Doktor Melenting Bila Tahu Isteri Mengandung Lg, Smp Paksa Gugurkn Baby, Lps Tu Jadi Sesuatu Pd Isteri Buat Aku Hilang Akal

Assalamualaikum, harap admin dapat post cerita saya. Pkul 3 pagi mengimbau kenangani saya tulis ni, cuma nak luah apa yang terbuku dihati kisah saya dan isteri tercinta, Sya.

Sya, abang ingat lagi, zaman second year abang, kita first jumpa masa event hari terbuka universiti.

Abang ready nak bukak ‘stall’ sukan bola sepak untuk freshie, Sya pulak meja sebelah siap2 untuk sukan badminton. 3 hari persiapan sebelum hari terbuka, setiap malam abang perhati Sya.

Manis cantik Sya pakai t-shirt siap handsock malam2 datang siapkan decorations. Padahal kawan lain datang dengan t-shirt biasa seluar tidur je.

Iyalahkan, pagi petang class dengan aktiviti, malam je masa untuk buat persiapan.

Dari situ kawan2 abang kacau student-student stall sebelah beria buat hiasan glitter2 dan colorful board. Padahal stall bolasepak kitaorg bawa bola/kasut branded dengan papan markah rembat dari bilik sukan je.

Hari-hari member mintak nombor, sorang pun tak nak bagi. Tapi hari last lepas event pagitu, malam nak kemas-kemas stall baru abang minta dengan Sya nombor telefon.

Sya bagi. Hari first abang dapat rasakan putiknya indah bercinta dengan bakal bini abang masa tu.

Dua bulan lepas tu abang isi borang keahlian sukan badminton pulak.

Setiap hari selasa dan jumaat petang aktiviti sukan abang join dengan harapan nak tunjuk machonya abang pada Sya.

Padahal raket pun salah teknik pegang. Selama hidup abang wakil sekolah untuk sukan bola tapi bila masuk uni abang tukar sebab abang rasa ramai yang lebih hebat bola.

(Padahal nak tukar sebab Sya).

Kita berkawan dari abang second year dan 2 tahun kemudian abang final year baru kita declare.

Abang takkan lupa hari tu Sya, dari kita berkawan kepada mesej whatsapp Sya cakap ‘Sya pun rasa benda sama kat abang, jom la kita kawin’.

Abang screenshot mesej tu abang print letak dalam dompet. Bagi semangat nak kawin.

Lepas abang dah grad abang dapat tau Sya kena buat practical kat negeri abang.

Bila fikir balik baru abang prasan, mungkin Sya saja minta jauh2 untuk dekat dengan abang.

Abang kenalkan Sya pada mak, Sya malu2 masatu, mak suruh datang rumah kenal2. Sya tak nak.

Last2 tinggal 2 minggu nak habis practical, kecundang. masa kita bergayut, mak rampas telefon bebel suruh Sya datang nak kenal bakal menantu yang buat anak lakinya angau setiap hari bergayut.

Hujung minggu tu jugak Sya datang dapat kenal mak ayah abang yang sporting macam mana. Mak bagitau Sya makanan favourite abang, mak ajak masak sama2. Malam tu kita makan sama2. Mak beri hint bila boleh jumpa parents Sya.

Dah balik pun masih nak bergayut, Sya terkejut mak ayah abang macam ni, sebab keluarga Sya strict. Ayah Sya garang. Seriau d4rah abang fikir takut nak hadap nnt minta izin kawin.

Tapi betul2 hari sebelum grad, abang berani kan diri call ayah Sya minta nak jumpa esok lepas habis grad ceremony.

Esok tengah hari, berkenalan dengan ibu ayah Sya, bawa sejambak bunga. Mak abang teman siap bawa bakul picnic dengan makanan cukup 5 orang.

Masa bergambar dengan jubah grad mak yang beria peluuk-peluuk Sya, peluuk ibu Sya. Abang yang segan, abang kentalkan diri man-to-man talk dengan ayah Sya. Blajar apa, kerja apa, plan masa depan apa semua.

Hari tu jugak abang cakap, nak kawin dalam tempoh setahun. Ntah mampu atau tidak bergajikan rm1900 masatu, Sya pulak baru nak start kerja. Tapi kita usaha sama-sama.

Alhamdulilah pertolongan Allah itu pasti. Kita usaha menghalalkan jodoh, Allah bantu. Memang cukup untuk buat kenduri dua pihak seperti mak ayah abang dan ibu ayah Sya minta.

Satu di negeri Sya satu negeri abang. Sabtu, 27ogos hari perkahwinan takkan abang lupa 11 tahun lepas. Terus cuti panjang 31ogos belah abang, hari Rabu

Setahun usia perkahwinan kita, direzekikan anak sulung yang kita namakan Raisya, sebab Sya nak samakan bunyi -sya dibelakang.

Hidup kita bahagia Sya. Mak ayah okay, duit cukup, anak sihat, kerja tenang. Tapi takda rumah tangga yang tak diuji.

Sya menyusu Rai 2 bulan je sebab Sya susah breastfeed. Abang takda masalah belikan susu mahal demi Rai.

Tidak abang sangka langsung kalau kurang susu itu tanda h0rmon Sya kurang stabil. Mungkin ada silap abang tak terfikir sedangkan Islam ajar menyusu itu baik sehingga anak usia 2 tahun.

Cukup Rai usia setahun tahu-tahu Sya sakiit di breast dan rasa ketumbuhan. Silap abang mungkin tak prasan dari awal. Masa check Sya dah stage2 breast c4ncer. Ujian yang cukup berat untuk kita, Rai anak kita tak faham apa-apa masa tu.

Sya dapat rawatan c4ncer hampir 7bulan. Kita bertahan bersama, emosi, ment4l dan juga nafsu fizikal. Bila next mamogram tau2 Sya dah bebas c4ncer, abang sujud syukur di bilik doktor situ jugak. Abang taknak kehilaangan Sya.

Masuk anniversary ke3 kita dah lalui macam-macam bersama. Kita celebrate Sya dah c4ncer free pergi honeymoon lagi. Rai duduk di rumah ibu Sya.

Tau2 Sya pregnant lagi kalini anak boy, doktor Dr OB cakap anak kita sihat tapi masih perlukn follow up Dr oncology untuk monitor c4ncer Sya.

Tapi kita abaikan sebab Sya yakin Sya dah c4ncer free. Abang juga percaya Sya sihat sepenuhnya. Abang tak nak hadap lagi keperitan ujian c4ncer Sya.

Tapi setiap kali check buku pink baby boy kita doktor tegas mintak check dengan onco. Baby dah 5bulan masatu baru check. Dr oncology marah Sya sebab pregnant lagi.

Doktor warning macam2 takutkan Sya semua risiko pregnant sebelum tempoh 2tahun c4ncer free. Suruhnya Sya gugurkan baby boy kita.

Sya tak nak tapi doktor dah order katil w4d untuk Sya. Abang dilemma. Takboleh ke pantau aja atau lepaskan patient kalau patient tak consent.

Tapi doktor ugut kalau tak consent silakan balik dan buat pemantauan sendiri. Abang usaha cari balik doktor OB yang jaga pregnancy Sya untuk tengok boleh ke pantau kalau Dr OB yang jaga, Dr tak bagi. Yang berkaitan dengan c4ncer hanya Dr onco yang boleh jaga.

Bertambah dilemma abang. Tau2 w4d dah dapat untuk Sya esoknya juga mereka gugurkan baby boy kita, kita namakan Aidil sebab nak samakan depan Ai-, macam nama abang, Aiman.

Selesai pengebumian rasa terlalu cepat. Sampai sekarang juga bagi abang terasa macam mimpi. Sya balik berpantang tangan kosong. dua bulan lepas tu Sya ada tumor balik. Sya sedih, Sya stress, tapi abang taktahu nak buat apa.

Mimpi ng3ri kita datang balik. Sya makin diam, Sya tak selera makan, Sya rindu Aidil. Abang juga rindu Sya, Rai pun kadang-kadang main teddy bear namakan bear tu Aidil.

Sya sedih buat abang rampas bear tu dari Rai dan baling jauh-jauh jangan sebut nama Aidil lagi.

Sebulan sahaja c4ncer Sya merebak. Rai kehilaangan ibu tercinta, dan abang kehilaangan satu-satunya isteri tersayang.

Semuanya berlaku terlalu cepat. Sampaikan abang tak boleh terima ketiadaan Sya, abang tinggalkan Rai pada mak abang, dan kadang kepada ibu Sya, sementara abang menghilaangkan diri cuba terima dan tenangkan diri.

Bukan sekejap. Hampir setiap minggu Sya, abang lepaskan tanggungjawab anak kita kepada mak dan ibu, 3 tahun abang macam tu. Ibu dan mak banyak tolong besarkan Rai sampai urusan tadika semua abang hanya hulurkan duit sahaja.

Masuk hutan, pergi laut, duduk m4sjid negeri lain2 sampai 2-3 pagi. Cuba redha. Menangis nak Sya ada balik hadap dunia ni. Abang tak kuat takda Sya.

Iman abang hilaang abang hampit tak percayakan Tuhan, abang tak solat abang terasa dunia ni kej4m sekej4m-kej4mnya kewujudan.

Benda paling sensitif bila member kerja lelaki main2 suruh move on kawin lain katanya perempuan semua sama, where there is a hole there is a goal. Tapi abang tak nak perempuan lain. Bagi abang lebih baik layan seorang sebab bagi abang Sya yang pertama dan terakhir.

Sampailah anak sulung kita Rai dah mula sekolah rendah. Masatu baru start PKP. Nak taknak abang terpaksa makin rapat dengan Rai.

Kebetulan member yang buat lawak tak sensitif tu kena kat batang hidung dia sendiri. Bini dia c4ncer dan pregnant anak first dalam masa sama.

Tapi jenis member ni kuat melenting mulut agak puaka. Bila doktor suruh gugur juga dia ckp bini tak nak jangan paksa. Allah yang sembuhkan bukan doktor. Hujung tahun lahirnya baby mereka.

Alhamdulillah syukur dia tak perlu hadap benda sama kita hadap. Sampai hari ni bini dia masih dalam chemo dah 3tahun sampai skrang.

Hidup bertahan lagi.

Abang kadang terasa tak adil tapi Allah maha besar, borak dengan member. Mulut puaka macam mana pun dia juga yang sentapkan abang benda betul.

Dia suruh abang baca pasal microchimerism dan fetomaternal transfer. dan kaitannya dengan c4ncer. Katanya bila sel badan damage, baby dalam perut akan hantarkan sel sihat kepada ibu mengandung supaya boleh bantu ibu sihat semula.

Emosi orang sakiit juga banyak main peranan dalam menentukan kesihatan, nak survive atau nak give up.

Bodohnya abang terasa bila abang terlalu ikut percaya cakap doktor yang melenting. Cakap macam-macam konon dorang je yang boleh bantu. Sampai kita gugurkan Aidil padahal Sya tak setuju.

Abang terasa tak puas hati sangat tapi abang tak boleh buat apa. Benda dah lepas.

Abang minta maaf Sya abang tak tahu langsung apa2 pasal sakiit Sya. Abang tak ambil hirau emosi Sya bila Sya cakap Sya nak teruskan jaga baby Aidil. Tapi abang suruh ikut cakap doktor.

Abang minta maaf Sya, abang tak boleh nak jaga Rai yang makin membesar makin nampak macam Sya. Abang tak kuat. Tengok Rai pun abang rindu Sya.

Sampaikan bila terperuk dirumah sebab PKP, abang tengok Rai makin besar macam anak dara, abang terpaksa keluar rumah sebab bayangkan Rai sebiji muka Sya yang abang rindu.

Hari ni abang tulis confession hari ni sebab abang setuju dengan mak untuk suruh abang kawin dengan pilihan baru mak. Mak siap uruskan call ibu Sya untuk beritahu sebab makin hari makin gila abang jadi bila keseorangan.

Ayah Sya setuju, sebab nampak abang seolah-olah lepas tangan tentang Rai. Abang minta maaf Sya abang dah di arrange kan untuk kawin lagi.

Padahal abang tak boleh nak cakap abang betul-betul nak atau tidak. Tapi Rai takda mak, ayahnya pula tak mahu bercakap melainkan sepatah-sepatah.

Maafkan abang Sya, abang rasa abang gagal, abang gagal sebagai suami, abang gagal sebagai ayah. Anakku Rai, ayah juga minta maaf, tapi ayah kawin baru dengan harapan Rai dapat kasih sayang yang selama ni ayah gagal beri. Sya, abang tak tahu apa nak buat sya.

Cuma abang boleh khabarkan ialah bakal isteri abang adalah balu kem4tian suami sebab accident. Dia pun tak minta kehilaangan suami.

Nampak usaha mak nak pilih jodoh yang dapat memahami. Abang faham niat baik mak, tapi abang belum ready nak hadap.

Sya. Abang hari-hari berdoa dapat bertemu sekejap untuk jumpa biarpun dalam mimpi supaya abang dapat minta maaf betul2 dengan sya.

Tapi lepas berjumpa dengan bakal isteri baru abang baik orangnya, dia beritahu pada abang Sya tengah happy dengan anak kita Aidil di syurga. Baru abang terasa happy sikit untuk move on.

Abang harap abang tak silap langkah. Abang kalau boleh nak ikut Sya dimana Sya ada sekarang. Tapi agama melarang. Harap2 masa depan lebih baik. untuk abang dan bakal isteri abang. Dan yang penting untuk Rai.

Ini antara reaksi netizen.

Fara liyana.Sebak sangat baca especially part sya terpaksa gugurkan kandungan, part Rai kehilaangan ibu tapi at the same time dia juga boleh di katakan “kehilaangan ayah”.

Kesian dekat Rai please la encik sebelum encik mulakan hidup baru dengan isteri baru, saya mohon encik kembali la dekat Rai, jadi la “ibu dan ayah” pada Rai.

Spend time dengan Rai, layan dia sebagaimana encik layan sebelum sya tiada.

Saya yakin Sya pun tak nak encik abaikan Rai, mesti Sya nak encik beri perhatian,kasih sayang seorang ayah pada Rai.

Saya doakan encik sentiasa kuat dan tabah nak atau tak encik kena move on, kena jadi kuat demi Rai, kena hidup bahagia especially dengan Rai, satu-satunya zuriat encik dengan sya.

Kalau lepas tu encik dah rasa boleh terima orang lain, encik dah yakin isteri baru boleh jaga dan beri kasih sayang seorang ibu pada Rai,then baru encik kahwin BUKAN kahwin baru sebab terpaksa dan kahwin baru semata-mata nak gantikan tempat encik.

Sebenarnya orang yang Rai amat perlukn adalah encik bukan ibu baru buat masa sekarang ni.

Encik yang kena kembali dekat dia, jaga puteri encik sebaik mungkin then bila dah betul2 move on baru la fikir soal ibu baru untuk Rai jika Rai sendiri pun setuju.

Ini pendapat saya la, mungkin lain orang lain pendapat tapi saya rasa tak adil untuk Rai, encik tak kembali dalam hidup dia tapi encik carikan ibu baru sebagai ganti je. Tak adil jugak untuk bakal isteri baru nanti, hanya kawin semata-mata untuk jaga anak encik.

Nuriah.Saya akan pegang kata2 Ustaz Kazim Elias…

Jangan ditangisi ke4atian…kerana yang maati itu..sudah tentu kembali ke UNIVERSITI ABADI..dan sentiasa ingatkan diri sendiri..hidup ini sementara..dan
M4TI ITU WAJIB…pasak dalam kepala betul2..yang maati itu adalah WAJIB…

Adora. Saya rasa encik kene berubat dulu sebelum kawin. Ni seolah dah lemah semangat. Baik betulkan diri tu dulu sbelum kahwin.

Bukan senang nak terima kenyataan yg isteri kesayangan tu pergi tak kembali.sebab ada kenalan saya yg cerita dia hampir merempat di jalanan sebab rindukan anak dia yg dah meninggaal dunia.

Kawan bawa jumpa ustaz utk berubat barulah dia seolah tersedar dari kesedihan yg melampau tu. Kesian Raisya..

harap Encik besarkan dia seolah itulah hadiah yg arwaah isteri Encik bagi untuk teman Encik manakala dia teman Aidil. Semoga Allah permudahkan urusan hidup Encik skeluarga.

Niesa. nak dgr kisah kawan sy dan kawan suami?kawan suami sy juga kehilaangan isteri..kami dah lama berkawan..sejak kawen dgn suami,sy kenal kawan suami dgn isteri dia..kami rapat..

dan kami mngandung sama2..dia brsalin kan ank sulung selang sbulan lepas sy bersalin kan ank kedua..tgn sbelah kiri kawan suami xdpt bgerak sbb ptus saraf..dan dia oku..

tiap malam kami kluar mkn sama2..smpai lah satu saat tiba2 isteri dia xsihat batuk2..dan isteri dia msuk w4d dan ditidur kan..tp takdir Allah..lpas ditidurkan arwaah pergi selama2 nya..jakitan kuman dkt paru2 jantung dh membengkak..

kitorg tkejut sgt..waktu suami call kawan dia bgtahu wife dia dh mninggal..aku meraung mcm org gila..dia tinggalkan ank dia masa tu umur stahun lebih..dah 3tahun arwaah pergi..

suami dia pon masih lg xkawen..pedih nya kehilaangan tu..malam arwaah xde suami dia tido rmh kitorg..kitorg temankan..

dia sgt rindukan arwaah isteri dia smpai dia naik moto tnpa hala tujuan menangis dlm hujan sorg2..dh 3tahun arwaah pergi..xmampu lg dh nk menaip..

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply