“Ini Takdir Allah” – Afdlin Shauki Perjelas Hubungan Dengan Bekas Isteri Selepas Bercerai

PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki menyifatkan perceraiannya dengan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah sebagai takdir dan ketentuan Allah.

Sepakat berpisah selepas hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, Afdlin berkata, ketika ini fokusnya dan Maria adalah untuk terus bersama-sama membesarkan tiga anak-anak agar mereka tidak terkesan dengan perceraian yang berlaku.

“Ini adalah takdir Allah. Tiada siapa yang mahu hubungan rumah tangga berakhir begini (perceraian).

afdlin 22

Afdlin dan bekas isteri kekalkan hubungan baik demi anak-anak.

“Kami cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang terjadi.

“Walaupun sudah berpisah pada Ramadan lalu, kami masih menyambut Aidilfitri bersama. Kehidupan juga berjalan seperti biasa cuma bezanya kami tidak lagi bergelar suami-isteri,” katanya kepada mStar.

Pada Jumaat lalu, Maria menerusi Instagram miliknya mendedahkan sudah bercerai dengan Afdlin pada April dan pengumuman itu dibuat hanya selepas dirinya selesai menjalani edah selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi tentang punca keretakan rumah tangganya kepada umum.

Sebaliknya kata pelakon filem Buli itu, perkongsian bekas isteri di media sosialnya cukup menceritakan masalah yang membawa kepada perceraian mereka.

“Apa yang bekas isteri katakan di media sosial, kami telah persetujui bersama. Jadi tiada apa yang perlu saya katakan sekarang ini.

Kami cuba yang terbaik untuk teruskan hidup demi anak-anak supaya mereka tidak rasa terkilan dengan apa yang terjadi

“Tunggulah, mungkin suatu hari apabila saya sudah bersedia, saya akan kongsi,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Maria memaklumkan punca perceraian mereka disebabkan sudah tidak sehaluan sejak negara berada dalam tempoh pandemik.

Meskipun sudah berusaha memperbaiki perkahiwnan tersebut namun Maria dan Afdlin menganggap perceraian adalah keputusan paling baik selain masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak mereka.

Perkahwinan retak sejak pandemik, Afdlin Shauki dan isteri sudah cerai April lalu

SELEPAS hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.

Maria menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik Covid-19 yang lalu.

afdlin 2

“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Maria berkongsi mengenai perkara itu dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat selepas selesai menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Maria berkata, meskipun sudah tiada lagi ikatan suami-isteri namun mereka akan terus menyokong antara satu sama lain selain mengutamakan tanggungjawab terhadap tiga cahaya mata.

“Kami memaklumkan perkara ini selepas saya selesai menjalani tempoh edah. Kami turut bersepakat bahawa perpisahan ini tidak akan merosakkan hubungan kami, tetapi tetap meneruskan kehidupan.

“Afdlin akan terus menyokong saya sebagai seorang sahabat dan saya juga akan lakukan perkara sama,” jelasnya.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply