Pa Dato Seri Vida Akhirnya Beritahu Kenapa Kerja Dgn Dsv Bertudung Tapi Bila Jadi Penyanyi Tudung ‘Terbang’

Pembantu peribadi (PA), Datuk Seri Vida (DSV) iaitu yang dikenali sebagai Diyla tampil menjelaskan imej tidak bertudungnya dalam satu muzik video single terbarunya berjudul Khilaf.

Menurut Diyla dia memang seorang wanita yang tidak bertudung dan hanya akan tampil dengan imej begitu apabila sedang bekerja dengan Vida sahaja.

Gara-Gara Teruk Dikecam, PA Vida Tampil Buka Mulut Isu Tidak Berhijab Dalam MV – “ Diyla Bertudung Sebab KPI Tempat Kerja” - XTRA

Bagaimanapun Diyla tetap meminta agar semua mendoakan agar dia istiqamah untuk berhijab penuh kelak.

“Tentang free hair, maybe yang tidak mengenali Diyla in person mereka terkejut, tapi yang kenal Diyla memang Diyla tidak bertudung

VIDEO]“Terbang Dah Tudung”- Dituduh Gila Glamour, PA Vida Sanggup Buka Hijab Untuk Jadi Penyanyi? | Gempak

“Dan Diyla pakai tudung sebab itu KPI (petunjuk prestasi utama) tempat kerja saya..Diyla minta pada yang kecam doakan Diyla untuk terus istiqamah berhijab…,” tulisnya.

Diyla berkongsi kenyataan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik artikel Gempak sebelum ini yang mendakwa ramai yang mengecam dengan imej tidak bertudung.

[VIDEO]“Saya Pakai Tudung Sebab Itu KPI Tempat Kerja”- PA Vida

Dalam pada itu, Diyla sempat menjelaskan dia masih lagi bekerja dengan DSV tetapi sedang bercuti untuk memberi tumpuan kepada lagu baharunya.

“Buat masa sekarang Diyla masih bercuti dari bekerja dengan DSV…

“Tapi untuk masa hadapan ni Diyla tak pasti, andai ada rezeki mungkin masih bersama dengan beliau, andai rezeki bukan lagi di sana Diyla pun reda…,” katanya lagi.

Terdahulu Diyla yang melancarkan lagu baru duet bersama influencer Faiz Aizif dua hari lalu mendapat kecaman netizen selepas tampil dengan imej tidak bertudung.

[VIDEO]“Terbang Dah Tudung”- Dituduh Gila Glamour, PA Vida Sanggup Buka Hijab Untuk Jadi Penyanyi?

Pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV) yang dikenali sebagai Diyla dikecam hebat netizen selepas dilihat kini tampil tidak lagi bertudung.

Menerusi entri terbaharu di akaun TikTok miliknya, Diyla dihujani komen yang terkejut serta mempersoalkan penampilannya yang berbeza dari sebelum ini.

Dalam video yang dimuat naik Diyla dilihat sedang menari dengan memakai gaun labuh berwarna hijau dengan rambut lepas mengurai.

“Sedih dan terkejut bila tengok Diyla dah tak bertudung,” komen salah seorang pengikutnya.

“Kenapa Diyla buka tudung?” persoal salah seorang warga maya.

Video berkenaan mendapat tanda suka hampir 3,000 serta lebih 100 komen yang rata-rata mengecam penampilannya.

Dalam kapsyen video itu, Diyla meminta supaya warga media sosial mencipta kandungan atau content menggunakan lagu terbaharunya berjudul Khilaf.

Dalam masa yang sama Diyla juga dituduh ‘gila glamour’ sehingga sanggup buka tudung untuk menjadi penyanyi.

“Oh dah jadi penyanyi ke patut dah tak bertudung,” dakwa salah seorang warga net.

“Nak glamour atas dunia punya fasal,” tuduh salah seorang netizen.

Diyla bagaimana pun tidak membalas komen yang diberikan malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Difahamkan video itu dimuat naik ketika penggambaran single terbaharunya yang berduet dengan influencer Faiz Aizif yang sebelum ini tular dengan panggilan ‘CEO Anjing’.

Layan MV Diyla,

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply