Kisah ini saya nukilkan hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa sejak bergelar isteri. Saya berumur 29 tahun, sudah berkahwin 3 tahun dan dikurniakan seorang anak. Sejak berkahwin saya duduk di rumah suami (rumah sendiri) yang dekat dengan rumah mak mertua di bandar.
Rumah kami tidaklah mewah sekadar rumah apartment tapi cukup segala serba serbi. Suami saya bukanlah orang yang jhat, cuma saya mendapati ada perangainya yang menjadi barah dalam rumah tangga saya. Suami saya bekerja sebagai jurutera dan saya bekerja sebagai admin/procurement.
Kedua-dua kami alhamdulilah berada dalam golongan M40 pertengahan. Kami mempunyai kereta. motorsikal dan rumah sendiri. Jika dilihat dari luar, kami keluarga yang sempurna. Alhamdulillah. Cuma ada satu perkara je yang saya tidak berkenan dengan suami saya, iaitu, dia rasa dirinya berhak melayan saya seperti bibik rumah tangga.
Asasnya, saya cukup penat terbeban sebagai isteri yang bekerja dan ibu. Saya dapati hampir kesemua kerja rumah dan penjagaan anak sya buat sendiri. Hal rumah, pembayaran bil, hal ehwal rumah, taska ank, prkembangan anak, makan minum, hal barang dapur, hal majlis family, semua diletakkan di bawah tanggungjawab saya.
Seakan suami saya tiada fungsi dalam rumah tangga. Saya bagi contoh untuk mudah difahami. Sy bangun seawal 6 pgi. Mempersiap sarapan, mempersiap anak – packing barang taska, bari anak makan, mandikan anak, layan suami breakfast, basuh pinggan, buang sampah, persiapan diri sendiri ke tempat kerja.
Saya kerja office hour masuk 9 pagi keluar 6 petang. Pukul 7.40 pagi saya sudah keluar ke tempat kerja, hantar anak ke taska , baru sampai office. Hampir setiap hari leawt kerana trafik yg sentiasa brubah (kmalangan, trafik light rosak, sekatan jalan raya, masalah to, etc).
Balik pula, saya keluar office seawal 6.15pm, ambil anak, dan hanya sampai ke rumah pukul 7.45pm. Sesampainya di rumah, saya perlu persiapkan diri sendiri, anak, solat, masak, dan bagi anak makan yang dibawa sampai ke pukul 9.30 malam.
Sesudah itu, saya masih perlu menghabiskan masa untuk ajar anak hal2 agama, spend time dengan anak untuk beberapa aktiviti bagi mengisi ketiadaan saya semasa anak di taska (bonding). Sesudah itu, saya juga yang perlu kemas dapur, basuh pinggan, buang sampah, basuh baju, lipat baju, dan tidurkan anak.
Sesudah tidurkan anak, saya masih perlu iron baju suami, layan suami nak makan itu ini, buatkan kopi dalam keadaan yang sangat letih. Kadang-kadang, saya perlu kemas peti ais malam-malam kerana suami tak suka peti ais banyak barang. Semua aktiviti ini ambil masa sampai pukul 11 malam (kadang2 lebih).
Bila sudah tidur, suami pula kejut saya pukul 2-3 pagi utk bersama. Belum campur anak bangun malam untuk minta susu. Dan rutin ini berulang setiap hari. Padahal saya ini juga membayar perbelanjaan keluarga dengan jumlah yang sama. Kereta rosak, saya kena setelkan kerana alasan suami sibuk bekerja.
Paip rumah bocor, saya juga yang kena setelkan kerana alasan sama. Lampu rosak, saya juga yang perlu betulkan kerana suami lambat bertindak walaupun sudah banyak kali diingatkan. Hal2 bil, kenaikan maintenance fee, dan lain2 acara kemasyarakatan, semua saya yang perlu handle.
Keadaan ini menyababkan saya jadi ibu yang cepat marah, dan tiada lagi senyuman kepada suami. Bila saya sampaikan kepada suami, dia merajuk dan kata “Ye la.. Saya je la yang salah”. Respon yang kebudakan ini sangat menyakitkan hati saya. Sekarang saya fikir lebih baik saya berlepas diri dr perkahwinan yang tiada fungsi ini. Sebelum saya sakit mental dan fizikal.
Padahal saya juga graduan engineering, yang perlu berkorban kerja yang tidak perlu ke mana2 site dan tidak perlu kerja weekend hanya untuk pastikan kebajikan anak dan suami terjaga. (sebab saya sedar, PJJ bukan pilihan yang baik untuk kami). Saya harap saya dapat membuat keputusan yang baik dan tepat. – Alia (Bukan nama sebenar).
Kisah kedua lebih mendebarkan,
Aku dh letih jd mak, jd istri. Ank pulak mcm2 kerenah. Suami tiap hr mintak layanan. Kalaulah boleh diundur ms, aku mgkin tk nk kawin.
Penat Jadi Mak, Jadi Isteri.
Assalamualaikum n salam sejahtera.Confession ni ditulis sebab aku str3ss dengan diriku, yang trigger nya ada kejadian semalam, bilamana aku terflash back balik khidupanku, bennci. Confession sedikit panjang.
Penat jadi mak.
1. Anak sulung. 6 tahun. Isu dengan makanan. Selalu tak nak makan. Badan kecil dari usia. Padahal aku dan suami bukannya rendah. Aku 160cm, suami 170cm. Tapi anak bantut.
Dari kecil tak nak makan, kawan cakap masa tu, tak mengapa, dia masih menyusu. Nanti dah berhenti menyusu, banyak la makan nya, seperti anak dia. Tapi sekarang sampai besar tak nak makan. Suka makan benda merepek seperti jajan dan gula gula. Aku dan suami tak ajar makan macam tu.
Tapi bila pergi rumah nenek, nenek bagi jajan. Ikut nenek pergi kedai, nenek beIikan jajan banyak banyak. Oh ye, rumah nenek dekat. Suka la dia. Dah rasa jajan sedap, mana dia nak makan nasi. Pergi kenduri dapat jajan, suka. Jamuan sekolah, bawa balik satu plastik besar jajan, tu aje la yang dimakan.
Balik rumah tak nak makan nasi. Kelmarin aku masak, dari pagi sampai petang tak nak makan. Kata nak puasa (Bila bulan puasa tak nak pulak dia puasa). Aku paksa makan jugak pukul 4. Lepas tu muntah. Yela, perut dah masuk angin. Pastu malam suruh paksa makan lagi, isi perut sebab petang dah munntah. Munntah lagi.
Sakit hati aku tengok. Dah la suka membazir makanan (bukan kelmarin saja), pastu dimunntahkan lagi. Semalam aku bawa pergi kedai, suruh dia pilih makanan apa dia nak. Dia pilih pastu makan sikit sikit, sampai malam berapa sudu saja makan. Lepas tu buang. Aku mengamok.
Dah la yang dia pilih tu mahal. Duit bukan senang nak dapat. Kalau masak beIi lauk pun dah mahal, ni apatah lagi yang dibeIi. Aku tenggking anak aku dengan suara tertinggi. Kalau aku marah, aku selalu tenggking sebab aku penat. Aku bennci tengok semua ni.
Dulu masa aku kecil, keluarga aku tak pernah membazir makanan, sebab tahu susahnya nak dapat duit beli makanan dulu. Keluarga suami lain. Tak habis makanan tak mengapa. Diberi pada ternakan. Masalah sekarang rumahku rumah taman, bukan ada ternakan untuk dibazirkan makanan.
Aku stress nak tenggking tenggking anak, tapi dia tidak mahu mendengar kata. Dulu aku cuba praktik kan cara barat, cakap baik baik dengan anak. Bila cakap baik baik, langsung tak nak dengar cakap aku. Makin menjadi jadi perangai. Jadi, nak tak nak aku kena naik suara pada anak aku.
Aku sedih bila marah dia, aku mnangis selalu lepas tenggking dia. Tapi dia seperti tak faham faham apa yang aku cakap. Tiap tiap hari ye anak sulung ku dimarah kerana hal makan. Bukan aku masak pelik pelik, masak ayam goreng, kurma, semua yang dia cakap suka.
Bila dah masak, cakap tak nak ayam la, tak nak ikan la, tak nak telur la. Suami dah belikan muItivitamin pun selera dia macam tu jugak. Bagi ub4t cacing macam tu jugak. Dah la suka makan benda manis, nanti kecil kecil dah dapat pnyakit.
Mainan pun tak pandai nak kemas walaupun berbuih mulut tiap tiap hari suruh kemas. Lepas mandi tuala campak campak saja. Yela, mak kau ni memang kuIi.
2. Anak kedua. Anak istimewa. Tak payah nak cerita banyak bila ada anak istimewa. Faham faham aje la. Org cakap sabar, sabar. Memang la sabar tapi kalau tiap tiap hari menghadap aku str3ss juga. Main n4jis, mengam0k. Tiap tiap hari mencuci. Nak kena pantau sentiasa.
Keperluan perlu dipenuhi tepat pada masanya. Lambat sikit mengamok. Bukan tak hantar terapi. Hantar. Tapi lambat sikit nak nampak perkembangannya. Nak berjalan jalan pun tak boleh sebab anak istimewa akan berkelakuan bukan bukan di khalayak ramai.
Pernah pergi hotel, receptionist suruh bawa anak keluar dari lobi. Bawa kenduri, orang pandang jelik. Akhirnya, aku juga la yang jaga dia di rumah. Suami saja yang pergi, dah dia yang dapat jemputan.
Oh ye, aku surirumah. Dah takde kawan, mana nak dapat jemputan kenduri ke apa dah. Dulu kerja, ada anak istimewa berhenti. Hidup terkurung dekat rumah saja. Yela, nk brjlan, pergi kenduri semua tak boleh sebab ada anak istimewa.
3. Anak ketiga, baru masuk setahun. Tapi high demand baby. Aku jauh sikit pun tak boleh. Tinggalkan dengan suami pun tak boleh. Nak aku jugak. Penat la. Nak masak pun nak kena dukung. Tambah lagi str3ss aku.
Penat jadi isteri.
Kalau dah nama suami, mesti la nak tuntut hak dia dari isteri. Aku penat la tiap tiap hari aku ajela yang bangun pagi sebelum subuh. Hari bekerja aku bangun awal pagi, buat sarapan, suami nak kerja, anak nak sekolah. Suami pun dalam seminggu hari biasa tu pun nak layanan.
Pastu pukul 7, bayi aku dah bangun. Bila tah nak rehat. Sambung buat kerja rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, masak, anak nak balik sekolah. Petang masak lagi suami nak balik makan. Vacuum rumah, banyak habuk.
Tengah hari masak cincai saja pasal anak aku bukan suka makan sangat tapi masak la jugak. Nanti cakap aku ibu yang kejam pulak takde bagi anak makan. Hujung minggu pun sama la. Mana nak rehat. Kena juga bangun sebelum subuh. Suami nak hak dia lagi, sebab cuti katanya.
Dah aku bila dapat rehat? bila dpt menikmati tidur yang panjang? Dah la malam aku yang tidurkan bayi, sebab dia nak aku saja yang tidurkan dia. Pastu terbangun bangun malam. Pagi aku juga la yang bangun awal. Lepas tu anak bangun, aku jugak la yang jaga sebab anak tak nak dekat bapak dia.
Aku la yang masak sarapan, masak tengah hari, masak malam, cuci kain, sidai kain, beli barang basah, barang kering. Laki sedap la, tidur cukup, takde gangguan, lepas tu main telefon. Kadang kadang bantu vacuum dan mop tapi selalu sekerat jalan. Lepas vaccum, letak camtu saja. Lepas mop, biar saja air mop dekat situ.
Lepas tu anak main celup celup air mop yang kotor tu. Suami tak bising rumah bersepah, tapi aku yg sakit mata. Kalau anak munntah, munntah tak lap pun dia ok. Kain 5 bakul tak lipat, dia cakap gantung saja. Celah mana nak gantung?
Almari besar ke nak gantung semua. Nanti aku juga yang susah nak cari baju anak anak. Suami memang tak pandai buat kerja rumah sebab mentua tak ajar anak anak dia buat kerja rumah. Dulu aku tengok adik adik perempuan dia sebelum kahwin, baju pun mentua aku yang lipatkan. Padahal masing masing dah umur 20an.
Tolong la jangan suruh aku bersyukur ke apa. Memang bersyukur tapi aku penat. Jangan cakap siapa suruh kahwin. Aku mana tahu kehidupan berkahwin macam ni. Aku tak tahu masa depan. Kalau boleh diundur masa mungkin tak nak kahwin. Hidup aku untuk orang lain saja. Dah hilang dah jati diri aku.
Aku pun tak tahu yang Allah nak bagi aku anak istimewa. Terima kasih baca.
Antara Reaksi Reaksi Warganet.
Nurul Zulaikha Ismail – Nampaknya suami yang tak main peranan. Itulah sumber str3ss. Kalau suami membantu, mungkin str3ss boleh dikurangkan ke 50%. Kesian penat jaga anak anak, jaga suami pulak. Tak tau nak nasihat confessor macamne.
Farah Aidan – Kak.. download StarMaker kak. Boleh nyanyi, kenal kenal orang. Takpe. boleh lepaskan geram penat tu semua. At the same time kalau akak ok, situ dah boleh generate income.
Saya lepaskan semua dekat sana. Saya pun baru ada baby umur 2 bulan. Yang sulung 8 tahun. Yang no 2, 4 tahun. Memang kuat menyepah.
Bila saya penat saya tak kemas. Lantak la situ. Saya doakan kita semua ibu ibu di berikan mega power untuk jadi kuat jaga amanah yang di beri. Takpela kalau nak menanges. Dah habis menanges lega nanti. Hugs.
Fatimah Hashim – sekadar cadangan.
1. beli dryer – tak yah sidai atau angkat baju
2. untuk masalah lipat baju, buat bakul je la untuk setiap orang, lepas keringkan buh dalam tu, suami nak cari baju dia, pergi sendiri cari dalam bakul baju dia
3. masak sekali je sehari.. itu la lunch/ dinner. pagi, makan roti ja.
4. kena buat tak nampak la kalau bersepah mainan tu. husband balik keje, minta dia yang ajak anak kemas.
5. pentingkan la kesihatan diri dari stress memakan diri. cuba luahkan masalah pada orang yang puan percaya.
Tak banyak sket, kurangkan str3ss juga tu. Semoga terus kuat dan tenang.
Faranisyah Hakim – I feel you confessor. Apatah lagi Puan ada anak istimewa. Memang saya yang baca pun terasa penatnya. Bab memilih makan, anak bongsu saya pun ada masalah yang sama. Mak gedempol ha, anak punya tulang rusuk dah macam gitar ha. Sedih rasa kadang kadang.
Tapi apa yang saya buat, suap dia makan. No choice, memang saya tak suka manjakan anak, tapi kalau tu jer cara nak kasi dia makan…i have to. Try slow talk dengan suami ye. Kadang kadang orang lelaki ni dia tak faham apa yang kita nak.
Kena cakap baru jalan. Kalau dia ada duit lebih ke, mintak lah beIi makanan yang dah siap masak. Kadang kadang macamtu lah cara saya untuk elak penat. My husband pun bukan yang jenis tolong kerja rumah tapi dia willing spend duit untuk beIi lauk atau beIi gajet untuk mudahkan kerja rumah saya.
Cuba lah bercakap dengan dia dulu. I did that, Alhamdulillah… ada perubahan. Anyway… hugs for you. Semoga diberi kekuatan.
Antara komen komen netizen.
Netizen 1 – Memang ada lelaki lelaki jenis begini. Ada lelaki jenis bila nampak isteri ok, kuat, absorb je apa dia suruh, peduli apa dia perasaan isteri. Jadi Puan kena firm kalau lama-lama pasti lebih keruh. Dulu ada confessor begini juga akhirnya dia lansung taknak bayar apa apa, dia buat hal dia je urus anak. Sebab dah berbincang tapi suami tetap ambil mudah perasaan isteri.
Netizen 2 – Dah 3 tahun kahwin kn. Susah dah la nk lenturkan suami tu..so, nasihat akak kepada adik2 yg nk berkahwin tu bincangla siap2 sebelum kahwin tu camne halatuju dan expectation rumahtangga lepas kahwin nanti.
Satu lg seawal kahwin tu toksah la dok manjakan sangat suami konon2 nak jadi isteri mithali sgt. Kena didik suami buat kerja sama2 seawal kahwin. Biar jadi kebiasaan. Bukan ada anak baru nk suruh.
Dah terlambat. Jangan tunjuk berdikari sgt, suami akan ambik ringan tanggungjawab dia nanti. So, untuk confessor ni try ckp secara serius ngn suami apa yg awk harapkan dari dia. Dan berkeras sikit..cth, jangan bayar klau tu bahagian suami.. buat keras je..biar suami yg settlekan.
Netizen 3 – Untuk confessor ni: ambil satu hari duduk berbincang, buatkan jadual kerja rumah bagi kat suami. Sepatutnya kerja rumah ni xperlu jadual yang spesifik, mana yang isteri belum buat suami buatkan, mana yang suami belum buat isteri tolong siapkan.
Kena ada kesepakatan dan yg paling penting common sense. Memandangkan ternyata suami confessor lack of common sense, puan sediakan jadual kerja utk dia. Listkan tugas dia siap2 apa dia kena buat.
Jgn tolong buatkan. Kalau tugas dia buang sampah puan Jgn tolong buang. Ingatkan dia utk buang. Bukan kemas rumah je kena jadual, ckp pada suami me time utk puan pun ada dlm jadual, waktu bersama suami isteri pun ada jadual.
Oh perbelanjaan keluarga pun kena listkan dan buat jadual apa yg puan bayar apa yg suami bayar. Baru lah sama2 function dlm rumah tangga.
Kredit : iiumc.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.