Did4kwa Ada Hvbungan Svlit Dengan Suami 0rang Siap Kikis RM3000 Sebulan, Akhirnya Anak Azhar Sulaiman Tampil Dengan Kata2 Ini

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mendakwa Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis.

Wanita tersebut membuat dakwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya.

Leona kongsi perbualan Azhar bersama Azira.

Malah individu itu turut mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak memulangkan wang berkenaan.

“Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya.

“Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya.

“Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya,” katanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya.

Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scammer dan cuba memperdayakan suaminya.

“Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis,” katanya lagi.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.

Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.

Leona bersama ibu bapa dan dua adik-beradiknya.

Leona yang turut berkongsi tuduhan tersebut di Twitter mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira.

Ramai mendakwa wanita tersebut adalah seorang scammer dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang. Leona turut menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi satu perkongsian Instagram Story miliknya.

“Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain.

“Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya,” ujarnya.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply