Tular Ejen Jualan Kosmetik Telah Pulang Ke Rumahnya, Kini Azi Tampil Dedah Dimana Dia Berada Selamani

“Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim. Rosnazirah, 36, yang dicvlik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam

Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi pencvlikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (dicvlik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut. Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos. Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.

Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini. Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi. Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang mencvliknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.

“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya. Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai pencvlikannya tersebar luas. Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada pencvlik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.

“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes pencvlikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen. Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya. Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa travma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu. Sumber, Awattsyeikh.com

Caprice Tampil Beri Teguran Pada Mereka Yang Mengkritik Wajah Ejen Kosmetik Yang Hilang Tempoh Hari

Semua orang telah dimaklumkan dengan isu ini. Penyanyi rap dan usahawan, Caprice tampil memberikan teguran buat warganet yang melakukan face shaming terhadap ejen kosmetik yang telah dilarikan kumpulan penj3nayh dipercayai kartel bahan terlarang pada 13 September lepas.

“Nama Pun Ejen Kosmetik..”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice menitipkan rasa syukur selepas ejen kosmetik itu telah kembali ke pangkuan keluarga dan turut menegur warganet yang melakukan face shaming terhadap ejen kosmetik berkenaan. “Alhamdulillah, mangsa yang kena culik diselamatkan dan kembali ke Malaysia. Walaubagaimanapun, kita punya warganet sometimes got no chill sampai tahap face shaming. “First of all Malaysia, nama pun ejen kosmetik, dia jual barang kosmetik. Kosmetik itu apa, kecantikan. Kau rasa semua dekat TikTok tu yang pakai mekap, filter, semua ori?.”-Kata Caprice

Pengikut Luah Rasa Berang

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice meluahkan rasa berang terhadap tindakan segelintir pihak yang dianggap tidak menghormati perasaan keluarga yang berduka dengan kejadian tersebut. “Itulah. Mangsa still dalam trauma but ada je yang face shamming. I mean yang cakap tu terpaling natural ke nyah??.” “Tak sensitif langsung. Geram tau. Face shaming orang sampai macam tu sekali. Semoga akak tu kembali pulih dari trauma. Abaikanlah warganet yang takde hati perut ni.”

Katanya lagi “Making a joke about someone’s trauma? Orang yang tekder common sense akan buat benda macam ni! Sikit takder rasa sifat sensitif terhadap orang sekeliling, lebih-lebih lagi family mangsa!.” Memetik laporan Astro Awani, ejen kosmetik yang dikenali sebagai Rosnazirah itu dilarikan empat individu dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada 13 September lepas. Mangsa dikatakan dibawa lari ke Thailand oleh kumpulan dipercayai kartel bahan terlarang.

Sumber :- murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply