Baru Jer Berlakon Filem Mat Kilau, Tak Sangka Begini Nasib Johan As’ari

” Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu pun daripada pengurus.”

Itu luahan pelakon Johan As’ari pada April lalu yang berasa dirinya seakan sudah tidak lagi diperlukan bagi menghiasi drama-drama tempatan di stesen TV berkenaan.

Menurut Johan, dia tidak tahu mengapa namanya kerap ditolak sebuah stesen televisyen meskipun pada awalnya nama beliau dicadangkan untuk membintangi sesebuah drama.

” Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu pun daripada pengurus.

” Tapi saya tak pernah rasa sedih, saya cuma anggap sudah tidak layak. Saya dah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu.

” Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV,” kata Johan kepada mStar pada April lalu.

Penangan Mat Kilau, akhirnya ditawarkan watak hero

Namun keadaan tersebut seakan sudah berubah dan Johan seharusnya mampu tersenyum semula dek kerana penangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah membuka pintu rezeki kepadanya.

Selepas lebih lima tahun tidak muncul di kaca televisyen, Johan akhirnya ditawarkan watak hero menerusi drama lapan episod berjudul Gelora 1941, siaran RTM.

Menerusi drama arahan Khairul Anuar Mat Noor atau mesra disapa Warna, Johan kali pertama disatukan dengan pelakon, Yuna Rahim.

” Saya akui, fenomena filem epik mega terbitan Studio Kembara sentuhan Syamsul Yusof itu menjadi tempias untuk syarikat produksi menyedari kehadiran saya hingga kembali ditawarkan watak utama.

” Saya anggap watak Yassin dalam filem Mat Kilau dan bergandingan dengan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairy sebagai tuah berharga.

” Saya tumpang bangga selepas dua tahun industri kreatif lumpuh termasuk pawagam dihentikan operasi, kehadiran filem Mat Kilau membakar semangat penggiat seni untuk bangkit semula.

” Kutipan tiket RM90 juta selepas 33 hari tayangan juga luar biasa,” katanya.

Johan atau nama sebenarnya, Johan Arrif As’ari berkata, ada ketikanya rasa terpinggir dan seperti sudah dilupakan ekoran kurang mendapat liputan media, sejak kebelakangan ini.

Ada je berlakon tapi macam orang tak peduli

Barangkali, Johan berkata, tiada kisah kontr0-versi menyebabkan dirinya tenggelam timbul. Hanya sesekali diingati ialah kisah cinta yang tidak kesampaian.

” “Saya tak pernah merajuk. Ada sahaja drama lakonan disiarkan di kaca TV, tetapi seakan tidak diambil peduli. Mungkin juga saya lemah mempromosikan diri dalam media sosial.

” Saya sepi disebabkan kurang mendapat liputan. Bagaimanapun, saya masih gembira dan bekerja seperti biasa.

” Saya juga seperti orang lain ada platform media sosial dan berusaha mengikut aliran semasa agar tidak ketinggalan,” katanya.

Malah, Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2011 ini juga akur pernah melalui fasa turun naik.

” Saya pernah hanyut dan lupa diri ketika berada di puncak. Pengalaman itu mematangkan saya. Saya pernah jadi bingung apabila nama ditolak stesen TV tanpa sebab.

” Saya pernah bertahun-tahun tiada tawaran berlakon. Namun, syukur akhirnya rezeki berlakon datang tanpa diduga.

” “Malah, ada produksi yang masih berani memberikan saya watak hero,” katanya.

Ditanya pengalaman berlakon di sisi Yuna, Johan mengakui, senang bekerjasama dengan pelakon berkenaan.

” Yuna peramah dan merendah diri. Lakonannya juga tidak mengecewakan. Dia rajin dan menjaga waktu kerja,” katanya.

Johan yang pernah mencipta populariti menerusi watak Botak dalam drama dan filem Juvana, penggambaran drama itu masih berjalan di Kuala Kangsar, Perak.

” Drama ini berlatarkan zaman sebelum merdeka. Saya pegang watak Cikgu Bahar.

” Cikgu Bahar dan Suri (Yuna) mempunyai ideologi sama iaitu ingin bangsa Melayu bebas dari penjajah.

” Turut membintangi, Mubarak Majid dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar,” katanya.

Sumber:bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply