Baru-baru ini, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa memberikan sokongan kepada bapanya bagi menjalani perbicaraan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.
Dalam beberapa hantarannya di instagramn, Nooryana sering berkongsi luahan hati mengenai kes melibatkan bapanya. Dia yang menggunakan nama akaun yananajib berkata, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya.
Gelang Tangan Mewah
Di media sosial, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Nooryana. Namun dalam kalangan netizen, ada juga yang menyentuh isu yang tiada kaitan dengan isu yang melanda. Di laman twitter, seorang pengguna dengan akan bernama @notorioustapir mendedahlan harga dan jenama gelang tangan yang dipakai oleh Nooryana semasa dia hadir ke Mahkamah memberi sokongan kepada bapanya.
Menurut akaun twitter itu, kononnya gelang tangan yang dipakai oleh Nooryana bernilai RM RM146,700 iaitu merangkumi 5 utas gelang jenama mewah Cartier. Setiap satunya berharga dari RM 28,500 sehingga RM 30,500.
Di ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain, dengan hal-hal yang tak berkaitan.
Komen Netizen,
Aku pon tk sokong najib.so apa masalahnya dia nk pakai bracelet pon.dia mmg kaya ,tak kan dia kena pakai mcm org selekeh bru nk nmpk dia tk ada pakai brg mewah ??
Betul, she can wear whatever she wants, but dia tau dia hadir ke mahkamah untuk isu rakyat mengenai tuduhan pecah amanah & rasuah, jadi pilihan hiasan jadi tak kena tempat & masa. Sebab tu saya tanya siapa handle Public Relations diorang? VIP selalu ada penasihat jaga sentimen
Aku tak pelik harga Gelang dia mahal.. for sure Menteri2 sampai ke anak cucu cicit akan pakai branded punya. Tapi peliknya sempat dia cari 5 gelang nk pakai dgn situasi sekarang..
Sekadar info, Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib.
Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baharu: Nooryana
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharu
nya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual yang dilalui selama ini.
Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram miliknya pada malam Rabu.
Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat meskipun agak keletihan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.
Katanya lagi, kelmarin wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penjara.
“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu, berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.
“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.
Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.
Katanya lagi, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN)/ UMNO dan rakyat.
Sumber Murai/RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.