Pelakon Sharnaaz Ahmad Rupanya Yang Direman Selama Tiga Hari, Hari Ini Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Ini Kata-Kata Beliau Selepas Sahaja Bebas

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang direman selama tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Terdahulu netizen masih berteka-teki siapa identiti pelakon tersebut.

Seorang pelakon lelaki sensasi ditahan reman selepas didakwa menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Memetik BH Online, suspek berusia 30-an yang merupakan penghuni kondominum tersebut dilaporkan menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominum yan sama dalam kejadian hari Khamis, pada jam 8.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan meminta bantuan rakannya untuk membelikan minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk pengawal ke kawasan kondominium.

“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediamannya malam kelmarin.

Difahamkan, suspek pernah membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34.

Pelayar media sosial pula dedahkan identiti pelakon terlibat kes pukul ‘guard’ kondo

Teka-teki siapa pelakon yang direman akibat kesalahan memukul dan mencederakan pengawal keselamatan kondominium semalam akhirnya didedahkan pengguna media sosial.

Menurut komen yang dimuatnaik pengguna media sosial menerusi berita yang disiarkan laman FB Harian Metro hari ini, mereka mendakwa pelakon yang dimaksudkan ialah Sharnaz Ahmad atau Sang Bara, naga Maharajalawak.

Ianya dikuatkan lagi selepas carian silang terhadap umur Sharnaaz Ahmad di internet menyamaiciri-ciri umur suspek seperti dilaporkan media.

Kata-kata Sharnaaz selepas keluar dari tahanan reman.

https://youtu.be/Nhox4Z84o-k

Sharnaaz Ahmad memberitahu dia akan membuat sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau sepanjang beliau ditahan, pihak polis telah menjaga dia dengan elok dan tiada apa apa yang buruk berlaku.

Beliau memberitahu apa yang dibuat dia yakin tidak bersalah. Perkara ini akan dibawa ke mahkamah juga.

Sharnaaz turut menyeru supaya jangan buat apa apa spekulasi dengan apa yang terjadi. Dia turut beritahu bahawa dakwaan dia menvmbuk adalah tidak benar.

Sumber HM/RK/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply