Pergi Ke Ladang Kentang, Sekali Kasut Yang Dipakai Krisdayanti Jadi Bualan Netizen, Rupanya Sbb Ini

Pesohor Indonesia yang juga menjabat jawatan wakil rakyat, Kris Dayanti menjadi buah mulut pengikut dalam laman Instagramnya.

Ironi, Krisdayanti sebenarnya memuat naik foto dirinya sedang membuat lawatan dan berada dalam ladang kentang penduduk di Kampung Sumber Brantas, Batu, Jawa Timur.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau menceritakan telah menyaksikan dan ikut melakukan proses menanam kentang dari jenis granola.

“Pagi ini bersama para petani di desa Sumber brantas kota Batu, saya menanam kentang granola,” tulis Krisdayanti dikutip pada Sabtu (25/6).

Beliau mengaku gembira melihat hidup petani di sana dan mendoakan agar ekonomi masyarakat kembali stabil.

“Senang rasanya melihat para petani kembali produktif dan semangat berkebun pasca bangkit dari masa pandemik. Semoga ekonomi masyarakat segera stabil seperti semula,” katanya.

Namun, bukan soal aktiviti nenek kepada seorang cucu perempuan itu yang menjadi perhatian netizen.

Sebaliknya sepasang kasut berwarna merah yang dipakai pelantun Menghitung Hari tersebut yang menjadi bualan netizen.

Menurut laporan Insert, kasut merah yang dipakai Kris Dayanti itu dari jenama mewah antarabangsa, Fendi dari jenis Red Knit Fabric Rockoko Sneakers.

Malah ada yang menyiasat sehingga harga kasut tersebut. Bukan main main, kasut tersebut dianggarkan bernilai RM2,000 atau $444.

“Pergi berkebun pakai kasut Fendi,” kata seorang netizen.

“Sayangnya kasut mahal macam ini bawa pergi ladang,” tulis yang lainnya pula.

Video,

Sedikit info Kris Dayanti,

Beliau ialah adik kepada Yuni Shara, penyanyi Indonesia dan merupakan anak perempuan Trenggono dan Rachma Widadiningsih.

Pada usia 9 tahun, beliau menyanyikan lagu untuk filem Megaloman. Tiga tahun kemudian, beliau mengeluarkan album pertama, Biasa Saja, bersama-sama dengan album runut bunyi untuk Catatan Si Emon.

Walaupun masih di sekolah tinggi, Yanti menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan peragaan. Pada tahun 1991, beliau disenaraikan sebagai finalis dalam pertandingan GADIS Sampul.

Beliau berkahwin dengan Anang Hermansyah, seorang ahli muzik dari Jember, Jawa Timur, pada tahun 1996. Bersama-sama mereka mempunyai seorang anak lelaki (Azriel) dan seorang anak perempuan (Aurel).

Sepanjang perkahwinan mereka, tabloid sering melaporkan khabar angin Yanti dikaitkan dengan Dicky Wahyudi, pemain gitar Tohpati, dan Ari Sigit, cucu kepada bekas Presiden Suharto.

Semua khabar angin dinafikan oleh Yanti, yang mengatakan bahawa hubungan beliau dengan suaminya baik-baik saja. Mereka bercerai pada pertengahan Ogos 2009, atas permintaan Yanti.

Selepas bercerai dengan Anang Hermansyah, Krisdayanti dilaporkan mempunyai hubungan dengan Raul Lemos, ahli perniagaan dari Timor Leste.

Pada 20 Mac 2011, beliau berkahwin dengan Raul Lemos dan mempunyai gadis lain pada 5 September 2011 oleh seksyen cesarean.

Nama gadis itu adalah Arianna Amora Lemos bermakna “Permata dengan penuh Kasih”. Dan kemudian, beliau berkata sudah meninggalkan kerjaya hiburan dan hidup di Timor Leste sebagai suri rumah. Bagaimanapun, beliau menarik balik kenyataan itu dan berkata bahawa mahu terus menyanyi sehingga lama, seperti penyanyi senior Indonesia, Titiek Puspa.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply