“Sekarang Club Dah Bukak Balik, Kalau Pergi Tu.. ”- Puteri Sarah Mula Beri Amaran

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat seolah-olah memberi ‘peringatan’ kepada individu yang didakwa sering ke kelab hiburan.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah individu terbabit, namun Puteri Sarah sempat meninggalkan pesanan tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Jumaat.

“Sekarang club dah buka balik. Klau pergi tu jaga-jaga. Tengok kanan, kiri jangan nanti ada orang tersnap gambar. Dah viral balik.

“Lepastu jaga-jaga dekat club ramai orang. Takut terkena Covid.#sekadarperingatan,” tulisnya.

Sementara itu, pada 15 Julai lalu, Puteri Sarah tampil memberi komen balas kepada seorang pengguna media sosial yang dilihat menegur tindakannya yang seolah-olah enggan merestui hubungan suaminya dengan Ira Kaza.

“Mampu nak kahwin lagi, kahwin je lah… Tak payah sibuk… Puteri Sarah terima je lah, Islam izinkan…” tulis individu terbabit.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Puteri Sarah juga didakwa enggan menolak perceraiannya itu gara-gara kekayaan yang dimiliki suaminya, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, pengurus beliau yang dikenali sebagai Emi Mat Rozekhi tampil membidas dakwaan tersebut dan memaklumkan aktres itu tidak hairan dengan kekayaan yang dimiliki pengarah tersohor terbabit memandangkan dia juga mampu untuk memiliki apa yang dikehendaki hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini.

RAMAI CAKAP PUTERI SARAH BERTAHAN SEBAB HARTA SUAMI, SEKALI PENGURUS BELIAU DEDAHKAN KEKAYAAN PUTERI SARAH BUAT RAMAI TERKEJUT.

Baru-baru ini pelakon Puteri Sarah Liyana menghantar notis saman kepada seorang netizen yang mengkritik serta melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepadanya.

Susulan itu, individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres tersebut dan mendoakan agar urusan Puteri Sarah dan keluarga dipermudahkan.

Puteri Sarah tak hairan harta Syamsul Yusof

Terbaharu, pengurus kepada Puteri Sarah iaitu Emi Mat Rozekhi menyelar tuduhan dakwaan daripada segelintir warganet yang mendakwa aktres tersebut enggan bercerai disebabkan oleh kekayaan suaminya.

Tegas Emi, Puteri Sarah seorang wanita yang gigih mencari rezeki atas usahanya sendiri dan tidak kisah dengan status ‘kaya’ seperti yang digembar-gemburkan ramai.

“Saya yang kira duit dia. Saya tahulah dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.

“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak (saya) tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri.”ujarnya.

Jaga jari, jangan sampai lupa diri

Dalam masa yang sama, wanita itu memberikan peringatan kepada warganet supaya berhati-hati ketika mengulas sesuatu isu. Katanya, ia adalah bagi mengelakkan timbulnya fitnah yang boleh memakan diri mereka sendiri.

“Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan simpan komen itu sebab bukan kita yang hadap. Benda nak berlaku. Moga pihak sana jadikan pelajaran.”tulisnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu gangguan dan ugutan yang diterima daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua zuriat iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply