“4 Tahun Ada Mas4lah Dgn Suami”- Rupanya Ini Punca Dato Yusof Haslam Halang Puteri Sarah Duduk Rumah

Empat tahun pelakon Puteri Sarah Liyana ‘sorok’ kemelut rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.

Kerja back to back, Menurut Puteri Sarah, dia tidak menidakkan kesibukan dia bekerja disebabkan ingin lari daripada terus dibelenggu masalah.

Dedah aktres berumur 36 tahun ini, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan meratap dengan apa yang berlaku.

Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.

Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Ingatkan berjuang seorang diri

Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.

Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati akui sebak apabila Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail tampil ke hadapan dan bersuara mengenai isu panas tersebut.

Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Kutipan Mat Kilau RM90 juta, Puteri Sarah ucapkan tahniah

Kemelut rumah tangga tidak menjadi satu penghalang buat pelakon Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah dengan setulus hati kepada suaminya, Syamsul Yusof atas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya mencatat kutipan mencecah RM90 juta.

Sarah, 37, ketika ditemui Kosmo! Online dengan mengakui, dia sendiri menyaksikan susah payah yang dilalui pasukan produksi menyiapkan naskhah berkenaan sehingga berjaya menjadi filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia.

“Dalam kesempatan ini saya mahu ucapkan tahniah kepada suami, Mohd. Syamsul dan juga pasukan Mat Kilau atas kejayaan filem tersebut. Saya tahu macam mana proses mereka melakukan penggambaran dahulu.

“Kalau nak ikutkan, ketika itu saya baru mengandungkan Sumayyah (anak kedua). saya ada pergi ke lokasi penggambaran untuk beri sokongan.

“Saya tahu proses yang dilalui mereka ketika penggambaran termasuk masalah di lokasi dan proses suntingan pun dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai wajah produk Inayah Beauty yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Sarah turut menyifatkan kejayaan yang diraih filem arahan bapa kepada anak-anaknya itu juga berkat doa dan sokongan orang ramai.

“Tahniah kepada semua pelakon, pasukan dan kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada penerbit iaitu Studio Kembara, tahniah!” ujarnya.

Semalam Kosmo! Online melaporkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan, sekaligus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta dan Munafik 2

Sumber: OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply