Akhirnya Syamsul Yusof Buat Keputusan Ini

Samsul Yusof buat keputusan enggan mengul4s isv berbangklt membabitkan Datuk Adi Putra

 

 

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof enggan mengulas isv berbangklt membabitkan Datuk Adi Putra yang enggan ke Indonesia untuk promosi filem terbabit kerana berkecil hati dengan Studio Kembara yang masih bersikap ‘silent mode’ terhadapnya..

 

 

Syamsul keberatan untuk masuk campur dalam perkara ini dan lebih fokus mengenai keterujaannya untuk ke negara terbabit..

 

 

“Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejvt apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya..

 

“Saya tak nak bergadvh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini..

 

“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tol0ng datang,” katanya ditemui selepas menjayakan Wacana Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dari Buku Ke Layar di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, di sini.

Turut terbabit sebagai panel wacana ini ialah pengarah Rashid Sibir dan Prof Dr Hatta Azad Khan, manakala Letfee Ahmad sebagai moderator.

Menurutnya pemerglannya semata-mata kerana Yayan dan peminat di sana.

“Saya akan ke sana esok manakala pratonton pada lusa. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu,” katanya.

Ditanya tidakkah terasa j4nggal promosi filem tanpa pelakon utama, Syamsul membayangkan akan berlaku kejvtan nanti.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos mencipta sejarah kerana ditayangkan di 200 pawagam di negara terbabit.

“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.

“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,” katanya.

kenyataan Dato adi putra

“Saya masih berpegang prinsip untuk tak hadir di sana (Jakarta) melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput saya untuk hadir, insya-Allah saya akan hadir mengikut ruang dan waktu saya.”

Demikian kata pelakon Datuk Adi Putra ketika ditanya sama ada dia bakal menghadiri Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Adi, 41, berkata sehingga sekarang pihak syarikat penerbitan, Studio Kembara masih bersikap ‘silent mode’.

“Sampai sekarang mereka ‘silent mode’ sebab selepas 11 kali mereka hubungi saya, saya tak jawab sebab terkil4n. Saya terkil4n kerana cuba menghubungi mereka selama dua minggu. Saya  tak menyimpan hati tapi minta maaf dan berlapang dada. Namun, sampai sekarang belum hubungi saya lagi.

“Saya berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional dan berkata benar. Saya mendoakan supaya 26 Ogos nanti semoga filem Mat Kilau mendapat perhatian besar di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Adi Putra ditemui pada Majlis Pra Tonton Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di sini, hari ini.

Menurut Adi, dia masih terkil4n dengan sikap pihak penerbitan yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik.

“Perasaan tepat untuk menggambarkan adalah terkilan. Setiap manusia tidak sempurna dalam masa sama saya hormati penerbit, ikut dan buat seperti diam4nahkan dalam kontrak.

“Kita dah sempurnakan tanggungjawab. Dah g4las dan saya sendiri secara peribadi seperti dikatakan tadi manusia tak sempurna ada perasaan seperti gembira, sedih dan terkil4n,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesediannya untuk membintang filem Mat Kilau 2 seperti yang dic4nang sebelum ini, Adi masih mempertimbangkan perkara itu.

“Filem Mat Kilau 2 saya akan pertimbangkan. Komunikasi sangat penting. Komunikasi akan pergi pada diskusi.

“Jadi, saya akan pertimbangkan sewajarnya. Setiap pengajaran akan ada hikmah terbit sebagai satu iktibar. Saya nak menyatakan untuk laksanakan itu tidak,” katanya.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Be the first to comment

Leave a Reply