Wanita Ini Gembira Kongsi Kisah Balik Kampung Suami Di Guinea-”Mereka Ramah2”

Kalau anda masih ingat, wanita ini pernah tular dulu apabila kisahnya berkahwin dengan lelaki Afrika dari negara Guinea. Mungkin ada yang pelik tetapi wanita ini berbangga dengan pilihan yang dirasakan sangat tepat.

Wanita yang bernama Fila ini turut berkongsi kisah pertemuan mereka yang tidak disengajakan. Tertarik dengan sikap matang dan tidak sedikit pun mengambil kesempatan, Fila yakin dia adalah lelaki yang terbaik buatnya.

Pada suatu hari yang sangat cerah, kah! permulaan cerita. I ingat masa tu hari Khamis, i dekat tempat kerja. I had a problem with someone (it’s a girl bukan ex bf ok) and was trying to avoid the situation, i turned off my phone and decided not to go back home. so i took mrt to pavilion, i was confused. at this age I don’t like to make wrong decision in my life and i also don’t like to upset people, so I was thinking what should I do.

I jalan je dekat pavilion tu pusing tempat yg sama 3-4 kali. and then i penat sebab beg i berat( i mmg selalu bwk make up slipper semua benda pergi tempat kerja), so i cari tempat duduk, i pergi duduk dekat dome cafe. I have this problem bila i penat memang i suka nangis, so i dah start nangis kat situ.

Suddenly this tall creature come sit on the chair in front, asking me why am i crying. ignoring him and i continue to cry. and then dekat dekat area situ ada malay family mak n nenek n cucu, pandang pandang. i terfikir maybe diorang ingat dia apa apakan i. so i stopped crying. and he keep waiting for me there. and entah mcm mana tanpa segan silu i pergi luahkan perasaan kt dia ( kalau i fikir sekarang eii mcm bodohnya tua tua nangis kt public) and then suddenly dia start berceramah, takde la ceramah tapi macam bagi kata kata semangat tapi ayat ayat dia tu bukan biasa biasa n i sangat tersentuh dengan ayat dia. and please eh dia takda mengayat i langsung.

what i remember he told me to believe in Allah’s plan. from the first conversation i dah tau, this guy is smart! i tau ramai je laki smart, but he’s not that kind of smart, he has a very strong view and mindset. so i pun berborak dgn dia. berkenal kenalan gitu. dia mcm tak beriya, tapi bila i berborak, he will keep eye contact with me. tapi i macam seriousnya dia ni, buat la lawak sikit. Dari situ lah kitorang berkenalan, and lepas tu kitorang start chatting

and hari Ahad i wasap dia ‘you wanna go for a sushi date?.’ i’ve never in my life ask a guy to go for a date with me. but it’s okay because maybe if I don’t ask him to go out for a date with me we will not be married now, and if he don’t talk to me at the first place we will not know each other now. So grateful of everything, Alhamdulillah.

Fila turut berkongsi penerimaan keluarga suaminya ketika pulang ke Guinea. Ternyata mereka menerima baik kedatangannya malah melayan Fila bagaikan puteri. Walaupun mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi itu tidak menghalang mereka untuk bermesra sesama sendiri.

Ni mak mentua and adik ipar Fila. adik ipar Fila ramah sangat orangnya. ramah teramat. dia stay dekat Kankan which is dalam 10jam jauh dari rumah kitaorang di Nzerekore.

haritu kita balik kampung dekat Missamana dia datang. sempat borak dgn dia walaupun dua dua borak tak faham. kah! dia asyik cakap ‘u beautiful’. siap nak buatkan baju. tapi kita dh balik Nzerekore dah. dia ambil no phone katanya nanti dia call, Fila gelak je sebab dua dua cakap tak faham.

Mak mentua pulak baik sangat, layan mcm tuan puteri. rumah kita dia yang tolong sapu, tolong mop. masak pun dia. nak pi depan rumah pun dia risau. sayang sungguh menantu dia.

Ya Allah, Alhamdulillah ni pun rezeki, rezeki dapat keluarga in law yg baik baik yang suka kita.

Terkini cerita tentang Fila,

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita memilih lelaki dari benua Afrika sebagai seorang suami. Pasangan tersebut diijabkabul pada April 2019 dan tidak lokek berkongsi momen kebersamaan mereka di media sosial.

Pulang ke kampung halaman suami

Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini juga dilihat sangat bahagia melayari kehidupan bersama pasangannya. Baru-baru ini, Fila Amir telah memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa dia telah mengikut suaminya pulang ke Conakry, Guinea.

 

Dilayan sangat baik

Fila atau nama sebenarnya Nur Afila Amir Rushdi memaklumkan begitu gembira berada di kampung halaman suaminya, Adama Muhamed Camara apabil dilayan dengan begitu baik.

Walaupun memaklumkan warga disana tidak terkejut pun melihat orang luar di kawasan berkenaan, namun mereka sedikit pelik kerana tidak mengetahui wanita berkenaan berasal dari negara mana.

Awal2 nampak pelik

Akan tetapi, Fila Amir memberitahu yang orang-orang disana teruja melihatnya yang berasal dari Malaysia dan melayan dengan baik kerana mereka sememangnya ramah serta mengalu-alukan kedatangannya.

Ada tempat dah tak wajib pakai mask

Selain itu, dia juga menjelaskan mengapa tidak lagi memakai pelitup muka kerana kawasan berkenaan tidak mewajibkan pemakaian tersebut, dan hanya sesetengah tempat sahaja perlu menggunakannya.

Kes positif harian disana juga tidak lagi terlalu tinggi namun masih tetap ada. Hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.

Rasa seronok tengok tempat orang

Sehubungan dengan perkongsian Fila Amir di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa teruja membaca kisah wanita tersebut yang pulang ke kampung halaman suaminya.

Perbezaaan masyarakat dan budaya membuatkan ramai yang tertarik melihat perkongsiannya dan turut sama gembira apabila pasangan ini tetap terlihat sangat romantis walaupun sudah tiga tahun berumah tangga.

Duduk sana ke?

Suka tengok Fila & husband!

Sumber: Instagram Fila Amir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply