Anak Hairan Mama Selalu Sangat Borong Tisu, Masa Mandi Je Mama Selalu Mintak Dia Hulurkan Tisu Dlm Toilet, Tergamam Rupanya Ini Yg Mama Sorokkan Selama Ni

Assalamualaikum. Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku seorang saja perempuan, adik-adik semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan akan menduduki peperiksan penting tahun ini. Aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ramadhan tahun lalu, ibuku pergi buat selamanya akibat sakit payudara.

Semasa hidupnya, ibuku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, ibu akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah. Selepas itu, barulah ibu pergi kerja. Ibu berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut. Ekonomi keluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan ibu yang agak tinggi, sedangkan ayah bekerja biasa-biasa sahaja. Pernah juga ayah menganggur.

Ibu sangat memanjakan kami. Tidak pernah ibu mengasari kami. Marah yang teruk-teruk pun tak pernah. Sebab tu kami semua rapat dengan ibu. Ibu buat semua kerja di rumah, aku cuma tolong sikit-sikit saja. Aku tak banyak masa di rumah.

Lepas sekolah, aku akan pergi ke pusat tusyen. Aku tak pandai buat kerja rumah. Goreng telur, masak nasi, bahkan cuci kasut sekolah pun aku tak pandai buat. Semua ibu yang buatkan untuk kami. Saat-saat terakhir ibu bersama kami seperti mimpi. Sangat mengejutkan. Aku tidak pernah terfikir ibu akan pergi tinggalkan kami begitu cepat. Aku menyangka ibu cuma sakit biasa.

Sebelum ibu pergi, memang ibu sakit. Ibu dimasukkan ke wad. Bila ada saudara-mara yang datang melawat, ibu cakap ibu ditahan sebab sakit gastrik yang melampau. Sakit ulu hati. Memang itulah jawapan ibu setiap kali ditanya. Selepas beberapa hari ditahan di wad, ibu boleh pulang. Kami pun lega akhirnya ibu boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa ibu. Syarikat ibu kerja memberi cuti sehingga ibu betul-betul sembuh.

Suatu hari, ibu pitam dan terjatuh. Kami adik-beradik panik dan terus memanggil ayah. Ayah datang dan terus mengangkat ibu untuk pergi ke hospital. Tapi ibu bersuara, “Abang tak perlu hantar saya ke hospital. Waktu saya sudah tiba.”

Saya dah tak nampak apa-apa lagi. Masa tu ayah menangis dan tidak peduli cakap ibu. Ayah tetap hantar ibu ke hospital dan dibawa ke bahagian kecmasan. Tidak lama kemudian, doktor cakap ibu tidak dapat diselamatkan lagi. Ibu hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah-olah tiada tulang. Aku lihat ayah menangis.

“Ayah tanya doktor, kenapa dengan isteri saya doktor? Kenapa tiba-tiba macam ni?” Doktor menjawab, “Encik tak tahu ke sakit isteri encik?, Isteri encik hidap sakit pyudara tahap akhir.” Bagaimana mungkin ayah tak tahu penykit ibu? Ya Allah, masa tu aku sangat berharap semua tu cuma mimpi buruk dan ingin cepat-cepat bangun bangun dari tidur. Tapi malangnya, semua kenyataan.

Rupanya sudah bertahun ibu menyimpan rahsia tentang penykit ibu. Barulah aku terfikir, mengapa ibu selalu mengadu sakit bila adik bongsu bermanja di dada ibu. Baru aku terfikir mengapa ibu selalu beli tisu banyak-banyak dan meminta aku hantarkan tisu itu di pintu bilik air setiap kali ibu mandi.

Barulah aku faham mengapa ibu tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa ibu sembunyikan semua ini? Sekarang ibu sudah tiada dan aku masih tertanya-tanya mengapa ibu biarkan diri ibu tersiksa seorang diri.

Semasa menguruskan ibu, aku berada di samping ibu dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan membaluti ibu dengan baju baru dan baju terakhir ibu. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar ibu pergi dengan tenang.

Aku mencium ibu buat kali terakhir, aku merasakan luka kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu untuk kutahan lagi. Ibu telah pergi tinggalkan kami buat selamanya. Aku melihat ibu diturunkan ke tanah persemadian. Di situlah aku menangis semahu-mahunya. Ibuku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam tanah. Ya Allah.. sayangilah ibu kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.

Setelah selesai urusan prsemadian ibu, kami pulang ke rumah. Aku menangis lagi. Rumah ini tiada ertinya tanpa ibu. Hatiku meronta-ronta mencari ibu. Tiada lagi sosok tubuh ibu yang kami peluk setiap hari. Adik bongsuku seperti tidak mengerti apa-apa.

Tiap kali dia melihat aku menangis, dia akan cakap, “Kakak jangan la nangis. Ibu pergi kejap je. Ibu tidur je tu.” Dan aku semakin sebak mendengarnya.Ibu, macam mana kami nak lalui hari-hari seterusnya tanpa ibu?

Selepas pemergian ibu, aku belajar berdikari. Aku belajar buat semua kerja rumah, mak cik aku ajar. Ayah aku? Ayah aku jarang pulang ke rumah selepas ibu pergi. Maka kami adik-beradik menyambut aidilfitri yang paling menyedihkan dalam hidup kami. Tanpa ibu.

Lebih kurang sebulan lebih selepas pemergian ibu, aku mendengar berita yang mengejutkan. Ayah ada wanita baru dalam hidupnya. Bahkan wanita itu sudah pun update status di laman sosial dan ‘tag’ ayah. Dia update gambar mereka berdua dengan caption,

“Finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni ayah ada perempuan lain selain ibu ke? Ya, memang ayah sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati ayah.. sampai hati ayah buat macam tu pada ibu. Apakah makna air mata ayah di hari pemrgian ibu? Adakah ayah sedih sebab tak nak kehilangan ibu? Atau sedih sebab mengenangkan d0sa ayah terhadap ibu? Atau lakonan semata-mata? Hanya Allah yang tahu.

Aku benci ayah. Aku ingat ibu. Ya Allah.. kenapa ibu pendam semuanya sendiri? Kenapa ibu? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib ibuku semasa hidupnya. Sudahlah menanggung skit, ditambah lagi dengan keselingkuhan ayah.

Beberapa bulan selepas itu, ayah pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Ayah tak ingat dengan ibu ke? Tanah ibu masih merah! Semudah itu ke ayah lupakan ibu? Ibu, wanita yang mendampingi hidup ayah selama 20 tahun.

Aku ingat kembali, memang ibu seorang saja yang over excited setiap kali ada tarikh2 istimewa (anniversary dan birthday). Ayah tidak excited. Kami fikir memang ayah seorang yang tidak romantik, tapi rupanya.. sampai hati ayah.

Sekarang, ayah jarang balik rumah. Adik bongsu aku dijaga oleh mak cik aku. Aku dan seorang adik lagi hidup berdikari. Tinggal di rumah peninggalan ibu. Sekali-sekala mak cik akan datang melawat dan bermalam di rumah.

Ayah sibuk dengan isteri barunya. Mungkin akan menimang anak baru, entah la. Aku malas ambil tahu. Ayah juga tidak pernah membawa isteri barunya datang ke rumah. Kalau ayah balik, dia cuma balik sendiri. Mujurlah ibu ada banyak wang simpanan semasa hidupnya. Wang itulah yang mak cik aku belanjakan untuk kami. Harapkan duit ayah, dia kan sibuk bagi nafkah pada isteri barunya.

Ibu juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu. Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih ibu. Ibu wanita terhebat. Tahun ini merupakan kali kedua kami beraya tanpa ibu. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Ibu, semoga kita dipertemukan di syurga kelak.

Kami rindu ibu. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk ibu. Buat ayah, berbahagialah ayah dengan isteri baru ayah. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang ayah. Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini.

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Gadis Ini Dengar Suara Mak Nya Melalak Minta Sesuatu. Terus Dia Gelabah Panjat Pagar Dan Lari Masuk Rumah. Apa Yang Dia Nampak Dekat Ruang Tamu Sangat Mengejutkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan, kawan kepada Maria. Aku nak confess dekat sini bahawa seingat aku, sepanjang hidup aku, aku tak pernah cakap aku sayang mak aku dekat mak aku. Bukan aku tak sayang, cuma aku tak pernah cakap.

Dalam adik beradik aku, aku sorang je yang paling kenal mak aku sebab aku je yang duduk lama dengan mak ayah aku. Abang, kakak aku duduk asrama masa sekolah kemudian merantau dan terus kawin. Sebelum masuk belajar dan selepas habis belajar aku memang duduk dengan mak ayah. Kerja pon dekat.

Nak dijadikan cerita, mak aku normal dengan orang lain tapi bila dengan aku, mak aku ni macam nakal. Aku dari kecik memang tak nakal langsung. Tapi mak aku memang nakal sampai sekarang aku jadi sasaran. Orang lain selalu ada anak nakal kan, tapi kes aku terbalik. Aku nak share pengalaman aku je.

Peristiwa 1

Pada suatu petang, aku duduk dekat luar rumah, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan. Aku hirup udara segar kampung. Tiba-tiba phone berdering, tertera nama ‘Mak’. Aku angkat, aku dengar suara mak aku cakap ‘tolong’. Sepantas kelajuan cahaya aku berlari masuk rumah, aku lompat pagar rumah aku. Sampai dalam rumah, aku nampak mak aku terbaring dekat ruang tamu, lepas tu aku dengar mak aku cakap

“Tolong ambilkan remote tu Butan, mak tak sampai” sambil tunjuk remote yang jarak semeter dari beliau. Aku kenangkan syurga bawah tapak kaki beliau je masa tu.

Peristiwa 2

Aku balik dari kerja dalam pukul 5 petang, aku baring dekat kerusi depan. Aku terlelap. Tiba-tiba aku terasa panas, pandangan aku kabur. Kedengaran suara orang mengaji. Aku cuba bangun walaupon rasa berat sangat.

Aku nampak mak aku dekat tepi tengah pakai telekung sambil baca Surah Yassin. “Eh Butan hidup lagi kau” kata mak aku sambil berlalu pergi. Aku speechless masa tu, termenung seketika aku dahla berpeluh kena selimut dari hujung kaki ke hujung rambut. Takpa la, at least aku ada pengalaman pergi buat selamanya.

Peristiwa 3

Ada satu hari tu mak aku ajak tengok cerita hantu dekat Astro Citra. Mak aku pujuk aku cakap nanti nak belanja lollipop la apa la kalau teman beliau. Aku tetap tak nak sebab pagi tu ada rancangan nak jogging. Aku ingat lepas subuh pukul 6 macam tu terus jogging untuk menguruskan badan. Jadi aku kena tidur awal untuk bangun awal.

Tengah sedap tidur, alarm berbunyi. Bukan alarm phone aku, tapi alarm phone mak aku tapi phone beliau tu dibawah bantal aku. Tengok jam baru pukul 4 pagi. Mak aku balas dendam tu sebab tak teman beliau. Sudahnya aku pegi sahur. Aku tak jogging.

Pagi tu muka aku masam je. Aku perhati je mak aku sengih-sengih macam Spongebob. “Butan jom pegi KFC, mak belanja kau pinggan ular(snack plate)”. Sebagai seorang anak, aku pon maafkan mak aku selepas aku kenyang. Lepas tu baru aku ingat aku puasa hari tu.

Peristiwa 4

Aku dah bertekad untuk diet, aku dah berjaya diet selama 3 hari masa tu. Malam tu, aku tengah duduk dekat bilik, pintu aku biar buka. Tiba-tiba mak aku datang bawa char kuew tiaw, air Milo sejuk. Mak aku pon duduk bersila depan pintu aku, baca doa dan makan.

Dekat rumah aku ada 3 meja makan dan 14 kerusi makan tetapi mak aku memilih untuk makan depan pintu bilik aku. Mengapa ye tuan puan? “Butan, mak sakit perut la, tengok kan makanan ni kejap mak nak ke bilik ayor.”

Aku pon tengokkan makanan tersebut, lepas tu rasa la sikit-sikit. Takda la rasa banyak, 5 sudu je. Air Milo dia nikmat. Aku nak jenguk mak aku kt bawah, takut kantoi. Tapi aku nampak mak aku tengah duduk tengok tv makan karipap. Mak aku nampak aku, “Butan, kalau dah habis makan pinggan dengan cawan tu bawa turun.” Aku sedekahkan Al Fatihah kepada diet aku yang 3 hari menemani aku. Kini tiada lagi.

Peristiwa 5

Peristiwa ni takda kena mengena dengan aku cuma aku tak boleh lupakan.

Mak aku baca majalah. Lepas tu mak aku tanya aku maksud apa benda tah kat aku sebab ada tulis dekat situ. Aku jawab la lelaki bergaya dan kemas kot. Lepas tu suatu hari Persatuan Village Onions datang rumah aku adalah dalam 5-6 orang makcik. Mereka kupas isu apa entah masa tu. Salah seorang makcik tu ada sebut perkataan tak senonoh. Dengan yakin nya mak aku mencelah,

“Saya tahu benda tu, anak lelaki saya ada sorang yang macam tu” Persatuan Village Onions speechless. Lepas 15 minit aku gelak guling-guling, aku buat pembetulan dekat makcik-makcik tu. Baru la ceria sikit muka mereka lepas aku terangkan.

Peristiwa 6

Mak aku suka main game tapi ayah aku tak pernah tahu. Mak aku pandai sembunyi kan kegiatan beliau. Mak aku kadang main game masa lipat kain, bila ayah aku datang, mak aku letak phone dekat bawah kain baju beliau lipat tu lepas tu pura-pura lipat kain.

Hari tu pernah, mak aku tengah masak sambil main game, tiba-tiba ayah aku datang, mak aku letak phone beliau dalam peti ais sebab takut kena marah dengan ayah aku. Aku yang terkejut bila buka peti ais tu. Aku tengok si Layla mobile legends mengigil sejuk dalam tu ha.

Peristiwa 7

Ni bukan peristiwa tapi terjadi hari-hari. Mak aku takut naik kereta kalau aku yang drive. Mak aku takut tapi hari-hari suruh aku bawak beliau. Kadang rumah jiran selang 2-3 rumah pon mak aku suruh aku hantar. Jiran aku tu kalau dia kentut pon aku boleh dengar dari rumah aku, kalau drive tu tak payah masuk gear pon dah sampai.

Pernah aku nak pergi kedai dengan mak aku, akak aku call, lepas tu aku dengar mak aku cakap, “Okay lah kalau panjang umur aku call balik, nak menggadai nyawa dengan Butan jap.” Masa dalam kereta, mak aku akan genggam pemegang dekat atas tu, tangan lagi sebelah beliau pegang bahu aku. Bila nak kona ke nak sodok bonggol ke mesti beliau genggam bahu aku kuat-kuat macam orang nak bersalin tu, nafas turun naik. Gayat kot, tapi tulaa pergi kedai depan rumah je kot. Bawak 40 je. Tapi kalau dengan ayah aku lain. “Laju lagi Butan, laju lagi”, “Potong kereta tu Butan, potong”, “Drift Butan, drift”.

Peristiwa 8

Mak aku pernah pinjam phone aku nak call pakcik aku. Aku pon biar jela, aku pergi makan. Dalam 15 minit macam tu, mak aku senyap je. Aku intai dari belakang mak aku, aku tengok mak aku tengah whatsapp dengan boifren aku. Dengan muka tak bersalah mak aku pulangkan phone aku, “Nah Butan, abiy kau kirim salam”.

Peristiwa 9

Aku ada diari zaman sekolah menengah, masa budak-budak sangat. Aku simpan dalam kotak dekat bilik. Masa tengah kemas, aku baca balik, mengimbau kenangan silam. Aku tersenyum, ketawa sorang-sorang bila baca diari tu. Mak aku masuk bilik..

Mak, Gelak apa tu Butan?.. Aku, Tak ada apa lah. Baca dulu punya kenangan.. Mak, Oow mak pon nak tahu jugak, ceritalah.. Aku, Tak boleh mak, ni rahsia Butan. Mak, Ha yela, tapi muka surat kedua terakhir tu paling kelakar kan. (Sambil buat muka spongebob). Mak dah khatam 10x masa kau takda kat rumah hahahahahaaaaaa. Best la baca diari kau… Aku., Makkkkk!!!!!!

Peristiwa 10

Aku dekat tempat kerja masa tu, nak balik. Aku tengok phone, aku baca whatsapp mak aku, “Butan, mak dah takda nyawa dah ni, balik cepat sikit.” Rancangan aku nak mengopi dengan kawan dibatalkan. Aku bawa motor laju, selamba je aku potong mat rempit, asalnya aku pakai tudung tapi sampai rumah dah jadi kelambu.

Aku cari mak aku, aku dah risau. Aku nampak mak aku tengah duduk. Nampak runsing, “Butan, bagi mak nyawa sikit dekat Gardenscapes (nama game), mak perlukan satu je lagi star ni ha.” Aku sayang mak aku dunia akhirat, tapi aku tak reti nak luahkan. Walaupon mak aku selalu prank aku, aku sayang mak aku.

Sumber – Rambutan via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply