Shahir Zawawi Sah Bergelar Suami Jaskin Jaludin, Sekali Ini Reaksi Erra Fazira Bila Dpt Tahu Bekas Kekasihnya Itu Berkahwin

BEKAS juara program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir Zawawi selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat. Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Jaludin Nongche dan disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapa. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan selain wang hantaran RM20,000.

Pelakon Erra Fazira mendedahkan yang dia berasa gembira apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi bakal mendirikan rumah tangga. Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan sehingga ke jannah. “Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya. “Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah perkhabaran tersebut menutup segala spekulasinya dengan juara Akademi Fantasia 8 itu, Erra berkata, dia dah Shahir sudah lama tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama. “Sebenarnya, saya dan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Orang sahaja yang asyik bertanya dan saya sudah terangkan hal yang sebenar sebelum ini. “Apa yang pasti, saya masih berkawan dan baik dengannya,” katanya lagi.

Ditanya adakah Shahir ada berkongsi mengenai bakal suri hatinya bersama Erra, pelakon filem Maria Mariana itu berkata: “Saya tidak kenal siapakah wanita itu, tetapi dia ada berkongsi. Apa pun, saya gembira untuknya,” tutup Erra. Untuk rekod, Erra dan Shahir dikatakan pernah menjalinkan hubungan istimewa. Begitupun, hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.

Isteri tak tahu suami seorang selebriti, pertama kali berbual Shahir Zawawi dah ajak pergi kursus kahwin!

ISTERI kepada Shahir Zawawi mendedahkan dia tidak pernah mengetahui atau mengenali suaminya itu merupakan seorang selebriti dan penyanyi.

Jaskin Jaludin, 30, berkata, dia hanya mengetahui latar belakang Shahir selepas mereka berkenalan sekitar Mei lalu dan tidak menyangka suaminya itu dikenali ramai.

“Pertama kali saya didekati Shahir, saya langsung tidak tahu dia merupakan seorang selebriti popular tetapi selepas hubungan kami semakin serius barulah saya tahu latar belakangnya.

“Terkejut juga apabila tahu suami seorang selebriti tetapi paling penting keserasian paling penting dalam sesebuah hubungan dan bukannya status,” katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 9.29.17 PM

Dengan sekali lafaz, Shahir dan Jaskin bergelar suami-isteri.

Shahir, 34 dan Jaskin selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada malam Jumaat lalu.

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu turut menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala RM20,000 wang hantaran kepada Jaskin.

Dalam pada itu, berkongsi tentang perkenalan mereka, Shahir mendedahkan dia mengenali Jaskin menerusi Instagram.

Menariknya, Shahir berkata, ketika pertama kali berbual menerusi telefon, dia mengajak Jaskin untuk menghadiri kurus perkahwinan dan wanita itu bersetuju.

Saya bukan hendak main-main dan serius mencari pasangan hidup… sebab itu saya mengajaknya hadir kursus perkahwinan.

“Saya tertarik dengan Jaskin kerana nilai hatinya selain dia seorang yang lucu. Pertama kali berbual dalam telefon dengannya saya berasa selesa.

“Pada tahap ini juga, saya bukan hendak main-main serta serius mencari pasangan hidup dan sebab itu saya mengajaknya hadir kursus perkahwinan dan dia bersetuju,” katanya.

Jelasnya lagi, meskipun hubungan yang terjalin dalam tempoh singkat namun mengambil keputusan untuk berkahwin kerana masing-masing sudah bersedia.

“Keputusan mendirikan rumah tangga kerana kami berdua memang sudah bersedia dan berniat untuk mencari pasangan apatah lagi usia semakin meningkat.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 9.29.17 PM (1)

Pasangan ini berkenalan menerusi Instagram.

“Jujurnya, ahli keluarga pun sering bertanya bila saya hendak berkahwin sampaikan saya pernah terfikir untuk minta keluarga carikan calon isteri sebab kerap ditanya soalan sama,” jelasnya.

Kata Shahir, Jaskin juga mengalami perkara sama dan pertemuan mereka seolah-olah sudah ditakdirkan untuk bersama sebagai suami-isteri.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, mereka merancang untuk berbulan madu dengan melakukan ibadah Umrah pada penghujung tahun ini.

Kata Shahir, idea ke kota suci Makkah adalah hasrat Jaskin yang bernazar untuk membawa suami mengerjakan ibadah Umrah.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply