Bekas Suami Selalu Pegang Tangan Sy Utk Salam Dan Seolah Mencium Sy Slps Dia Cium Anak2, Ada Satu Benda Buat Saya Takut

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya cuma nak share, saya dan bekas suami telah bercrai setahun lebih secara baik. Saya dapat hak penjagaan anak. Kiranya setiap hari minggu bekas suami akan datang jumpa saya untuk ambil anak.

Yang jadi masalahnya, berkaitan hati dan perasaan saya. setiap kali suami hantar anak, saya mesti akan ada satu keinginan untuk kembali bersama suami.

Timbul perasaan sayang kembali tetapi bila fikirkan balik saya selesa dengan kehidupan sekarang dan saya tidak mungkin kembali kerana terlalu banyak rintangan.

Cinta sahaja tidak cukup untuk kembali bersama. Walaupon dah bercrai, bekas suami tetap baik dengan saya cuma saya tidak pasti dia masih sayangkan saya atau tidak.

Dia selalu pegang tangan saya untuk salam dan seolah ingin menc1um saya selepas dia c1um anak-anak. Saya cuma manusia biasa, saya takot terlalai .

Saya nak tanya. kalau saya buat keputusan bersama balik suami adakah saya akan dianggap terhegeh atau mengulangi kesilapan silam.

Saya cuma takot, saya risau andai suatu hari saya terlalai. saya khuatir akan bertaut ikatan tanpa sah antara saya dan bekas suami . Tak kuat. Buntu. Perluukan kata positif .

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum.. Terima kasih Allah swt kerana sudah temukan jodoh untuk bekas Suamiku. Inilah kebebasan jiwa untuk diri ini dan anak.

Syukur penantian bertahun lamanya untuk mendapatkan hak jagaan sepenuhnya dapat dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah swt hanya kerana status bekas suami sudah Berkahwin.

Tak perlu lagi saya bertengkar dengan bekas suami tentang anak. Paling penting tiada lagi kebimbangan dihati saya tentang anak (Beberapa kali pulang dari bermalam dengan papanya, ada kesan luuka di badan katanya jatuh.

Kalau lebih dari sekali ada rasa bimbang dihati seorang ibu. Kami pula berpisah kerana keluarga bekas suami. Papanya selalu bawa anak saya ke rumah ibu bapa dia.

Sebelum itu saya bersetuju dengan pihak mahkmah untuk bergilir2 dengan papanya dalam soal menjaga anak. Saya ketepikan eg0 saya. Saya tak mahu bersoal jawab dengan Allah kelak.

Saya cuba positifkan fikiran saya, Tapi saya tidak sedar saya sedang mempertaruhkan keselematan anak saya kerana disana dia dikelilingi oleh orang2 yang tidak sukakan saya).

Syukur kini anak berada didepan mata saya. Membesar bersama saya. Saya tidak mahu terus menerus mempertaruhkan keselematan anak saya. Tambahan pula isteri bekas suami tidak menyukai saya. Banyak kemungkinan yang akan berlaku nanti.

Jadi, saya membuat rayuan demi rayuan (Sudah Tak kenal erti letih Masa itu) dengan pihak mahkmah sehingga anak saya berumur 21tahun untuk tidak mendapat akses bermalam bersama papanya, hanya mendapat akses lawatan, itupun dikawasan rumah saya, dan akhirnya diluluskan.

Saya bersetuju tentang akses hak lawatan kerana saya masih memahami agama. Dia tidak mahu melawat anak atau tidak, terpulang. Saya berjuang habis-habisan demi anak saya.

Apa yang keluarga bekas suami dan bekas suami sendiri lakukan pada saya dahulu sehingga saya dicraikan, saya serahkan kepada Allah swt untuk membalas.

Tidak akan sempurna balasan dari manusia kepada manusia. Tetapi pembalasan dari Allah tidak ada cacat celanya.

Segala tuduhan keluarga dia dan dia sendiri keatas saya yang mengatakan saya ini isteri yang nusyuz, isteri yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,

Yang setiap hari memaki hamun suami, isteri yang mengalami penyaakit Giila, isteri yang jhat, isteri yang menggunakan bomoh untuk mendapatkan kasih sayang seorang suami dan pelbagai tuduhan lagi.

Dia sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dari setiap tuduhan dia ke atas saya. Maka, berurusanlah dia dengan Maha Pencipta.

Saya percaya segala pengorbanan yang Saya lakukan untuk dia sehingga dia boleh berada ditempat sekarang Allah pasti akan membalas dengan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat,

Dan Saya tidak pernah menyesali menjadi isteri yang sanggup bersusah payah dengan suaminya walau ketika senang dia ditendang oleh suami dan keluarga mertua.

Dan isteri baru yang sentiasa rasa tidak selamat dengan saya, mungkin dia perlu tahu, saya tidak berminat dengan suami anda. Jika satu hari saya ditakdirkan berkahwin bukanlah dengan bekas suami.

Sungguh tidak terlintas untuk kembali. Hinaan mereka kepada Saya, Saya benamkan dalam-dalam dalam hati dan fikiran saya. Sekarang tumpuan Saya hanya pada anak dan ibu bapa Saya. Mereka adalah gudang pahala saya.

Benar ada kata2 yang mengatakan, bagi seorang ibu anak adalah segalanya.

Ketika hak penjagaan diberikan kepada seorang ibu, dia merasakan seluruh dunia adalah miliknya meskipun ketika itu dia tidak punya wang walau sesen. Dia tidak kisah kudratnya di curahlan sepenuhnya untuk mencari rezeki yang halal buat anakknya.

Benar, bila berlaku pencraian, seorang bapa akan sibuk mencari pengganti tetapi seorang ibu akan sibuk untuk membanting tulang.

Hakikatnya, kami seorang ibu yang ditakdirkan bercrai dengan cara apa sekalipun, sama sekali tidak pernah kisah jika bekas suami berkahwin lagi walaupun mereka mengatakan telah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dan lebih hebat.

Kami anggap segala kata2 itu hanya atas niat untuk menyakiti.

Maka, tidak perlu kami peduli. Bagi kami, anak-anak adalah permata yang berharga. Kami boleh hidup tanpa suami, Tapi kami tidak boleh hidup tanpa anak disisi.

Jika kami dibuang kerana tidak berharga dan sebagainya, ketahuilah bahawa harga diri kami terlalu tinggi saat kami sedang berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak2.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Fiya Fasihah, Tahniah,teruslah kuatkan semangat.jika semangat itu hilang,renunglah mata anak kerana mereka perluukan kekuatan ibunya.anggap saja memori lepas pemangkin utk lebih berjaya dimasa depan.buka lembaran baru dgn penuh bergaya.

Amy Abdul, Ajal jodoh maaut rezqi di tangan Tuhan. Kalau setakat itu rezqi berjodoh dh habis…tanggung jawab terhadap anak tak pernah habis.Membawa hingga ke akhirat…

Setiap tanggungjwb itu tak terputus seperti ikatan perkahwinan.Akan di hitung satu persatu…di tuntut jika culas kewajipan kpd anak2.

Hingga mereka dh pandai berdikari/ dewasa. Tt bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.Semoga berbahagia di dunia sementara.

Rose Adeline, Untuk wanita yg dalam fasa perkenalan, pertunangan. Sebelum kahwin kena check juga keluarga pasangan, betul ke tak betul perangai mereka ni.

Kadang sebelum kahwin nampak baik, dah kahwin terserlah their true colour.. Berhati-hatilah.

Ema Kamal, Proud of you sis. Move on. Tak ramai yg berjiwa cekal mcmni. Sy pun ada kawan ofis seorg ibu tunggal cuma bawa kreta kancil kehulur hilir demi anak2.

Yg si ayah sibuk dgn isteri baru. Allah swt akan terbalik kn kesusahan itu kepada kesenangan nnt. InsyaAllah.

Puteri Aulia, Tahniah.. Anda kuat.. Semoga terus sabar dan kuat demi anak.. Yg lain2, hanya perlu serah pd Allah.. Balasan tu pasti ada pd setiap org yg terlibat..

Xdpt musibah itu, dpt yg ni.. Gembirakan hati sendiri dgn anak, pasti hidup sis lebih bahagia.. Rezeki Allah tu luas.

Salina Hamid, Saya tak paham la kenapa bila dah bercrai mesti nak bergduh dan menyakiti hati sesama sendiri. Tak blh kah jadikan abby abadi dan norman sebagai cth.

Walhal mereka bercrai sbb norman cuurang tapi mereka buang jauh2 segala kisah pahit tu utk kebaikan anak2. Cth yg tak baik jugak org kita ni nak ikut. Alahaiiiiii.

Liyana Zakaria, Hugs, Semoga sentiasa dikurniakan rezeki berpanjangan dari sumber xdisangka dan sentiasa dipermudahkan urusan di dunia akhirat.

Semoga anak menjadi anak yg soleh solehah. You are a strong mother. Ur son/daughter will surely grow up proudly having you as their mother.

Azwa Razali, Alhamdulillah. Semoga segala urusan Puan dan anak-anak dipermudahkan. Begitulah. Kadang bila berpisah, bila pihak ibu diberikan hak jagaan penuh, pihak bapa akan dapat untuk hak berjumpa (melawat) atau lawat & bermalam.

Biasanya part bermalam itu yang banyak dipersoalkan/dipertikaikan pihak ibu lebih-lebih lagi jika anak perempuan bermalam bersama bapanya, faktor keselamatan terutamanya (bukan saya kata bapa jahat) bukan. Cuma, kita ibu-ibu ini memang akan sentiasa berjaga-jaga.

Lebih lagi, jika kita tahu masalah-masalah yang sering dihadapi. Sebab itu, memang ibu tunggal ini berjuang naik turun Mahkamah, demi hak anak-anaknya.

Saya pun ibu tunggal. Setahun ke dua tahun lebih naik turun Mahkamah untuk Hak Jagaan dan Nafkah Anak. Alhamdulillah, hak jagaan sepenuhnya pada saya dan pihak bapa hanya dapat untuk hak melawat sahaja. Bermalam tiada. Ini Mahkamah yang berikan keputusan, bukan dari saya.

Nafkah Anak untuk 3 orang adalah sebanyak RM1000 sebulan. Diputuskan juga oleh Mahkamah mengikut dengan kemampuan pihak bapa. Sebab itu, kita jangan putus asa. Teruskan berjuang demi anak-anak kita.

Sumber KRT

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply