Malaysia adalah negara yang mempunyai banyak kepelbagaian dari segi kaum, bangsa dan juga agama. Kepelbagaian ini serba sedikit dapat mencorakkan wajah dan penampilan sesetengah individu. Disini admin ingin senaraikan beberapa artis wanita dan model yang tercantik di Malaysia
10. Intan Najuwa (Intan Najuwa Binti Abdul Wahid)
Intan Najwa merupakan pelakon dan model Malaysia. Pelakon yang cilik dan comel ini memulakan kerjayanya pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Beliau mula mendapat perhatian umum pada tahun 2016 daripada wataknya Abby dalam drama Hantu Punya Boss. Intan bertunang dengan seorang usahawan Razrul Anwar pada 18 Ogos 2019 namun berakhir pada 26 Februari 2020 kerana tiada persefahaman.
9. Mimi Lana (Mimi Rozaiana Binti Zainal Abidin)
Mimi Lana kelahiran Taiping, Perak mula aktif dalam bidang hiburan sejak tahun 2013. Mimi pada awalnya merupakan seorang model sebelum terjun dalam bidang lakonan. Untuk sesiapa yang tidak tahu, Mimi Lana merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014. Antara drama lakonannya adalah Kisah Cinta , Sekali Aku Jatuh Cinta, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Cari Aku Di Syurga. Pada tahun 2019, Mimi pernah dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin ke-23 dalam drama Neraka Kasih Maisarah
8. Amyra Rosli (Nur Amira Izzati Binti Rosli)
Amyra Rosli mempunyai wajah yang cantik dan begitu mirip dengan pelakon sinetron Indonesia, Nia Ramadhani dan juga penyanyi kumpulan KPOP Lisa Blackpink. Pemegang kepada diploma theater dari Aswara ini memulakan kerjaya lakonannya apabila muncul dalam rancangan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 yang merupakan program TV pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Amyra kemudian muncul dalam pelbagai drama, namun drama terhangatnya setakat ini adalah Nur. Si jelita ini mendirikan rumahtangganya bersama pelakon Amar Baharin pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aqeef Anaqi.
7. Janna Nick (Nurul Jannah Binti Munir)
Janna Nick dilahirkan pada 1 Jun 1995 dan berkacukan Cina, Pakistan dan Thai yang diwarisi dari ibu bapanya. Janna merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga penyanyi wanita Malaysia. Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Antara karya lakonan drama terbaik Janna adalah Syurga Nur, Suami Tanpa Cinta, My Coffee Prince dan Cari Aku Di Syurga. Kini Janna menjadi host rancangan gosip sensasi, Melody yang menggantikan host popular sebelum ini iaitu Neelofa.
6. Carmen Soo (Soo Wai Ming)
Carmen Soo merupakan pelakon dan model Malaysia yang dilahirkan di Kuala Lumpur. Carmen mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan perniagaan namun lebih menumpukan perhatiannya dalam bidang hiburan. Antara film terawal Carmen adalah film Gorgeous yang membawa watak Gloria pada ketika itu mendapat sambutan hangat kerana bergandingbahu bersama pelakon terkemuka China, Jackie Chan dan Shu Qi. Carmen juga pernah mengacara dan menjadi juri beberapa tv show seperti Showtime, Omg! dan juga Asia’s Next Top Model.
5. Zahirah MacWilson (Nur Zahirah MacWilson Binti Zainol MacWilson)
Pelakon berkacukan British yang diwarisi oleh bapanya ini dilahirkan di Kuala Lumpur namun Zahirah membesar di Sydney, Australia. Beliau bergelar model seawal usia 12 tahun sewaktu masih berada di sekolah rendah. Pada tahun 2015, Zahirah membintangi drama orientasi remaja, Dunia Generasi Baru yang menjadi penanda aras kerjaya lakonan profesional. Namanya mula menjadi sebutan setalah menjayakan drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad. Kini Zahirah sudah mendirikan rumahtangganya bersama pelakon Aiman Hakim Ridza dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Isaac Raees.
4. Lisa Surihani (Lisa Surihani Binti Mohamed)
Lisa Surihani ialah seorang pelakon, model, pengacara televisyen dan jurucakap produk Malaysia. Gadis kelahiran Bangsar, Kuala Lumpur ini mula bergiat dalam industri hiburan sejak berumur 11 tahun lagi menerusi iklan Ovaltine. Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi pada tahun 2002. Lisa meraih anugerah Pelakon h4rapan Wanitan di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem I’m Not Single pada tahun 2008, Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010 dan Istanbul Aku Datang pada 2014. Lisa merupakan isteri kepada pelakon, penyanyi, pengarah dan penerbit tanah air iaitu Yusri Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusri KRU. Lisa juga dikenali sebagai seorang pelakon yang bebas dari kontroversi dan dikenali juga sebagai “Malaysia’s Sweetheart” oleh media dan netizen tempatan.
3. Neelofa (Noor Neelofa Binti Mohd Noor)
Admin rasa satu Malaysia malah diluar negara pon orang kenal siapa Neelofa ni. Gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mewarisi kecantikan ibu bapanya yang berkacukan Melayu, Pakistan dan Arab. Pada tahun 2010, Neelofa dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja sekaligus menewaskan Anzalna dan Izara Aishah dan kemudian mendapat tawaran menjadi model dan membintangi musik video penyanyi tempatan popular seperti Awi Rafael dan Akim. Lakonan Neelofa yang betul-betul memikat hati netizen adalah dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari. Di samping pelbagai anugerah yang pernah dirainya dalam industri hiburan, Neelofa kini sibuk menguruskan perniagaan hijabnya bernama Naelofar Hijab.
2. Hannah Delisha (Hannah Adlina Blackburne Birch)
Top 2 admin nak selitkan individu yang berasal dari Singapura yang berkacukan mat salleh yang diwarisi oleh bapanya, Peter Blackburne Birch. Hannah Delisha ialah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Singapura. Sebelum bergiat dalam industri lakonan, Hannah merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Hannah meraih kejayaan komersial di Malaysia menerusi gandingannya bersama Syafiq Kyle dalam drama Mencintaimu Mr Photographer. Pada tahun 2019, Hannah meraih anugerah Pasangan Serasi Filem menerusi filem pertamanya iaitu Langsuir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bersama gandingannya Syafiq Kyle.
1. Mira Filzah (Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman)
Mira Filzah masih lagi mengekalkan takhtanya di hati rakyat Malaysia. Si comel, jelita ini dikenali sejak penampilannya dalam drama Dunia Lola walaupon menyepi untuk selama dua tahun untuk beliau memberikan sepenuh tumpuan pada pengajiannya di UiTM dalam jurusan perniagaan antarabangsa. Antara drama yang membuat Mira dikenali ramai adalah drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan juga Bidadari Kiriman Tuhan. Mira telah banyak memenangi anugerah yang mengiktiraf kehadirannya dalam industri hiburan antaranya ialah Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Mira telah melangsungkan pernikahan beliau bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada September 2020 dan kini menetap bersama keluarganya di Bangi, Selangor.
Sumber : kinisensasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.