Wan Sharmila Disebut Bakal Jadi Menantu, Sekali Ibu Shuib Perjelas Maksud Di Sebalik ‘Biar Gambar Berbicara’ Buat Ramai Tak Sangka

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir netizen yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu.

shuib 33

Salamiah gembira jika Shuib kembali bertemu jodoh.

Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya.

“Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia,” katanya kepada mStar.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan tahlil bersempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira.

“Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan.

“Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

shuib 34

Shuib tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anak.

“Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, setahun.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Allahyarham meninggal dunia ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

Info Wan Sharmila,

Wan Sharmila Wan Muhamed (Jawi: وان شرميل; lahir 12 Oktober 1981) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan telah berlakon dalam banyak drama, telefilem dan filem.

Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz dan Raidah Abdul Aziz. Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sharmila memulakan kerjaya awalnya sebagai model majalah dan pernah berkhidmat sebagai kerani di syarikat guaman di kampung halamannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mewarisi bakat lakonan daripada ibu saudaranya, pelakon veteran terkenal Wan Maimunah, Wan Sharmila, lebih mesra dengan panggilan Lala memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pembantu dalam drama komedi Emil Emilda pada 2007, di mana beliau turut berkhidmat sebagai pembantu akauntan. Beliau juga berlakon bersama Sari Yanti dalam sitkom Kisah Kaisara arahan Aziz M. Osman.

Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan penerbit drama TV, Fazli Bahrom pada tahun 2007 namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 23 Oktober 2009.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa 9 tahun bergelar janda cukup memadai buatnya, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Setakat ini belum ada mana-mana lelaki berjaya mengetuk pintu hati saya.

Diikutkan saya selalu berdoa agar dipercepatkan jodoh. Sebenarnya ramai cuba mendekati tetapi mereka tidak kena dengan kriteria yang dikehendaki oleh saya.

Saya mahu lelaki yang boleh memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap diri saya. Jika ada individu mempunyai ciri-ciri begini pasti saya pilih.

WAN SHARMILA
Source: Instagram: @lala.wansharmila

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Sari Yanti. Pada Disember 2016, Sharmila menafikan dakwaan beliau sudah berkahwin secara rahsia selepas memuat naik gambar keputusan ujian ultrabunyi kononnya beliau hamil, menurut beliau dalam temuramah bersama Harian Metro: “Bernikah pun belum, macam mana nak hamil? Saya terkejut apabila ada pengikut di Instagram mengatakan saya berkahwin lari dan hamil.

Sebenarnya gambar yang dimuat naik itu adalah laporan kesihatan. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila menerima perkhabaran baik daripada doktor tetapi lain pula jadinya.

Pada tahun 2019, beliau mula bertudung

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply