“Di ambang wati, di dasar hati”, mendengarkan saja bait-bait lirik tersebut sudah pasti mengingatkan kita dengan penyanyi legend, Datuk Awie. Sekali pandang tentu ramai menyangka vokalis kumpulan Wings ini seorang yang cukup garang.
Namun artis lelaki ini memang suka bergurau senda terutamanya dengan wartawan. Still and always daddy’s girl.
Baru-baru ini, anak sulungnya yang bernama Puteri Aleeya Antasha sempat menjadi tular di laman TlkTok selepas memuat naik rakaman bersama si ayah ketika kecil dan jugs dewasa. Kecantikan gadis tersebut yang kini sudah menjangkau usia 21 tahun sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Tapi kau kena berdepan dengan aku dulu, nak bawak anak dara orang. Terbaru menerusi satu temubual, Awie sempat diusik wartawan dengan pujian terhadap kecantikan anak-anak perempuannya.
Siapa sangka penyanyi tersebut malah tinggalkan pesanan cukup tajam kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan puterinya itu. Katanya, jika mahu berkawan, sesiapapun wajib bersemuka dengannya dahulu sebelum mendapatkan lampu hijau.
Fuhh terketar-ketar oii nak jumpa pun…Sedar dirilah, anak dia cantik kot…Tak pandang orang macam ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan Awie. Dalam pada itu, ramai juga tak menafikan merasa takvt untuk berkenalan dengan anak dara artis lelaki berkenaan kerana segan dengan si ayah.
“kenal ngan anak sbb nk rapat ngan bapak”
“Fuhhh terketar2 oii k jmpa pun”
“boleh je tok kita gentleman punya, nak jugak feeling2 awe ngn wati”
“tgk bapak dia hensem”
“Nanti saya datang rumah Dato”
“kalau aku belum kawin memang aku jumpa abg Awe nit anak lawakan. Apa takut matl tanam hahaha gurauuuu gurauuu gurauuuu”
Arni Nazira Dedah 2 Anak Bersama Awie! Wajah Terkini Puteri Aleeya Buat Ramai Tergamam
Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri Arni Nazira ni. Macam kembar pun ada. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Terpesona dan tak jemu mata memandang!
Menurut perkongsian ekslusif Arni Nazira bersama Nona, Puteri Aleeya Antasha, 22, dan Puteri Aleefa Antasha, 20, masing-masing kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah kolej yang sama sekitar Kuala Lumpur dalam bidang event management.
Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Awie namun mereka bercera1 pada tahun 2006.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 12, Wan Ayesha Maserra, 10, dan Wan Muhammad Mushrief, 7
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik. Arni turut menddahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter ‘anak sulung’ dalam dirinya.
Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari. Memandangkan Puteri Aleeya tinggal di asrama maka kami jarang berjumpa. Hanya pada hujung minggu jika ada masa terluang kami akan bertemu.
Manakala Puteri Aleefa pula karakternya sedikit ‘kasar’ berbanding kakaknya. Namun begitu, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kerana Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”
Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.
“Kalau bertemu atau sekadar berbual dalam telefon itulah pesanan utama saya buat mereka setiap hari. Kami akan video call atau bermesej di WhatsApp.
Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah.
Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga.”
Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Sekitar tahun 90an, Arni popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’ serta memiliki raut wajah yang lembut dan ayu. Kini hampir 12 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada tahun 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook NewsToday 80
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.