Sudah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Anaknya bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pun berusia 3 tahun.
Baru-baru ini, Hidayah telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta jenis Vellfire atas usaha gigihnya berniaga demi keselesaan anak tersayang untuk kemana-mana.
Bawa anak lepas rindu di pusara
Hari ini, balu pelawak tersebut telah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.
“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg…
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada..
Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga…” tulis Hidayah.
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.
Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.
Sebak rasa tengok video ni
Menjengah ke ruangan TikTok, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat video terbabit. Lebih-lebih lagi apabila sosok wajah Hamzah hampir mirip dengan Abam ketika masih hidup.
Mereka juga akui merindui pelawak tersebut walaupun tidak pernah mengenali allahyarham secara dekat dan amat mengagumi bakatnya yang pernah menghiburkan kita semua suatu masa dahulu.
Antara komen warganet :
“nagis aku tgok wey….semoga awak kuat ya.Alfatihah buat arwah”
“ishhhh comel betul hamzah niey semoge
menjadi anak yg soleh ye hamzah”
“sayu hati tgk masa dayah cium batu nisant Tu.. Allahhu….Al fatihah.. juga untuk arwah sit sarah..tanah perkubvran yg sama dgn arwah abam”
“Ini cinta seta.kehilangan insan tersyg mmg payah utk melupakan walaupn sedetik.. & tiada pengganti yg sama seperti dia. kerana dia penyeri hidup..”
“hidayah orang ya baik..lembut,semoga arwah Abam d tempatkan di kalangan orang’ beriman..Aamiin”
“buat arwah.semoga adik sabar& tabah demi anak.kuatkan semangat dIm menerus kehidupan”
“Alfatihah a but arwah abam semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt”
“ramai yang rindukan arwah jugak. al fatihah,buat abam”
“al fatihah but arwah abam…semoga tenang disana…..salam takziah sis hidayah..”
“hamzah mcm muka arwah allahu semoga hamzah menjadi anak soleh alfatihah untuk arwah abam”
“Anak akk sebiji muka arwah..Allah, kita baik org suka ya Allah.. al-Fatihah moga arwah ditempat kan org yg beriman aamiin”
Video :
https://youtu.be/647VW2DSKLA
Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.
Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.
Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.
Turut kelihatan, sebuah kereta Vellfire dibelakangnya sekaligus membuatkan pengikutnya bertanya kepada Hidayah adakah dia membeli kenderaan tersebut selepas kereta arwah suaminya dijual.
Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.
Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.
Terdapat juga komen dari netizen yang agak pelik hidayah yang baru saja berniaga dapat membeli kereta mewah itu.
“Org baru meniaga dah beli Vellfire”
Terdahulu, perkongsian Hidayah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwh suaminya di jalan raya.
Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.
Sumber OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.