Nasib Kurang Baik ‘Driver’ Tidur, Haqiem Stopa Reda Kena Saman, Haqiem Beritahu Sebab Kenapa Tak Ambil Lesen Memandu

GARA-GARA memandu kereta tanpa lesen, selebriti media sosial iaitu Haqiem Stopa disaman polis ketika melalui satu sekatan jalan raya.

Menurut Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, dia telah membayar dua saman berkenaan namun hingga kini masih belum berkesempatan untuk mendapatkan lesen memandu.

“Salah memang tetap salah. Saman diterima dan saya akui terima dua saman.

“Saman dah bayar cuma yang belum bayar saman yang kena naik mahkamah.

“Lesen pun bukan boleh buat terus… hari ini bayar saman esok buat lesen mana boleh, ambil masa juga,” katanya kepada mStar.

Haqiem turut menafikan bahawa dia sudah bertunang dan menganggap itu cuma spekulasi orang ramai.

Terdahulu yang tular,

Ikon Permotoran kena saman tak ada lesen memandu? Nama Haqiem Stopa sekali lagi jadi bahan jenaka netizen

NAMA Haqiem Stopa sekali lagi panas dan menjadi topik perbualan netizen apabila dia didakwa ‘kantoi’ tidak mempunyai lesen memandu.

Menerusi satu salinan saman motokar yang tular, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada Ahad malam.

Kes itu sekaligus menjadi bahan jenaka netizen yang mana dia sebelum ini pernah diberi gelaran Ikon Permotoran oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Tak ada lesen memandu rupanya si Stopa tu. Ikon permotoran la sangat.

“Entahlah sembang kaya itu ini, lesen pun tak mahu ambil ke? Melingkup ajelah Stopa.

“Laaa Haqiem Stopa idola permotoran kena saman tak ada lesen,” tulis beberapa netizen di laman Twitter.

stopa 2

Foto tular dipercayai Haqiem Stopa ketika disaman oleh anggota trafik.

Selain salinan surat saman, foto Haqiem Stopa ketika ditahan oleh anggota polis trafik turut disebarkan di media sosial.

Untuk rekod, Haqiem Stopa atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar yang dikenali ramai sebagai ‘mat rempit’ mempunyai hampir 900,000 pengikut di TikTok.

Pada bulan lalu, nama Haqiem Stopa hangat diperkatakan apabila dia dijemput memberikan ceramah di sebuah sekolah menengah.

Selain dianggap tidak layak, kehadiran Haqiem Stopa yang berpakaian separa formal dengan sebatang tongkat turut menjadi bahan cercaan netizen.

Dia sebelum ini pernah pernah muncul menerusi segmen #Bizibidy mStar pada awal Jun lalu.

Haqiem Stopa buat laporan polis, bengang maklumat peribadi tersebar

Ikon permotoran, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi sebutan gara-gara tersebar sekeping gambar menunjukkan dirinya telah disaman kerana kesalahan tiada lesen memandu.

Terkini, Haqiem yang memiliki lebih 800,000 pengikut di akaun TikTok mengaku kesilapan tersebut dan bersedia menanggung akibatnya.

Haqiem, 22, berkata, dia ditahan kerana tiada lesen kereta bukannya tiada lesen motosikal.

“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh.

“Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira pukul 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota,” jelasnya.

Namun begitu, Haqiem tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadi iaitu nama penuh dan alamat yang tertera di surat saman tersebar.

Katanya, gambar dan maklumat peribadi tidak sepatutnya dihebahkan kerana ianya melibatkan privasi.

Dalam pada itu, orang ramai turut menyokong tindakan yang dilakukan oleh Haqiem dengan membuat laporan polis dan berharap orang ramai juga tidak lagi sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi orang lain.

“Bagus lah Haqiem buat laporan, sebab netizen kita kalau bab dedah dan sebar maklumat orang ni memang cepat.

“Cuba la fikir kalau terkena dekat batang hidung sendiri, pasti malu,” ujar Faizul Jo.

“Buat laporan polis satu tindakan bijak, jangan buat tindakan sesuka hati sudah lah.

“Kalau bab dedah maklumat untuk buatkan orang lain malu itu memang tugas nombor satu netizen kita,” jelas Mat Luq Mache

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply