“Terj0j0l Semua Benda” Lincah Menari Dgn Berpakaian Ket4t, Pelakon Eina Azman D1kritik Netizen

Nama pelakon Datin Paduka Eina Azman sememangnya tidak asing lagi dalam kancah dunia hiburan Tanah Air. Berkahwin dalam usia yang muda dan dikurniakan dua orang anak kembar yang comel pastinya sudah melengkapkan kehidupan pelakon berusia 27 tahun ini.

Terbaru, selebriti itu telah memuat naik beberapa video menari bersama tiga orang rakan artis dalam drama bersiri The Maid 2 sehingga menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya pemilik nama Ainur Syakina Azman mempunyai lekuk bentuk badan yang pastinya membuatkan para wanita di luar sana berasa iri hati!

Pun begitu, pakaian yang dipakai oleh selebriti itu menerima kritikan di kalangan warganet di mana mereka mengatakan ia agak keterlaluan bagi seseorang wanita muslimah.

Selain itu, ramai meminta figura itu dapat menjaga auratnya dengan lebih baik selepas ini dan mendoakan agar pelakon jelita ini mendapat hidayah daripada-Nya.

Perkongsian di bawah juga menarik perhatian netizen.

Kembali Aktif Dalam Dunia Seni, Eina Azman Masih Ambil Langkah Berjaga-Jaga Kerana COVID-19

Kembali Aktif Dalam Dunia Seni, Eina Azman Masih Ambil Langkah Berjaga-Jaga Kerana COVID-19

Pelakon yang kini bergelar Datin Paduka, Eina Azman berkata dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni namun masih mengamalkan langkah berjaga-jaga dek kerana wabak COVID-19 yang masih melanda negara saat ini.

Eina Azman dan keluarga
Sumber : Instagram Eina Azman
Meskipun begitu, Eina mengakui dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan untuk kembali aktif dan akhirnya menyertai program The Masked Singer pada awal Ogos yang lalu.

Menurutnya lagi, sejak Perlaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu, dia hanya berehat dan melayani suami dan anak-anak di rumah.

Tambah Eina, suaminya turut menghalang dia keluar daripada rumah terlalu kerap kerana masih mempunyai anak-anak kecil dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi pandemik global itu.

Namun begitu, setelah dia menerima tawaran The Masked Singer dan diberitahu dengan lebih awal mengenai prosedur yang telah ditetapkan sepanjang ianya bersiaran, Eina Azman memperoleh keyakinan untuk kembali aktif dalam dunia seni.

“Saya terima tawaran The Masked Singer itupun kerana telah diberitahu lebih awal yang saya akan duduk dalam bilik sendiri dan tidak berjumpa dengan ramai orang, jadi ia membuatkan saya rasa lebih selamat.”

Mengakui dirinya masih takut, namun apa yang boleh dilakukannya kini hanyalah mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Amalkan kebersihan tangan, jangan bersalam dengan orang dan amalkan penjarakan fizikal, saya rasa semua orang pun faham jika kita tidak berjabat tangan di waktu sukar sebegini.”

Perkembangan terkini, Eina Azman difahamkan bakal muncul dalam sebuah drama berjudul The Maid yang akan bersiaran di saluran Astro Ria tidak lama lagi. Drama itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Norman Hakim, Sherry Alhadad, Mira Filzah serta Ezzaty Abdullah.

Sumber:- trending

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply