Rasa Macam Diri Sendiri ‘HILANG’, Remy Ishak Nak Rehat Dari Dunia Lakonan

Lama tidak melihat kelibat aktor hebat, Remy Ishak di dalam drama ataupun di media sosial. Kali terakhir melihatnya berkongsi berkenaan kehidupannya di Instagram adalah sewaktu meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya yang sedang dirawat di hospital.

Setelah itu, tiada lagi cerita dari Remy Ishak dan dia juga tidak kelihatan di mana-mana program televisyen.

Tolong isteri promote barang

Namun begitu, sewaktu isterinya, Ezza Yusof sedang bersiaran lansung untuk mempromosikan barang di aplikasi TikTok, dapat dilihat Remy disebelah sambil membantu usahawan itu menjadi model untuk barangan yang dijual.

Ramai yang terhibur melihat gelagatnya yang seakan pasrat di minta menjadi model dan menggayakan produk yang dijual kepada para viewers.

Macam diri sendiri ‘hilang’

Merujuk kepada laporan yang dikongsi oleh Astro Gempak, Remy Ishak ketika di dalam live isterinya ada mengatakan yang dia ingin berehat sebentar dari berlakon.

Tambahnya, dia juga mahu mencari semula dirinya yang sebenar memandangkan dia  endiri keliru dengan keadaannya kini.

“Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya.
“Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat… rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi macam, diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.”

Nak rehat sekejap

Disebabkan terus berlakon tanpa henti, pelakon filem Sangkar ini akui yang dia seakan tidak kenal dengan diri sendiri memandangkan lupa akan hobi serta apa yang kerap dilakukan sebelum ini.

“Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini saya macam back to back (berlakon), jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula,” kata Remy.

Baru lepas pengambaran filem

Disebabkan kehadirannya di dalam live tersebut, ada beberapa peminat sempat bertanya tentang penampilannya yang kini berambut panjang.

Menurut isteri Remy Ishak, suaminya baru sahaja selesai pengambaran filem yang belum dinyatakan tajuknya dan penampilan berambut panjang adalah salah satu tuntutan watak.

“Abang Remy baru saja selesai penggambaran filem, sebab itu rambut dia panjang macam ini,” kata Ezza.

Remy dan Ezza telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021. Majlis pernikahan mereka berlangsung dalam suasana yang sangat sederhana lebih-lebih lagi ketika itu negara masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply