MENGAKUI tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat dalam hidup.
“Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati. Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.
Shila kini dalam fasa bahagia membesarkan anak dan kerjaya.
“Saya mahu mencari seorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin.
“Saya tidak mahu orang yang tiada matlamat dalam hidupnya. Jika dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bagaimana dia mahu menjaga orang lain. Saya cakap bukan sahaja dari pengalaman perkahwinan lepas, tetapi dari hubungan sebelum ini juga,” katanya kepada mStar.
Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media drama Cinta Hilang Kata yang diadakan di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan pelancaran lagu duet baharunya bersama Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia yang juga dipilih sebagai OST drama berkenaan.
Mengambil pendekatan lebih terbuka, Shila juga kini tidak lagi berselindung soal peribadi dan sedia untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat.
Menurut penyanyi lagu Khilaf Asmara ini, selama lebih 22 tahun dalam industri seni, dia sudah cukup penat apabila sering kali cuba menepis kontroversi termasuklah kisah cinta.
“Kalau orang tanya saya akan jawab. Selama 22 tahun ini rasanya saya penat untuk menepis… cukuplah apa yang berlaku selama ini! Tiada lagi istilah biarlah rahsia buat saya.
“Tanyalah apa sahaja soalan, saya sudah bersedia. Tiada soalan yang membuatkan saya takut. Namun saya akan pilih peratusan keterbukaan untuk menjawab sebarang pertanyaan,” ujarnya.
Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian pada Februari lalu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia satu tahun.
Paduan vokal Liza dan Shila dalam lagu Bahagiakan Dia.
Shila juga dilihat sering melayan soalan peminat menerusi ruangan soal jawab di laman sosial miliknya.
Bercakap tentang kehidupan peribadi, Shila mengakui dia kini bahagia menikmati apa yang dimiliki sekarang ini.
“Soalan-soalan di media sosial memang banyak. Saya akan pilih secara rawak untuk menjawabnya.
“Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan sedang melalui fasa yang best,” ujarnya.
Jangan tanya saya lagi pasal Sharnaaz — Shila Amzah
KENYATAAN penyanyi, Shila Amzah mengenai hubungannya sebelum ini dengan Sharnaaz Ahmad nampaknya telah membuatkan sesetengah warganet tidak berpuas hati.
Sebelum ini, Shila pernah mengulas mengenai hubungannya dengan Sharnaaz dan memberitahu yang dia telah berada dalam perjalanan itu serta tidak suka dengan pengakhirannya.
Kenyataan itu begitupun mengundang rasa tidak puas hati sesetengah warganet hingga penyanyi itu terpaksa tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Shila Amzah mengakui berharap tiada lagi mesej berbaur kecaman dihantar kepadanya.
“Soalan yang ditanya kepada Sha ialah apa yang saya rasa (kembali bercinta dengan Sharnaaz), maksud saya ialah selepas apa yang terjadi, semua yang kita dah lalui, saya dan Sharnaaz nak mencari seseorang yang lebih baik dalam hidup.
“Kami pun dah moved on. Saya rasa kalau peminat nak mendoakan pun doakan masing-masing punya kebahagiaan. Tak bermakna perkara yang dah berlaku pada masa lalu, kena berlaku untuk masa sekarang juga kan.
“Jadi saya harap video ini dapat menjelaskan segala benda,” katanya.
Menurut Shila, dia juga berharap supaya tiada lagi yang akan menghantar kepadanya mesej berbaur kecaman disebabkan kenyataannya itu.
Tambahnya, dia juga berharap supaya soalan yang sama tidak ditanya lagi selepas ini untuk mengelak salah faham berlaku
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.