Ini Kata Kata Ebit Lew Selepas Selesai Perbicaraan Di Mahkamah. Rupanya Ini Yang Dia Rasa Selepas Perbicaraan Bermula

Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa dimaklumkan bahawa laporan polis berhubung kes gangguan sek sual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ia dedahkan oleh saksi pertama pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, dalam pemeriksaan balas prosiding perbicaraan Ebit Lew, 37 atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim.

Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual

Mohd Fairuz memberitahu mahkamah bahawa dia tahu laporan polis dibuat oleh seorang wanita adalah bersebab.

“Saya tahu kerana wanita itu memberitahu saya Tenom ini kecil dan ramai orang boleh tahu bila beliau buat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk keselamatan beliau,” katanya bagi menjawab soalan daripada peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Dalam pemeriksaan balas yang sama, Kamarudin bertanya adakah ini bermaksud semua balai polis di Sabah kecil dan semua orang boleh tahu termasuk Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kepayan, Kota Kinabalu.

Pengadu enggan lapor Ebit Lew di Tenom, bimbang kes diketahui, mahkamah diberitahu | Free Malaysia Today (FMT)

Bagaimanapun, Mohd Fairuz tidak bersetuju dengannya dan memberitahu bahawa itu adalah permintaan wanita itu sendiri.

“Lagi pun beliau mengatakan balai polis Tenom ada saudaranya jadi beliau takut untuk melaporkan di sana,” katanya.

Wanita kongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dan gambar lucah - saksi

Malah beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak pasti soalan pemeriksaan balas yang mengatakan bahawa adakah di balai polis di Sabah semuanya keluarga wanita itu.

Mohd Fairuz dalam pemeriksaan balas seterusnya bersetuju bahawa dia dan Firdaus Wong yang mengatur wanita itu ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

Ini Kata Kata Ebit Lew

Ebit Liew tiba di Mahkamah Majistret Tenom - Kosmo Digital

Sementara itu, Ebit ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan rasa bersyukur kerana perjalanan kes sudah bermula.

“Saya rasa bersyukur, gembira walau berat ujian ini, saya macam tak sabar sebab sudah setahun saya tunggu, kalau boleh tahun lepas lagi saya nak selesaikan” – Ebit Lew

“Sebab saya bergerak ke mana-mana, itulah pandangan orang, sebutan orang jadi saya dah diuar-uarkan tak baik merata-rata, gambar yang tak baik, entah siapa-siapa kan. Jadi saya tak sabar.

“Saya dalam keadaan tenang, gembira, senyum dari tadi,” katanya ketika ditanya perasaan sepanjang berada di kandang tertuduh di dalam mahkamah.

Sebelum itu, perbicaraan pendakwah berkenaan ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Rabu.

Ebit Lew dibicara atas 11 pertuduhan seksual bulan depan - Selangorkini

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan sek sual membuat hantaran gambar dan perkataan lu cah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Sek syen 509 Kanun Kese ksaan.

VIDEO:

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply