“Jejai Memang Antara Lelaki Yang Baik Pernah Saya Jumpa”- Fasha Sandha

Kini pelakon Fasha Sandha sedang bahagia dengan suami tercinta pelakon Aidil Aziz.

Namun sebelum itu, Fasha Sandha ada berkahwin dan mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram yang lebih dikenali dengan nama Jejai.

Walau dah berpisah, ramai yang melihat mereka berdua ini seringkali hadir di majlis bersama-sama, terutama majlis melibatkan anak mereka.

Melalui satu sesi soal jawab dengan peminatnya, ada peminat bertanya tentang keadaan hubungan antara Fasha Sandha dan juga Jejai.

“Saya suka sangat tengok kak Fasha dan bekas suami, Jejai, nampak baik dan tak ada sengketa. Ada tips tak untuk mereka yang lain.” Itu pertanyaan dari seorang peminatnya

 

Fasha Sandha akhirnya tampil memberi komen dan menjawab pertanyaan berkenaan.

Jelasnya, sebenarnya mula-mula dulu, memang ada juga sengketa antara mereka berdua, akan tetapi semakin meningkat usia, hubungan bertambah baik.

“Sejujurnya saya cakap, masa mula-mula dulu memang ada juga salah faham, namun begitu, apabila sudah menghampiri umur yang meningkat ini, kami pun sama-sama berbaik untuk anak-anak kami.”

“Ini memang penting agar anak-anak semua nampak yang kami semua ni berbaik dan dalam keadaan yang harmoni.”

Bagi Fasha, mengenali Jejai, dia akui bekas suaminya itu memang seorang ayah yang baik.

“Rizal merupakan seorang ayah yang baik, dan juga salah seorang lelaki yang baik yang pernah saya temui. Dia mungkin terkenal dengan pelbagai isu yang melanda, tetapi sejujurnya dia ni memang baik.”

“Tentang tips tu, saya tak ada apa tips nak beri pun, sebabnya saya ni bukannya pakar motivasi.”

 

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Sedikit info Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha Hassan (lahir 28 Mac 1984) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Fasha Sandha sedia dikecam

Pada tahun 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2014) dan Lara Aishah (2016).

Gambar Fasha Sandha Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011 | Sensasi Selebriti

Fasha dilahirkan pada 28 Mac 1984 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak perempuan kepada pasangan Hassan Moideen dan Hatijah Teh Man.

Beliau dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia, iaitu tempat asal keluarga beliau sewaktu keluarganya berpindah semula ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis.

Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya, salah seorang adiknya, Elisya Sandha juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Ketika berusia 18 tahun pada 2002, beliau mula melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati.

Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma. Antara syarikat korporat yang mendapatkan khidmat Fasha termasuklah Maxis, Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia). (Dan pernah bersekolah di sekolah menengah kebangsaan seberang jaya)

Kehidupan peribadi

Fasha telah diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram “Jejai” Ramli yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur. Mereka telah dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri. Tetamu yang hadir hanyalah ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Fasha & Jejai Selamat Bergelar Suami Isteri - Hiburan | mStar

Pasangan ini dikurniakan dua anak—Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi bercerai talak satu. Pada Oktober 2017, Fasha dan bekas suaminya telah memilih untuk menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka dengan cara yang baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sekitar Ogos 2015, Fasha menafikan khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog. Beliau dan pelakon sampingannya dalam drama itu, Dazrin bagaimanapun berkata adegan tembak-menembak dalam drama Miranda lakonannya hanyalah sekadar lakonan sahaja.

Suami mahu 'baby boy' - Fasha Sandha

Beliau juga dikatakan berkrisis dengan pelakon Nora Danish hingga kedua-duanya tidak bertegur sapa, berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya. Pada penghujung Mei 2018, Fasha dan Nora dilaporkan akan menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.

Pada Jun 2018, Fasha dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aidil Aziz selepas Aidil menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip terbitannya, malah menyifatkan Aidil ialah sahabat yang membuatnya gembira dan ketawa. Beliau dipetik sebagai berkata: “Dia (Aidil) membuatkan saya rasa sungguh selesa kerana saya juga seorang wanita yang sukakan kesederhanaan. Dia jugalah sahabat saya yang mampu buatkan kami anak-beranak gembira dan ketawa,” Fasha juga mempunyai hubungan erat dengan pelakon Fazura, yang disifatkannya sebagai seorang yang pemurah.

Aidil tak pernah paksa saya kuruskan badan - Fasha Sandha - Utusan Digital

Fasha bertunang dengan Aidil pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. Mereka berdua sebelum ini menafikan pertunangan mereka sebelum membuat pengumuman rasmi. Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35.

Sumber viralmy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply