Selepas selesai menguruskan kedua cahaya matanya yang mengalami demam panas, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tampil menjelaskan mengenai penularan video berpeluk dengan aktres Intan Najuwa, di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang.
Anggap sebagai teguran
Menurut Aliff, dia bukan manusia yang sempurna. Tenang menjawab kontroversi panas itu di Instagram Live pada Sabtu, Aliff, 32, berkata dia menerima setiap komen dengan hati yang terbuka.
Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.
Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak.
Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya.
Saya hargai sangat. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah.
Banyak lagi perlu diperbaiki
Dedah pemilik nama Muhammad Aliff Aziz, dia juga digelar penunggang agama malah ada segelintir netizen yang berpendapat dirinya masih Aliff Aziz yang dahulu.
Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.
Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza.
Dalam pada itu, suami kepada aktres Bella Astillah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya perbuatan itu telah mengguris hati mana-mana pihak.
Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit.
Sebelum ini, seorang pengguna di TikTok memuat naik video di mana dia terserempak dengan Aliff berpelukan dengan Intan ketika sedang menjalani penggambaran drama Jodohku Babysitter di pusat peranginan tersebut sehingga mengundang kecaman netizen.
Terdahulu,
“INGATKAN ALIFF DAH BERUBAH..” -ALIFF AZIZ DAN INTAN NAJUWA BERPEIVKAN DI GENTING HIGHLAND
Pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa mencvri perhatian ramai apabila sebuah rakaman video pasangan itu berada di kota keriangan Genting Highlands tular di laman sosial.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @lovethv_ memuat naik video aksi dua pelakon itu saling berpelvkan sambil Intan memegang tangan Aliff.
Meraih pelbagai tanda tanya dan spekulasi wargamaya, perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter yang mengandingkan Aliff dan Intan sebagai pelakon utama.
“Diorang shooting drama jelah. Jangan salah faham #biasalahdramamelayu,” tulis penguna tersebut.
Video:
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang variasi reaksi yang berbeza daripada wargamaya.
Dalam pada ramai yang tidak menyangka pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu bersentuhan dengan pelakon wanita, tidak kurang juga timbul rasa respek pada Aliff yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ke set penggambaran.
Komen netizen:
Intan Najuwa Berang Video Mesra Dengan Aliff Aziz Di Genting Highlands, “Kenapa Perlu Nak Sebar Benda-Benda Negatif?”
NAMA pelakon Intan Najuwa menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video berpeluk dengan aktor, Aliff Aziz di pusat peranginan, Genting Highlands, Pahang.
Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, memberitahu babak mesra itu dirakam semasa dia menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter.
Menurut Intan, kesemua kru produksi yang terlibat untuk drama berkenaan turut berada di set penggambaran ketika itu.
Intan jawab video tular.
“Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu.
“Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?” katanya.
Intan Najuwa menjawab mengenai persoalan itu menerusi Instastory pada Khamis.
Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif
Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai video memperlihatkan aksi mesra Intan bersama Aliff Aziz.
Ia mengundang rasa kurang senang segelintir netizen hingga ada menyelar tindakan aktres ini dilihat bermesra dengan suami kepada Bella Astillah itu.
Sementara itu, Intan turut meminta blogger tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung video berkenaan.
“Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif,” soalnya.
Jodohku Babysitter bersiaran di Astro merupakan karya adaptasi novel Nureen Ahmad.
Selain Intan Najuwa dan Aliff Aziz, drama ini turut dibintangi oleh Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira.
SEBELUM INI, Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @lovethv_ memuat naik video aksi dua pelakon itu saling berpelukan sambil Intan memegang tangan Aliff.
Meraih pelbagai tanda tanya dan spekulasi wargamaya, perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter yang mengandingkan Aliff dan Intan sebagai pelakon utama.
“Diorang shooting drama jelah. Jangan salah faham #biasalahdramamelayu,” tulis penguna tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang variasi reaksi yang berbeza daripada wargamaya.
Dalam pada ramai yang tidak menyangka pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu bersentuhan dengan pelakon wanita, tidak kurang juga timbul rasa respek pada Aliff yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ke set penggambaran.
“@Amin & Iyda :Semoga Allah sentiasa pegang hati si lelaki untuk terus berpegang teguh dengan niat berubah demi isteri dan anak-anak.”
“@Akid Shaharuddin:Ingat aliff betul-betul berubah. Betul la kan Allah maha bolak-balikkan hati manusia.”
“@BUNGA APRIL:Huishhh kalau aku jadi bini dia. Tak sanggup duh kena shooting gini.”
“@Aien Risya:Tapi Aliif pergi shooting dia bawak wife dia. Itu yang respect dengan Aliff.”
“@ikmalmorata_:ni la cabaran bile berkahwin dengan pelakon.. hati kene kental.”
“@???????????:lahh Aaliff, dah berubah tapi why shooting macam tu? hmm.”
Sumber: Instagram @iamaliffaziz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.