“Tolong Jual Benda Yang Manfaat Sikit Boleh Tak” Dikatakan Boleh Mengetatkan, Wanita Ini Suruh Sumbat Serum Dalam Tutt

Sedia maklum, sudah banyak pakar kesihatan memberitahu bahawa wanita tidak perlukan sebarang ubat-ubatan ataupun wangian untuk kemaIuan mereka.

Tetapi, sehingga kini kita dapat lihat masih ramai lagi yang ‘cetek’ pengetahuan mengenai perkara ini dan mempercayai kata-kata penjual yang menjual produk seperti mengetatkan ataupun memberi wangian untuk v4gina.

Seperti video yang tular baru-baru ini di platform Twitter, seorang wanita didapati telah menjual satu produk yang didakwa untuk mengetatkan semula v4gina wanita dan cara penggunaan produk terbabit membuatkan ramai netizen ‘menepuk dahi’ melihatnya.

Melalui video TikTok yang dimuat naik semula oleh pengguna terbabit, didapati penjual produk tersebut memberitahu cara penggunaan ‘serum’ tersebut dan ia perlu dimasukkan di dalam v4gina untuk mendapatkan hasilnya.

Sememangnya hal berkenaan telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam wanita tersebut kerana ia sama sekali ‘mitos’ dan hanya akan membahayakan kesihatan pembeli.

Video tersebut bukan saja menarik perhatian netizen, malah influencer Ceddy juga berasa terkejut melihat keberanian wanita tersebut menyebarkan perkara yang tidak benar.

Difahamkan juga, wanita yang menjual produk terbabit turut pernah viral sebelum ini apabila dia menjual sunblock, namun harus diminum dan bukannya di pakai di atas kulit.

Jual ‘Drinkable Sunblock’, Kandungan Gula Sangat Tinggi

Menerusi video seorang wanita dipercayai founder, dia mempromosikan sejenis minuman yang didakwa merupakan ‘drinkable sunblock’.

Katanya, pengguna tidak perlu lagi memakai krim ‘sunscreen’ jika mereka minum produk tersebut.

Kewujudan produk tersebut menimbulkan pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengkritik tentang ‘drinkable sunblock’ itu.

Malah, beberapa orang doktor juga dilihat turut memberi respon masing-masing tentang minuman itu menerusi TikTok.

Meskipun menerima kritikan hebat, wanita itu tetap cuba ‘mengajar’ netizen tentang kebaikan produk tersebut termasuklah dengan menunjukkan bahan-bahan yang digunakan.

Namun, dia diperli semula kerana dikatakan keliru dengan bahan antioksidan di mana ia lebih berfungsi sebagai ‘whitening product’ bukannya ‘sunblock’.

Wanita tersebut mendakwa kulitnya tidak ‘sunburn’ dan cerah seperti biasa selepas mengamalkan minuman tersebut. Tetapi kata netizen pula, ia bukan kerana produk terbabit berkesan sebagai ‘sunblock’ tetapi sebenarnya kulit wanita itu menjadi cerah disebabkan bahannya sama seperti ‘whitening product’.

Selain itu, ramai turut terkejut dengan kandungan gula di dalam produk minuman tersebut. Kata mereka, produk itu bukan hanya tidak akan lindungi kulit daripada sinaran UV tetapi juga akan merosakkan buah pinggang.

Jual gula ke jual sunscreen?”

Ni bukan bahan untuk sunblock tapi bahan untuk whitening product,” kata seorang wanita.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply