Tular Dakwaan Noh Hujan Curang Dengan Mizz Nina, Ada Yang Dakwa Video Aksi Tidak Senonoh ‘Leaked’

KETIKA kecoh orang mempersendakan wartawan selepas disindir Noh dalam temu bual pada sidang media pada 13 Julai lalu, kini warganet beralih tumpuan pula kepada isu baharu yang mengaitkan vokalis Hujan itu.

Dipercayai terdapat rakaman video yang kononnya menyerupai Noh dalam aksi kurang sopan namun tidak dipastikan sama ada ia Noh atau orang lain.

Ataupun ada pihak sengaja mengada-adakan cerita semata-mata untuk menjatuhkan penyanyi itu atau mahu merosakkan rumah tangganya?

noh hujan 2

Netizen dakwa Noh curang dengan isteri.

Bagaimanapun menerusi beberapa komen netizen, ada yang mendakwa tidak akan bergoyang pokok jika tiada angin yang menggoncangnya.

Selain itu kecoh juga apabila di laman sembang forum Internet yang mendakwa terdapat rakaman perbualan seseorang kononnya bagi mengaitkan kecurangan Noh terhadap isterinya.

Gambaran kisah itu seakan-akan menguatkan lagi dakwaan bukan sahaja berlaku keretakan rumah tangga mereka namun dipercayai ia juga telah berakhir.

Dalam masa sama status Mizz Nina di media sosial baru-baru ini sering berkongsi kata-kata motivasi seolah-olah menceritakan masalah dihadapinya.

Antara petikan kata-kata yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu bermaksud; sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.

Tatkala ini kisah mereka sedang diperkatakan, kedua-duanya masih mengunci mulut seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kalau betul kau cheat, wajar wartawan bertanya supaya netizen kecam cheater

Namun jelas terbayang di wajah Noh, agak kurang senang saat diajukan wartawan mengenai rumah tangganya sebaliknya dia menempelak agar pihak media lebih memberi fokus kepada kerjaya seni artis.

Terdahulu,

“Entahlah.. tiada komen. Korang semua kena tipu… good luck (selamat berjaya)”.

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. FOTO Rohanis Shukri

Demikian ulas penyanyi Noh Salleh apabila mengulas mengenai desas desus keretakan rumah tangganya dengan selebriti Mizz Nina yang bertebaran di media sosial.

Katanya, tidak pernah timbul isu seperti yang diperkatakan sebaliknya dia lebih fokus terhadap anak angkat mereka, Musa yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul.

“Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita palsu,” kata Noh.

“Apabila ada anak sayang itu di tahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu.

“Sekarang ini lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak kami melakukan pemeriksaan,” katanya.

Mizz Nina nafi perkongsian di IG ada kaitan krisis rumah tangga

Mizz Nina

Selebriti Mizz Nina menafikan perkongsian di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.

Mizz Nina menerusi ruangan komen membidas paparan yang dimuat naik beberapa hari ini memberi gambaran rumah tangganya dikatakan retak menanti belah.

“Ini bukan kenyataan saya, ini adalah paparan yang dimuat naik semula daripada sebuah aplikasi iaitu Qalbyapp FB.

“Saya sentiasa memuat naik perkongsian sebegini dan bukan pada ketika ini saja,” tulisnya.

Mizz Nina terus mencetuskan spekulasi hingga ada yang beranggapan hantaran dimuat naik menerusi akaun Instargam (IG) mempunyai kaitan gosip krisis rumah tangga bersama suaminya, Noh Salleh yang kini menjadi bualan hangat.

Menerusi perkongsian dimuat naik semula Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkenaan, ia seolah memberi bayangan yang dirinya kini berdepan dengan situasi sukar dan mengharap petunjuk dari Allah sebagai jalan penyelesaian.

Showbiz: Mizz Nina, Noh proud first-time parents of adopted son

“Sesetengah perkara berlaku dalam hidup, naik atau turun, kesukaran dan dipermudahkan, semuanya Allah hantar sebagai petunjuk adakah kita berada di landasan yang benar.

“Allah tidak berkomunikasi dengan kita seperti berbicara dengan nabi, tetapi ada tanda diberikan untuk kita lihat, renung dan bertindak ke atasnya.

“Bila melakukan sesuatu dan berasa tenang dengannya, itu bermakna kita melakukannya dengan baik dan betul. Itu membawa petanda, Allah sedang membimbing kita.

“Bagaimanapun, jika masih lagi kabur atau berasa was-was apakah berada di jalan yang benar, bacalah ayat Sakeenah, panjatkan doa kepada Allah dan perhatikan sekeliling untuk mencari petunjuk dan apa yang dirasakan,” tulisnya.

Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Musa.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply