” Syukur duit hasil berlakon dapat besarkan 3 anak hingga masuk universiti”
Itu luahana pelakon Kuna Muzani, 51, yang bersyukur dan puas dapat membesarkan tiga anaknya hingga masing-masing berjaya belajar ke universiti dengan duit hasil titik peluh dalam bidang lakonan.
Menurut Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani yang juga ibu tunggal, dia akan terus aktif berlakon selagi mendapat peluang dan tawaran meskipun bukan untuk watak utama kerana faktor usia.
” Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hasil daripada duit berlakon yang diterima selama ini dapat membesarkan tiga anak, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.
” Dua anak lelaki saya yang berusia awal 20-an melanjutkan pengajian mereka di universiti dan seorang daripadanya sudah pun habis belajar serta mendapat ijazah.
” Manakala, anak gadis saya yang baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan belajar di universiti.
” Jadi, saya amat bersyukur kerana duit hasil lakonan diperoleh selama ini dapat membantu membesarkan anak-anak.
Dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga
” Pada usia sekarang, rasanya saya pun dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga macam dulu lagi selain fokus berlakon,” katanya.
Difahamkan Kuna pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami dikenali Rizalman dan mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Disember 2001.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak iaitu Nik Muhamad Hakimi Rizalman, Nik Haikhal dan Elysha.
Terdahulu, Kuna hadir pada acara sidang media secara virtual drama Nenda lakonannya bersama Fauziah Nawi, Didie Alias dan Mandy Chong yang menemui penonton di slot Sakura TV3 dari Isnin hingga Khamis, jam 6 petang.
Tegur pelakon baru bukan nak tunjuk bagus
Selain itu, Kuna juga mengingatkan kepada bakat-bakat baharu bidang lakonan agar tidak cepat berasa hati sekiranya menerima teguran daripada pelakon senior dan anggap sebagai menimba pengalaman.
” Bagi pelakon baharu yang dapat berlakon dengan ‘otai’, anggap ia sebagai pengalaman.
” Malah, sekiranya lakonan ditegur ambil positif kerana kami sebenarnya nak kalian menjadi bagus kerana kerja berlakon ini berpasukan.
” Kami mahu kita semua bagus dalam projek lakonan dijayakan.
” Jadi, kami menegur itu bukan sebab nak tunjuk diri dah bagus sangat, tetapi sekadar berkongsi ilmu yang baik untuk kita semua dalam satu produksi agar sama-sama menjadi bagus,” katanya.
Kuna sebelum ini turut berkata, ‘trend’ sekarang menyaksikan pelakon dipilih berdasarkan bilangan pengikut di Instagram dan bukan kerana bakat.
” Bakat mereka kita tak nampak dan belum nampak. Seorang pengarah pula kerjanya bukan setakat sebut ‘action’ dan ‘cut’, tapi kena tahu keseluruhan cerita, ‘shoot’, lokasi dan pelbagai tanggungjawab lain.
” Kalau dia di situ hanya untuk ajar seorang pelakon, masanya banyak terbuang. Artis-artis lain pun tiada masa nak tunggu dia belajar di situ,” katanya.
Kalau tak pandai berlakon pergi lah belajar
Pelakon drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini juga menasihatkan pelakon baru ambil tanggungjawab dengan menyertai kelas lakonan.
” Kalau dah tahu tak pandai, pergilah belajar. Bayarlah untuk belajar lakonan dengan Fauziah Nawi.
” Cuba fahami sesuatu watak dan apa yang skrip itu nak. Jadi orang terangkan pun dia dah faham.
Kuna yang lebih dua dekad bergelar pelakon pernah dikenali dengan drama Nur, Hati Yang Dikhianati, Masih Ada Rindu, Nenda dan banyak lagi.
Dia juga adalah adik kepada pelakon Kuza dan kakak pelakon, Kuniey juga mempunyai pertalian dengan kerabat istana Kelantan.
Meniaga karipap masa PKP
Sementara itu, kisah kepayahan artis-artis yang bergelut mencari rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu meraih simpati ramai.
Pada Mac 2021, Kuna tampil dalam satu artikel apabila dia sedih mengenangkan nasib rakan-rakan kru produksi yang ‘terseksa’ untuk meneruskan kehidupan seharian ketika aktiviti penggambaran filem dan drama dihentikan bulan lalu.
” Saya lebih kasihan dengan rakan-rakan kru produksi, mereka yang bekerja di belakang tabir ini.
” Pendapatan mereka berapa sahajalah, sampaikan ada yang tak mampu untuk beli susu anak, ada pula yang tak boleh bayar sewa rumah sampai dihalau keluar,” katanya kepada mStar pada 9 Mac 2021.
Memahami kesukaran yang dialami rakan-rakan belakang tabir, pelakon drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini bersama rakan-rakannya berganding bahu dengan menjalankan misi bantuan untuk golongan yang lebih memerlukan.
” Siapa lagi hendak bantu rakan-rakan kita kalau bukan diri kita sendiri?
” Jadinya, saya kutip duit setiap bulan bersama rakan-rakan artis untuk beli barang dapur dan kemudian diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
” Dalam masa sama, kami turut sedekah untuk anak yatim dan ibu tunggal serta pelajar universiti..” katanya.
Sumber:hmetr0 dan mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.