin sayangkan rumah tangga anak saya, menantu saya, besan saya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungannya dengan Syamsul masih baik namun enggan mengulas lanjut mengenai kelemut rumah tangga anak menantunya.
“Kita sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat, mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kena tengah-tengah. Dua-dua kita sayang,” katanya.
Diakhir temubual itu, beliau turut menitipkan pesanan buat menantunya Puteri Sarah agar terus kuat dalam mempertahankan rumah tangga.
“Saya cuma doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat ya, kalau boleh pertahankan rumah tanggalah. Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang.
“Walaupun saya tahu bercakap memang mudah, menanggungnya di bahunya sendiri. Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah, menantu saya,” titipnya.
Sumber : https://viralbollywoodnews.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.