“Gangster Taik Kucing!” Cerob0h dan belas4h budak tahfiz dalam masjid, akhirnya kumpulan lelaki ini ditahan. Polis dedah punca berlaku buat netizen naik d4rah

VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Sedih dan marah, semuanya perasaan bercampur baur susulan melihat video yang tular hari ini di Facebook.

Dalam paparan berdurasi 33 saat itu, menyaksikan tindakan beberapa orang lelaki telah memecah masuk sebuah surau yang pada ketika itu sedang berkumpulnya anak tahfiz.

Sedih lihat anak tahfiz diterajang

Suasana menjadi hura-hara bilamana seorang lelaki berbaju t-shirt serta berkasut warna merah memasuki surau berkenaan memanggil salah seorang dari pelajar di situ.

Lebih meruntun hati apabila melihat pelajar tadi diterajang dan dipukul oleh lelaki berkenaan dengan sekuat hati.

“Geramnya tengok!”

Turut menjadi mangsa, seorang lelaki berjubah putih berada di hadapan pintu surau yang kelihatannya tidak berani untuk bertindak melindungi rakan yang lain.

Hantaran itu sekaligus menjadi bualan ramai yang rata-ratanya ingin mengetahui punca kejadian berlaku.

“Kalau dapat, pijak jer”

“Tolong siasat”

Dalam waktu sama, mereka turut berharap agar pihak yang terlibat dalam video tersebut dikenakan hukuman sewajarnya.

Dah ditangkap Polis

Tular video beberapa individu bertindak agresif dengan memukul pelajar dan pengajar sebuah tahfiz yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.

“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kecederaan sakit di badan,” katanya.

Ujar Azli kejadian berlaku pada 11 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis dengan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz telah pergi ke pusat pengajian tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Dalam video yang tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut.

VIDEO

“Kau tahu..aku jaga dua ribu org..”- Lelaki Pukul Budak Tahfiz Dlm Masjid.

Sumber: Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply