Lepas Kant0i Cur4ng & PukuI Isteri, Ini Yang Berlaku Kepada Rizki Billar

Lelaki pukl isteri rezekinya tak murah, Rizki Billar dipecat dari pengacara Indosiar. Masih kecoh dengan tindakan artis Billy Rizki yang memukul isteri, Lesti Kejora hanya kerana ingin menuutupi kecurangan dilakukannya sendiri.

Selepas ramai mengecam tindakannya yang memukvl, menc3kik dan membanting Lesti yang meminta agar dirinya dikembalikan kepada orang tua selepas Rizki mengaku curang, terkini rezeki Rizki Billar semakin mahal apabila malam tadi dirinya dipecat dari mengacarakan program Host Dangdut Academy 5 yang sedang berlangsung di stesen television Indosiar.

Lelaki Curang & PukuI Isteri REZEKINYA TAK MURAH

Hal ini diumumkan sendiri oleh pengacara program ini secara langsung di hadapan kaca tv semalam kerana perlakuan ganas yang dilakukannya dalam rumahtangga dan mereka tidak menyokong lelaki yang memperlakukan wanita dengan teruk.

Dalam program Host Academy Dangdut 5 ini, Rizki menjadi pengacara manakala Lesti menjadi jurinya.

Semasa membacakan keputusan dari pihak pengurusan tertinggi Indosiar, seorang dari pengacaranya, Ramzi mengumumkan pelaku yang terlibat dalam keganasan rumahtangga tidak akan diambil menjadi pengacara semua program tv dan radio.

Bahkan kesemua pengacara kemudian menyatakan sokongan kepada Lesti dan mengatakan menyokong Lesti dan berkata L for lesti dan L for love.

Hal pasangan ini mula menjadi tumpuan masyarakat apabila pada28 September lalu, Lesti ada mendakwa suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kecederaan selepas dia mendapat tahu Rizky berlaku curang.

Ternyata lelaki yang diamanahkan menjaga isteri dan mengejar keseronokan dunia diuji Allah dengan mahalnya rezeki.

Lesti Kejora sudah keluar hospital, enggan pulang rumah kerana masih trauma dipukul Rizky Billar

PENYANYI Lesti Kejora dibenarkan pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya selepas didakwa menjadi mangsa pukul suaminya, Rizky Billar.

Memetik laporan Detik.Com, Lesti mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti kini berada tempat yang selamat namun dirahsiakan lokasi.

“Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” katanya.

Berkongsi tentang perjalanan kes ini, pihaknya menyatakan bahawa polis kini sedang menyiasat tiga orang saksi keganasan yang berlaku pada penyanyi berkenaan.

Pihaknya juga telah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah pasangan tersebut.

“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah memanggil Rizky Billar untuk disoal siasat berhubung keganasan rumah tangga yang dilakukan terhadap Lesti Kejora.

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply