Rupanya Inilah Wanita Pilihan Shahir AF, Bukan Calang2 Orangnya

RAMAI peminat Shahir Zawawi tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan mereka mendedahkan bakal bertunang pada pertengahan Julai ini.

Diam-diam hatinya dicuri. Menurut sumber Diva, betullah, wanita pilihannya bukan calang-calang, seorang usahawan yang sukses, bijak dan jelita. Memang secocok dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu.

Sejuk mata memandang tengok si bakal suri hidupnya. Sudah namanya jodoh, tak sampai dua bulan kenal mereka sepakat langsungkan ikatan.

Difahamkan persiapan ke hari bahagia sudah hampir sempurna kerana selepas bertunang, pasangan tersebut enggan tunggu lama-lama.

Dikhabarkan September jadi bulan pilihan mereka melangsungkan pernikahan. Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, bakal isteri Shahir pun sudah menjalani kursus perkahwinan bulan lalu.

Apabila kedua-dua keluarga sudah bagi restu, tandanya kompang sudah boleh dipalu.

Kiranya sekarang, mereka kini cuma menunggu detik disatukan. Apa pun tahniah.

Kata-kata Erra Fazira

SHAHIR BERTUNANG JULAI DEPAN – ERRA FAZIRA TUMPANG GEMBIRA, DOAKAN PERKAHWINAN KEKAL

“Saya ada menghubunginya selepas mendengar khabar dia nak kahwin, sebelum media tahu saya dah tanya dia dulu. Selepas itu dia cerita dan kemudian barulah media tahu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Dia pun dah bersedia sangat. Saya doakan semoga ini perkahwinan pertama dan terakhir buatnya.

“Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan… sesiapa pun saya berkawan tapi tidak berjodoh, kami tak bermusuh,” itulah kata penyanyi dan pelakon Erra Fazira yang tumpang gembira apabila mengetahui bekas kekasihnya iaitu Shahir Zawawi bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut Erra, 48, dia ada menghubungi Shahir bagi bertanyakan khabar dan ura-ura bakal berkahwin sebelum perkara itu diketahui oleh media.

Pada 6 Jun lalu, Shahir berkongsi berita gembira dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang baru dikenali sejak dua bulan lalu.

Menurut Shahir, 34, perancangan untuk berkahwin adalah suatu yang tidak dijangka dan dia selesa memilih wanita tersebut sebagai calon isteri walaupun tempoh perkenalan mereka agak singkat.

Ditanya mengenai jodoh, Erra berkata dia kini masih dalam fasa memilih dan mencari calon yang tepat buat dirinya.

“Mencari jodoh tu bukannya mudah dan tanya diri sendiri perlukah cari jodoh?. Kalau berjodoh buat diri tak tenang what the point? Dalam keadaan sekarang saya lebih tenang sebab dapat fokus pada kerja.

“Status sekarang sedang semak borang (memilih orang yang sesuai). Saya hanya minta orang doakan siapa pun jodoh saya,” ujarnya.

Pada pertengahan Julai ini, Shahir difahamkan bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya. Shahir berkata, dia dan pasangan merancang untuk berkahwin tahun ini.

“Nak bertunang pertengahan Julai ini dan kahwin Insya-Allah tahun ini juga. Sebenarnya kami baru juga kenal. Dia bukan orang industri hiburan dan berusia 30 tahun. Kami berkenalan pun secara tak sengaja di media sosial,” jelasnya.

Menurut Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan, dia sudah menghadiri kursus kahwin.

“Pada usia sekarang memang sudah cukup matang untuk kahwin. Pada saya ini semua aturan Allah. Kalau nak cakap soal bersedia nak berumah tangga, sebelum ini lagi dah sedia. Malah, kalau ikutkan usia sebgini sepatutnya dah kahwin. Kawan-kawan saya pada usia ini semua dah ada anak.

“Ini semua kerja Allah. Perkenalan kami dipermudahkan begitu juga ketika nak buat keputusan. Keluarga kami sama-sama menyokong. Bila buat solat istikharah Allah susahkan bermakna belum masanya, tapi bila Allah permudahkan sudah sampai masanya,” katanya.

Sumber Kosmo/Myartis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply