Berita Baik, PM Umum Pembayaran Bantuan BKM. Semak Bila Duit Dikreditkan Ke Akaun Masing2

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan BKM berjumlah RM8.0 bilion.

” Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM ialah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480), iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

” Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH, kepada RM5,000 ke bawah sebulan bagi BKM,” katanya.

Beliau berkata, jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding hanya 4.5 juta penerima BSH.

Tengku Zafrul berkata, ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak menerima bantuan, termasuk sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 saja seperti inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini.

Beliau berkata, lazimnya BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya bantuan itu kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan 60 peratus rakyat dewasa di Malaysia.

Katanya, Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik, bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

” Kerajaan juga sentiasa memantau situasi semasa dan yakinlah bahawa dasar kerajaan, baik dari segi bantuan langsung mahupun tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Akan dikreditkan ke dalam akaun mulai Selasa depan

Pembayaran fasa tiga dan fasa rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat, mulai Selasa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran bernilai RM2.2 bilion itu, dijangka memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.

” Bagi BKM fasa tiga, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900.

” Selain itu, rayuan lebih 80,000 penerima sudah diluluskan dan akan menerima sehingga RM2,350, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

” Ia termasuk Bantuan Tunai Tambahan diumumkan kerajaan pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri memaklumkan, pembayaran itu membabitkan penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas, bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang lulus rayuan BKM.

” Keseluruhan proses berkenaan dijangka selesai pada 27 September ini,” katanya sambil menambah sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion sudahpun disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran ditetapkan.

Ismail Sabri berkata, masih terdapat bayaran BKM fasa empat, bernilai RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.

Boleh semak menerusi pautan di bawah

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi pautan https://bkm.hasil.gov.my, mulai Selasa depan.

” Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia, terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.

” Kerajaan komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan dalam Bajet 2023,” kata Perdana Menteri.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung diumumkan dalam Bajet 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 terkesan dengan kos sara hidup yang menerima sehingga RM2,500, tahun ini.

Kerajaan kemudian mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan RM100 lagi untuk kumpulan isi rumah B40, manakala tambahan RM50 bagi golongan bujang.

Sumber:bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply