Shila Amzah Buat ‘Perangai’ Atas Pentas, Tindakan Beliau Undang Rasa Kurang Sopan. Lihat Apa Terjadi..

Kuala Lumpur: Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuang di pentas sempat dirakam kamera ketika dia membuat persembahan menyanyikan lagu Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, semalam. Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna di aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas. “Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa ‘perform’ dan kali ni terbang ya gula-gula tu.

Bertabahlah abang yang kutip tu,” tulis pengguna Yazid Yacob. Hantaran video itu sudah mencecah lebih 250,000 tontonan, lebih 2,900 tanda suka dan lebih 100 komen. Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu. Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama

ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu. “Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak,” tulis ciknurullpompom. “Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai,” tulis Idrul Nafiz. Terdahulu, MENGAKUI tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga,

penyanyi Shila Amzah bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan baharu. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, pengalaman gagal dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat dalam hidup. “Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati.

Netizen dakwa tindakan beliau kurang sopan kerana buang merata tempat. lihat video

https://youtu.be/8_jN2R55bk8

Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.  “Saya mahu mencari seorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun, tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin. Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika sidang media.

Sumber :- metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply