“Sebelum ini saya tidak kongsikan di media sosial…” Tak sangka Akhirnya Pelakon Sharifah Shahirah umumkan ini

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tumpang teruja apabila bakal menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir selamat melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihannya, Mac lalu.

Shahirah yang mesra dengan panggilan Shiera, 47, berkata, dia bersyukur kerana majlis pertunangan berjalan lancar dan mendoakan yang baik-baik atas pilihan yang dibuat Allisya.

“Saya tak kisah. Itu pilihannya untuk tamatkan zaman bujang dan sebagai ibu saya terima, tidak menghalang. InsyaAllah Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, majlis (resepsi) pada 13 November, alhamdulillah.

“Saya sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa. Asalnya pandai jaga batas dan pada saya bakal menantu pun seorang lelaki yang baik. Begitu juga dengan keluarganya,” kata Shiera.

Isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu berkongsi berita gembira tersebut ketika ditemui pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.

Mengulas lanjut persiapan menyambut menantu tidak lama lagi, Sheira berdoa moga perancangan menjelang hari bahagia anaknya dipermudahkan.

“Syukur sebenarnya. Cuma sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsikan mengenai perkara itu di media sosial. Apa pun terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.

“Setakat ini persiapan masih lagi berjalan, tinggal lagi saya serahkan kepada anak dan bakal menantu untuk menguruskan. Sebagai ibu saya sokong apa yang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu, Allisya sebelum ini pernah muncul dengan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Allisya,23, ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Pada tahun 1993, ketika baru bermula sebagai artis Shiera nekad mengahwini Jatt,vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berama Alisya. Jodoh tidak panjang, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Sharifah Shahirah Ikhlas Bertudung, Bukan Kerana Takut COVID-19

Ketika melalui zaman janda, Shiera sering digossipkan bercinta dengan pelakon dan pelawak Zul Yahya namun kedua-duanya menafikan. Dalam pada itu, ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor remaja Ijoy Azahari.

Kedua-duanya akhirnya mengaku bercinta pada tahun 2002 dan akhirnya Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama Ijoy. Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80an, Maria Arshad.

Perkahwinan keduanya ini diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Audra yang dijadikan sebagai anak angkat kepada Datuk Siti Nurhaliza juga pernah membuat kemunculan istimewa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang mana setahun sebelumnya, ketika masih mengandungkan anaknya itu, Shiera juga mengacarakan ABPBH 2008.

Sumber : www.mediahiburan.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply