TINDAKAN penyanyi Mimi Fly memuat naik gambar bersama teman lelakinya iaitu Dr Antonio Rozier di Instagram menjadi perhatian pengikutnya yang rata-rata menerima baik hubungannya dengan lelaki warga Amerika Syarikat berkenaan.
Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 36, memberitahu dia tersenyum membaca komen-komen positif dan doa daripada pengikutnya di ruangan komen gambar berkenaan.
“Saya menerima banyak kasih sayang daripada kalian semua apabila memuat naik gambar kami berdua.
Menerusi perkongsian Mimi di Instagram, dia dilihat menghabiskan masa dengan keluarga kekasihnya di Amerika Syarikat.
“Terima kasih kepada yang mendoakan dan kami tersenyum membacanya,” tulisnya ringkas di Instagram pada Isnin.
Bagaimanapun, Mimi tidak menafikan perkongisannya turut mendapat kecaman daripada segelintir pengikutnya namun tetap menghargai komen ditinggalkan mereka.
Mimi menyifatkan kebencian yang ditunjukkan adalah disebabkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar.
“Anda membenci pada perkara yang tidak diketahui. Kalian semua adalah penyokong bukan pembenci.
Mimi berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaannya.
“Anda semua sangat memahami dan saya menghargainya,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian lain di media sosialnya, Mimi yang kini berada di Amerika banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman di negara tersebut.
Mimi dan Dr Antonio yang merupakan seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika mula menjalinkan hubungan serius sejak tiga tahun lalu.
Untuk rekod, Mimi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian.
Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia
Tempoh lima tahun menjanda bukanlah satu masa yang singkat buat penyanyi Mimi Fly untuk menemui kebahagiannya.
Mimi sebelum ini pernah mengaku sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki berkulit hitam yang juga merupakan seorang doktor pakar tulang yang dikenali sebagai Antonio Rozier.
“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.
“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri dan berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak,” katanya.
Dan difahamkan, baru-baru ini Mimi dilaporkan telah pulang ke kampung halaman kekasihnya itu di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.
Sementara itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga sempat berkongsi momen dan aktivitinya ketika berada di sana.
Malah, perkongsian Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham itu sekaligus mendapat pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan juga warganet yang gembira melihat keadaan dirinya kini.
Selain itu, ada juga segelintir pengikut beliau yang menggelarkannya seperti penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna.
Ketika ditanya mengenai perasaan takut untuk menjalin hubungan cinta dengan lelaki berkulit hitam, Mimi bagaimanapun memaklumkan, dia langsung tidak takut.
Bahkan, mengakui hubungan yang terjalin selama dua tahun ini banyak memberi perkara positif terhadapnya apatah lagi kekasihnya itu adalah seorang yang sangat banyak memberi sokongan kepadanya untuk menjadi lebih baik.
“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.
“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.
“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” jelasnya.
Sumber Mstar/Xrta
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.