Ada Seseorang Yang Dikatakan Orang Terakhir Yang Zalina Jumpa Menceritakn Keadaan Zalina Azman

Shah Alam: Polis memaklumkan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, ada berjumpa rakannya pada Julai tahun lalu sebelum dilaporkan hilang sejak November.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, maklumat itu diperolehi selepas keterangan diambil daripada individu berusia 30-an itu pada 16 Ogos lalu.

“Berdasarkan keterangan yang diambil, individu itu bertemu dengan Zalina pada Julai 2021 dan ketika pertemuan itu, Zalina dalam keadaan sihat serta seperti biasa saja.

“Orang terakhir itu adalah rakan kepada Zalina saja dan bukan ahli keluarga atau pekerja binaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina.

Katanya, sehingga kini tiada perkembangan terbaru membabitkan bekas pembaca berita itu.

Pada 18 Julai lalu, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

terdahulu, Polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Mlsteri Kehil4ngan Zalina, Polis Akhirnya Berjaya Jumpa Kontraktor Rumah, Rupanya Ini Berlaku

Polis mengesahkan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina Azman tidak terkait dengan kehilangan bekas personaliti TV3 itu selepas 20 keterangan diambil kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, susulan siasatan tersebut, beliau mengenal pasti tiga kontraktor yang tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58.

Menurutnya, ketiga-tiga kontraktor berkenaan termasuk ketuanya memberitahu, kerja-kerja pengubahsuaian banglo Zalina di Seksyen 3 di sini bermula kira-kira setahun selepas rumah tersebut dibeli pada 2018.

“Tetapi kontraktor berbincang dengan Zalina, kemudian Zalina setuju dan bayaran dibuat secara berperingkat. Bayar ‘A’ selesai ‘A’, buat ‘B’ selesai B’, akhir sekali bayaran yang diterima (kontraktor) pada Ogos 2021, selepas itu Zalina kata sudah tak ada duit.

“(Kerja pengubahsuaian) boleh dikatakan dalam 60 peratus (siap), ada lagi 40 peratus yang belum disempurnakan sebab kalau ikut harga asal quotation, RM320,000 dan jumlah bayaran dijelaskan adalah RM165,000 (pertama), kemudian RM75,000, bermakna ada baki bayaran dalam RM60,000,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Iqbal menambah, kali terakhir bayaran dibuat kepada kontraktor berkenaan adalah RM20,000 pada Ogos 2021 dan kerja tersebut dihentikan atas permintaan Zalina sendiri selepas memaklumkan kehabisan duit.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis menggeledah banglo Zalina sebanyak dua kali iaitu pada November 2021 dan awal Julai lalu, namun tidak menemui sebarang petunjuk dalam pencariannya.

Zalina dilaporkan hilang pada 29 November tahun lepas selepas anaknya Mikhael Norman, 33,  gagal menghubungi ibunya itu, polis kemudian menguar-uarkan kehilangan wanita itu pada 19 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan polis merampas beberapa barangan dari banglo tersebut termasuk dokumen dan sebuah komputer riba yang sedang dianalisis oleh pasukan forensik selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga pada 28 Julai lalu.

“Kita tak mahu ada ketinggalan sebarang bukti, ada beberapa dokumen kita rampas dalam rumah tersebut, kita buat rampasan komputer riba untuk membuat analisis di makmal forensik kita. Saya tak boleh dedahkan perinciannya, sebab rampasan itu masih dalam siasatan kita.

“Kita periksa, ada laptop, kemudian itulah kita ambillah, kemudian habis. Kalau hendak cari tubuh pun memang tak ada sebab anjing pengesan pun memang tak jumpa jejak dekat rumah tersebut,” jelasnya

Lihat video:

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply