Hari ini, kecoh di media sosial mengenai berita seorang bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Azman didakwa lesap selepas pihak polis menerima laporan daripada anak pengacara itu.
Malah, wanita tersebut juga gagal ditemui sejak tahun lalu walaupun pelbagai usaha mengesannya telah dilakukan.
Rumah tidak tersusun…beg duit ditemui
Melalui portal Utusan Online, anak Zalina iaitu Mikhael Norman mendakwa telah cuba mencari ibunya sejak 24 November 2021 untuk memaklumkan mengenai keadaan datuk yang tidak sihat.
Malah ketika dia dan bapa saudara pergi ke rumah wanita berkenaan, kediaman itu didapati bersepah selain hanya menemui kereta serta beg duit milik ibunya sahaja.
“Pada 29, November, pengadu dan bapcl Saudaranya pergi ke rumah ibunya berlokasi di Seksyen 3 dan mendapati keretanya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan dalam rumah tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai berjumlah RM600 milik Zalina,
“Ibunya bagaimanapun tidak dijumpai. Usaha pencarian telah dibuat
namun mangsa gagal ditemukan,”
Zal sangat perahsia orangnya sejak dari dahulu lagi
Dalam pada itu, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi turut meluahkan rasa sedih akan kehilangan sahabat lamanya. Menerusi portal Berita Harian, dia mengaku sudah lama tidak berhubung dengannya oleh kerana terlalu sibuk bekerja.
Malah, selebriti tersebut juga menyifatkan Zalina sebagai seorang yang cukup berahsia dan selalu ‘mengasingkan diri’ apabila dijemput dalam satu majlis reunion.
“Zal sangat perahsia orangnya sejak dahulu lagi termasuk dalam soal keadaan semasa dirinya.
Kalau sesama kami (bekas kakitangan TV3) anjurkan majlis pertemuan semula (reunion), Zal memanq memilih untuk tidak hadir,”
Sudah lama kami tidak bertanya khabar dengan kesibukan masing-masing. Alih-alih, dapat berita. Setahun Zal hilang tanpa khabar berita. Tempoh itu agak lama.
Kami ingat Zalina mahukan kehidupan low profile…jadi kami hormat pendiriannya.
Pada masa sama, seorang lagi bekas personaliti TV3 iaitu Zakiah Anas turut terkejut dengan khabar tentang sahabatnya. Katanya, wanita tersebut pernah menghubungi Zalina sebelum ini namun tidak dijawab.
Malah, dia juga menganggap mungkin rakannya itu mahu hidup secara low profile dan enggan diganggu. Bagaimanapun selepas isu berkenaan tular, dirinya berasa sangat sedih selain berharap agar insan itu segera ditemukan.
Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.
Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat, Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam berapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.
Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.
Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari.
Kredit: Portal Berita Harian, Portal Utusan Online, viralnewsupdates.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.