“Saya Beli Guna Duit Sendiri” Ramai Terkejut Bila Dapat Tahu Harga Kereta Baharu Puteri Sarah Beli

Puteri Sarah, 37, berkata, dia turut berkongsi detik manis itu bersama dua anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menjadi suri rumah, saya bangkit dengan kembali bekerja. Sepanjang tahun lalu saya aktif semula berlakon dan membuat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itu dapatlah saya membeli kereta idaman sendiri.

“Mungkin orang melihat ia biasa, tapi bagi saya ia cukup bermakna. Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu bercakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami.

Pelakon Puteri Sarah bangga dengan pencapaian dirinya apabila mampu membeli kereta mewah Mercedes-Benz A-Class yang dianggarkan bernilai RM250,000 hasil titik peluhnya sendiri.

“Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, rasa terharu dan sebak dibuatnya. Tidak menjangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sarah, bapa mentuanya yang juga penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam adalah individu yang banyak mendorongnya untuk kembali bekerja.

“Datuk pernah cakap buat apa saya nak terperap di rumah dan terus bersedih. Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan tawaran berlakon tak pernah putus sampai sekarang.

“Dalam masa sama, setiap apa yang saya usahakan mendapat sokongan semua. Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” katanya.

terdahulu,

Perkongsian terbaru Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap tidak benar mengenai dirinya di media sosial.

Sarah berkata, tindakan itu diambil sebagai satu pengajaran kepada netizen diluar sana tidak membuat spekulasi tanpa bukti kukuh.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dgn apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Sarah turut berkongsikan kenyataan individu tersebut yang memburukkan dirinya mengenai rumah tangganya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Sarah juga memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Perkongsian Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan sokongan kepada pelakon itu serta bersetuju dengan tindakan saman berkenaan.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.

“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.

“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.

“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.

Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.

“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.

“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.

“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.

Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.

“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?

Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya

Empat tahun pelakon Puteri Sarah Liyana ‘sorok’ kemelut rumah tangga dengan suami yang juga merupakan pengarah filem, Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada Ira Kazar.

Kerja back to back, Menurut Puteri Sarah, dia tidak menidakkan kesibukan dia bekerja disebabkan ingin lari daripada terus dibelenggu masalah.

Dedah aktres berumur 36 tahun ini, bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pernah menghalang dirinya duduk di rumah dan meratap dengan apa yang berlaku.

Ya betul. Macam mana saya ada kekuatan untuk bekerja adalah datang daripada bapa mentua saya. Dua tahun lalu dia ada cakap suruh saya berlakon, jangan duduk rumah.. menangis dan makan hati.

Fokus dekat penggambaran dan jaga anak-anak. Masa mula-mula saya nak buat, memang tak ada kekuatan, rasa takut. Bila dah mula kerja, jadi ketagih asyik back to back.

Saya nak jadi Sarah yang dahulu maksudnya yang bekerja dan ada konfiden dengan diri sendiri.

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Ingatkan berjuang seorang diri

Ditanya sama ada anak-anak faham situasi sebenar, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memilih untuk merahsiakan.

Anak-anak sampai sekarang tak tahu. Masa saya pergi Singapura, saya tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin. Jadi mereka fikir pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu.

Alhamdulillah mereka dikelilingi orang-orang yang positif dan supportive itu yang saya perlukan. Saya tak nak mereka hidup dengan toksik jadi saya keluarkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati akui sebak apabila Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail tampil ke hadapan dan bersuara mengenai isu panas tersebut.

Saya gembira sebab selama keluarkan kenyataan, saya ingatkan seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebar aib.

Saya tahu Datuk dan Datin sokong tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul (anak sulung) dimasukkan ke hospital. Masa itu, saya tahu saya tidak berjuang sendirian. Saya rasa disayangi dan terjaga.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply