Aku Tgh Lepak Kt Kedai Mamak Dlm Jam 12 Mlm Tiba2 Ternampak Awek Bw Beg Besar, Ak Ajak Lepak Smpai Subuh Sbb Bas Tak Ada, Terkejut Kami Bila Buka Beg Tu Rupanya Benda Lain Yg Kami Jumpa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Man. Memang nama sebenar dan aku harap jika dia membaca luahan aku ni dia tahu yang dia masih dalam doaku. Oleh kerana dialah aku berubah walaupun aku terlupa untuk bertanyakan namanya.

Malam itu dalam lingkungan jam 12 malam. Aku bersama beberapa orang kawan sedang minum minum di restoran mamak di sekitar Bandar Jerantut. Tiba tiba dalam kesamaran cahaya lampu jalan, aku terpandang sesusuk tubvh sedang berjalan sambil menjinjing beg besar.

Daripada paras rupa dan bentuk tubvh aku dapat teka usianya mungkin dalam belasan tahun. ”Ushaa lah Man. Ada ‘rezeki’ kita shared lah. Kau kan r0meo…”

Ujar kawan aku yang mungkin perasan aku sedang memerhatikan lenggok gadis itu. Atas desakkan dan cabaran kawan kawan, aku bangun dengan laju menuju ke arahnya. Dia kelihatan agak ketakutan dan cuba mempercepatkan langkahnya.

”Nak pergi mana bawa beg besar ni…?” Tegur aku lembut. Dia diam dan masih terus berjalan. ”Depan sana tu gelap. Adik jalan sorang sorang ni bahaya. Nak kemana? Bas stop dah tak ada bas. Teksi pun dah tutup.”

Dia berhenti dan memandang aku. Tepat ke mata aku. Jantung aku terhenti sebentar. Pandangan mata nya benar benar menusuk. Paras wajahnya yang lembut itu membuat aku akui memang sempurna sekali ciptaan tuhan.

”Bas malam pun tak ada ke…?” Soalnya naif. Aku menggeleng dan memujuk dia supaya ikut aku ke kedai mamak itu. ”Mari ikut abang kita minum minum dulu. Kat sana kawan kawan abang semuanya baik baik. Mamak tu buka 24 jam. Kita ‘lepak’ sana dulu tunggu sampai pagi. Lepas tu abang hantar pergi bas stop…”

Beberapa minit mendiamkan diri akhirnya dia bersetuju. Aku membantu dia membawa begnya. Keras dan berat!! Aku hairan kerana anggaran berat yang berada di dalam beg itu bukanlah seperti membawa sejumlah baju.

Dia duduk di sebelah aku. Tenang menyedut Nescaffe ais.”Saya nak buat ‘call’ sekejap… ”Dia bangun meningglkan begnya berjalan menuju ke ‘public phone’ yang berada tidak berapa jauh daripada kedai mamak itu. Aku mengambil kesempatan itu membuka beg yang dibawanya tadi.

Bukan niat untuk menceroboh peribadinya tetapi untuk pastikan kami selamat berada bersamanya. Bimbang jika dia salah seorang yang dijadikan sebagai ‘k4mbing hit4m’ oleh pengedr ddah.Benar jangkaan aku. Bukan pakaian sahaja yang berada di dalam beg tersebut tetapi ada beberapa buah buku sekolah dan senaskah Al Quran.

”Bawah umur lah. Aku tak nak masuk penjara sebab rg0l budak bawah umur. Aku rasa budak ni lari daripada rumah lah sebab dia bawa dengan buku buku sekolah sekali. Nak pergi mana malam malam ni. Esok isnin kan sekolah…”

Kawan aku bersuara berdasar kan apa yang di tulis di buku tersebut dia masih di tingkatan 3. Aku segera tutup zip beg tersebut. Dia datang menghampiri kami tanpa sebarang syak wasangka.

”Call siapa…? So nak pergi mana ni…?” Aku juga mula berasa bimbang untuk berada bersama budak bawah umur yang kemungkinan besar sedang melarikan diri daripada rumah itu. Kawan kawan aku seorang demi seorang berlalu pergi meningglkan aku bersama dia.

”Entah. Tak tahu. ‘Call’ kawan tadi dia tak angkat…” Jawab dia perlahan. Ada air mata mengalir di pipinya. Aku tewas. Tidak sampai rasanya hati untuk meningglkan dia keseorangan di situ. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia bersamaku. Tapi kemana…?

Aku buntu. Mana mungkin aku membawa dia pulang ke rumah. Meng4muk pula mak dan ayah aku nanti kerana bawa anak dara orang balik ke rumah pada malam malam buta begini.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membawa dia ke rumah satu satunya kakak yang aku ada di Felda Kota Gelanggi. Agak jauh daripada bandar tersebut supaya dia dapat berehat dengan tenang.

Setibanya di rumah kakak ku, aku disoal dengan pelbagai soalan. Semuanya aku jawab hanya dengan mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk membisu tetapi memang aku tiada jawapan untuk setiap soalan soalannya tadi.

Aku sendiri tidak tahu kenapa aku sanggup membawa dia dengan hanya menunggang RXZ di malam hari, meredah hujan dan kabus ke rumah kakak aku. Bukan ke hotel atau ke rumah bujang kawan kawan.

Aku juga tidak tahu siapa dia, daripada mana asalnya dan kenapa dia berada di tengah tengah bandar itu sendirian. Apa yang paling melucukan, aku sendiri tidak boleh menjawab soalan kakak kepadaku tentang siapa nama gadis itu.

”Kau ni tempah maut betul lah Man. Bawa anak orang malam malam macam ni. Nama tak tahu, anak siapa, dari mana… Kakak tahu esok kau bawa dia keluar sebelum abang kau balik. Kau bukan tak tahu abang kau kerja apa…? Nanti dengan kau, aku dia campak dalam lok4p…”

Omel kakakku terus masuk dalam bilik. Aku menghampiri dia. Kakakku langsung tidak menegur dia. Tapi tak apalah asalkan kami dapat tumpang bermalam.

Aku pimpin tangannya bawa ke bilik. Aku ambil tuala yang diberikan oleh kakak ku tadi. Aku lap muka dan rambut nya yang basah. Aku minta dia mandi untuk segarkan diri.

”Abang tak tahu kenapa adik boleh berada bersama abang malam ni. Abang juga tidak tahu dan tidak mahu tahu apa masalah adik. Cuma abang mahu adik rehat dan tenangkan diri. Adik selamat dengan abang di sini. Esok abang akan hantar adik ke mana sahaja adik nak pergi.”

Nyataku padanya. Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh jadi ‘semulia’ itu pada malam tersebut. Sedangkan aku bukanlah golongan orang yang baik.

Aku seorang ‘mat rempit’ yang sering mendapat habuan tubvh wanita sebagai hadiah. Jika minta dipilih sebatang tubvh perempuan dengan wang ringgit aku rela memilih tubvh itu.

Berbekalkan wajah yang agak menarik dan poket yang tebal memudahkan lagi aku mencari mngsa daripada seorang perempuan kepada perempuan yang lain dalam masa itu terus terang aku nyatakan aku tidak pernah ‘mer4sa’ d4ra…! Mungkin belum ‘rezeki’ aku.

Malam itu aku gelisah bila memikirkan tubvh kecil molek yang sedang lena di bilik. Aku kepanasan tidur di ruang tamu sedangkan hujan diluar tidak berhenti mencurah. Aku bangun dan membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Dia lena memakai kain batik yang sedikit tersingkp menampakkan betisnya yang putih. Aku berpaling, akal ku melarang memandangkan dia masih di bawah umur dan jika dia buat report aku akan di cas seorang perg0l.

” Kenapa…?” Tiba tiba dia bangun dan duduk dibirai katil. Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit sekali. ”Owh abang nak pastikan adik okay dan jangan lupa kunci pintu… Bimbang….”, ”Adik okay… Abang kan ada… Apa adik nak takut…”

Dia jawab lalu kembali baring di katil sambil menarik selimut. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana aku menahan nfsu yang selama ini aku gagal mengawalnya. Aku terus menutup pintu bilik dan laju menekan lock dari dalam.

Aku berlari ke bilik air, mandi dan terus berwuduk. Aku solat Isya’…!! Yaaa aku solat Isya’ yang pertama setelah hampir belasan tahun aku tinggalkan.

Baru aku tahu betapa letih dan lesunya jika kita berlawan dengan godaan nfsu. Alhamdulillah aku berjaya. Azan Subuh bergema dan aku juga solat Subuh…!! Allahuakbar. Sepanjang malam itu aku hanya duduk di sejadah.

Kuasa tuhan… Disaat aku hampir tewas berlawan dengan nfsu aku minta pertolongan dariNya dan ternyata aku tidak gagal… Aku ketuk pintu bilik dia minta dia bersiap dan seperti aku janjikan dengan kakak sebelum kakak aku bangun, sebelum terbit fajar aku akan bawa dia pergi.

”Kemana…?” Soalku padanya bila dia membisu. Pelvkkan tangannya erat dipinggangku dan dapat aku rasakan kepalanya lentok di belakang ku. Mungkin masih mengantuk.

”Lena tak tidur malam tadi…?” Soalku lagi bila dia masih membisu. ”Lena… Abang…?” Soalan apakah ini dik… Hatiku bersoal kembali. ”Tentulah lena… Hujan kan…!” Aku tipu sedangkan mataku tidak mampu lena walau sesaat pun. Tubvhnya yang sedang memekar itu menari nari dimataku seorang lelaki yang punyai nfsu.

”Cepat lah buat keputusan nak kemana adik oi… Sekejap lagi kita nak keluar simpang Felda. Samada nak balik ke Jerantut semula atau ke Jengka…”

Kataku perlahan. ”Saya nak buat call…” Katanya perlahan. Aku berhentikan motor di sebuah ‘public phone’. ”Kawan adik cakap apa…?” Soalku lembut dan dia tunduk lalu menangis… Aku terdiam kaku…

”Dia tak angkat. Malam tadi dia suruh saya tunggu dekat bas stop nanti dia ambil. Kemudian saya call dia dah tak angkat…” Jawabnya perlahan… ”Boyfriend…? Aku cuba meneka. Dia mengangguk. “Lari dari rumah sebab boyfriend…?” Aku meneka lagi.

”Saya keluar dengan dia tengok wayang, balik dah lewat. Abang dapat tahu saya keluar tengok wayang dia marah. Abang nak hantar saya ke sekolah budak budak jahat. Saya tak mahu. Saya takut…”

Akhirnya dia bercerita… ”Allah dik… Meh sini abang nak cakap. Abang ada 3 orang adik. Salah seorang tu sebaya dengan adik tingkatan 3. Abang mana yang nak tengok adik dia buat jahat. Abang pun tak nak tengok adik abang jadi jahat walaupun abang sendiri jahat.

Tiap kali abang marah abang selalu ugut nak hantar ke juvana lah, nak tanam diorang hidup hidup lah Tapi hakikatnya abang tak buat pun. Marah tu tanda sayang dik…”

Nasihatku dan aku juga minta maaf kepadanya kerana aku telah membuka beg dia malam tadi. Dia menangis di bahuku. Aku pelvk dia kuat kuat tapi bukan bernfsu. Tiada lagi nfsu kesumat dijiwa aku untuk dia. Aku pandang dia hanya sebagai adik walaupun sebenarnya aku tidak punyai adik. Aku terpaksa menipu dia supaya dia faham erti kemarahan seorang abang.

”Saya nak balik Kuantan rumah mak. Tapi… Boleh ke abang hantarkan…?” Akhirnya dia bersuara setelah hampir sejam membisu dan aku menanti dengan sabar dia membuat keputusan.

Kuantan…? Allah jauhnya. Bukan aku tidak mahu menghantarnya. Aku bimbang aku akan hilang pekerjaan memandangkan sudah beberapa hari aku sudah ponteng kerja termasuklah hari itu.

”Jauh tu dik… Apa kata abang cari tiket bas, abang temankan adik sampai bas datang sehingga bas itu bergerak…” Aku memujuk lagi. Dia mengangguk dan aku bersyukur. Aku hulurkan sejumlah duit untuk bekalan dia di sepanjang perjalanan. Selepas bas bergerak meningglkan Bandar Jengka. Aku pun bergerak pulang ke Jerantut.

Itu cerita 23 tahun lalu. Yaaa cerita ini agak lama berlaku. Aku juga sudah insaf dan bertaubat tetapi ia tidak pernah padam daripada ingatanku.

Sebenarnya tiada niat untuk aku membangkitkan cerita lama. Cuma baru baru ini aku terbaca artikel seseorang yang mempertikaikan tentang perg0l dan mngsa. Siapa yang bersalah…? Perg0l ataupun mngsa.

Terus terang aku nyatakan disini. Pada malam tersebut jika aku inginkan, boleh sahaja aku memaksa atau mengambil kesempatan diatas kenaifan dia. Waktu itu dia sangat tidak berdaya kerana di dalam poketnya hanya ada beberapa keping note 1 ringgit sahaja.

Lelaki yang diharapkan untuk menjemputnya langsung tidak menunjukkan muka. Dia hanya ada aku. Tapi kenapa aku masih mampu bertahan kerana aku masih waras…!!

Tik Tok, Filter camera, Selfie atau apa sahaja gaya hidup kita di media social sebenarnya tidak ada kena mengena dengan issue rg0l…!!

Ada jer yang berselfie menggunakan filter itu tertutup auratnya. Ada jer yang bermain Tik Tok itu datangnya daripada golongan yang sudah ‘senja’.

Tapi aku tidak lah bersetuju jika anak anak aku beraksi seperti itu di media social kerana agak kurang manis akhlaknya. Setakat selfie menggunakan filter masih aku boleh terima kerana semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik.

Jangan sesekali menyalahkan mngsa apabila berlakunya kes rg0l kerana kita tidak berada di tempatnya. Kita tidak tahu betapa ‘struggle’ nya dia melawan si perg0l.

Kita tidak tahu bagaimana cara dia mengatasi traumanya kerana telah menjadi mngsa r0g0l. Ianya adalah salah daripada si per0g0l itu sendiri. Gagal menahan nfsu…!! Gagal menggenggam Iman…!!

Iman dan kewarasan kita, kita sendiri yang pegang. Bukan mereka yang berpakaian s3ksi, bukan mereka yang menggunakan filter ketika berselfi dan bukan juga mereka yang bermain dengan aplikasi tik tok.

Sebenarnya ia datangnya daripada hati. Ramai jer kita lihat orang yang tidak menutup aurat khususnya yang bukan Islam terselamat daripada menjadi mngsa r0g0l.

Cuba fikirkan sejenak, jika berlakunya kejadian r0g0l di mana mngsanya adalah terdiri daripada wanita yang menutup aurat, nenek tua, warga OKU, kanak kanak kecil dan bayi bayi baru lahir.

Adakah mereka yang bersalah membenarkan diri mereka dir0g0l…? Iman…!! Tanyalah hati, peganglah Iman. Semuanya bermula daripada situ. Hanya kewarasan dan iman yang bezakan kita dengan binatang.

Tanpa iman dan akal yang waras kita sama dengan binatang yang sering kelihatan mengejar mngsa hanya untuk melepaskan sepancut nfsu kemudian tinggalkan dia bersama benih tanpa rela.

Aku tidak pandai bermain dengan hadis seperti beliau. Aku bercerita melalui pengalaman. Itu pengalaman aku. Setelah aku di datangi oleh tetamu satu malam itu, aku sedar bahawa aku boleh mengawal nfsu. Selepas hari itu sehinggalah ke hari ini…

Alhamdulillah tiada lagi perempuan yang aku tiduri. Aku lebih mendekatkan diri dengan Allah… Bukan kerana melihat sebatang tubvh kita berkehendakkan s3ks… Bukan…!! Ianya boleh dikawal dengan iman dan akal kerana kita bukannya binatang yang bern4fsu bvas…

Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply