Haqiem Stopa naik satu level! Jadi penceramah di sekolah, tapi netizen bengang kenapa jemput mat rempit… Cikgu pun tak setuju!

VIDEO memaparkan personaliti media sosial Haqiem Stopa yang dijemput untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Ia hangat diperkatakan selepas pemuda berusia 22 tahun itu berkongsi satu video pendek menerusi TikTok miliknya pada Selasa.

“Terima Kasih SMK Sungai Besi,” tulis Haqiem sambil menyertakan tanda pagar #matrempit dalam kapsyen posting berkenaan.

Dalam video berdurasi 21 saat itu, Haqiem dilihat sedang berjalan membawa tongkat sambil diiringi beberapa individu.

Turut kelihatan murid-murid sekolah berkenaan yang sedang duduk beramai-ramai di sebuah dewan terbuka.

Dalam video itu, Haqiem yang berpakaian separa formal dilihat sedang memegang mikrofon ketika menyampaikan ucapannya.

Dalam tempoh kurang 24 jam, video itu meraih lebih 3.1 juta tontonan.

Selain tular di TikTok, video berkenaan turut disebarkan menerusi Twitter oleh beberapa individu lain yang kurang senang dengan kehadirannya ke sekolah itu.

“Kenapa SMK Sungai Besi menjemput Mat Rempit sebagai tetamu? Pada April lalu, tiga budak lelaki berusia antara 15 dan 16 tahun maut akibat menunggang motosikal.

“Juga seorang berumur 14 tahun ditahan di bawah “Ops Samseng Jalan” kerana terlibat dalam aktiviti Mat Rempit,” tulis pemilik Twitter @elill_e sehingga meraih lebih 3,500 ulang ciap (retweet).

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat mereka dan menyifatkan jemputan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Yang sekarang ni aku tak faham, kenapa dia pakai tongkat macam nenek aku pakai?

NETIZEN

“Mereka memang tak research eh siapa mereka bawa masuk sekolah? Memalukan.

“Kalau dah sampai Stopa mat rempit datang sekolah buat talk maknanya sistem pendidikan negara kita dah tenat.

“Ya Tuhan kenapa la Malaysia ni? Ramai lagi figura yang bagus boleh dijadikan contoh.

“Apa la yang pihak sekolah fikirkan apabila nak jemput dia ni?

“Haqiem Stopa ni dah jadi penceramah bebas ke? Sampai sekolah pun jemput,” tulis beberapa netizen.

HS

Haqiem juga turut dikenali dengan gelaran Ikon Permotoran.

Dalam pada itu, ada yang turut mempertikaikan etika pemakaiannya termasuklah penggunaan tongkat yang dibawa ketika hadir ke sekolah itu.

“Yang sekarang ni aku tak faham, kenapa dia pakai tongkat macam nenek aku pakai? Nenek aku pakai sebab pernah kena strok sebelah badan. Yang dia ni?

“Siapa ni? Dan kenapa dia menggunakan tongkat sedangkan saya tengok dia berjalan okey je. Adakah dia sakit? Mengapakah dia memakai baju tidak formal untuk ke majlis di sekolah? sekian,” tulis netizen lagi.

Bagaimanapun untuk rekod, Haqiem mengakui pernah terlibat dalam kemalangan hingga patah kaki kanan pada tahun lalu.

Sementara itu, seorang guru iaitu Mohd Fadli Salleh turut memberikan komennya berhubung jemputan Haqiem ke sekolah tersebut.

cg

Cikgu Mohd Fadli Salleh turut berkongsi mengenai hal itu menerusi Facebook.

“Tular video yang dikongsi oleh Stopa sendiri. Ramai marah apabila ada sekolah jemput Haqiem Stopa ke sebuah sekolah menengah.

“Aku tertarik satu komen netizen ni… Aku tak kisah si Stopa nak merempit ke, nak fly ke, nak buat gaya bodoh dan bahaya apa pun. Itu hak dia. Lantak dia.

“Tapi apabila dia dibawa ke sekolah untuk pengaruhi generasi dan budak-budak sekolah, memang aku tentang habis habisan.

“Entah la. Aku pun tak setuju. Dah kenapa tak panggil ribuan orang lain yang hebat dan boleh bagi pengaruh baik kepada pelajar sekolah?” tulisnya di Facebook.

Sumber :- mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Untuk rekod, Haqiem yang memiliki lebih 800,000 pengikut di TikTok pernah diberi gelaran sebagai Ikon Permotoran oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dia juga pernah muncul menerusi segmen #Bizibody mStar pada awal Jun lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply